VIDEO BULI YANG MENGINSAFKAN SAMPAI SESAK DADA

kes buli 2017

Sakit hati fikir kes buli ni. Mommy pun pernah je rasa, cuma mental je la dibuli. Fizikal tak pernah. Kes buli ni, dari zaman sekolah lagi dah dengar macam-macam. Kes kena pukul tu memang terjadi gak la. Apatah lagi daddy sendiri pun sekolah sama dengan Mommy. Macam-macam la cerita yang dengar kan? Dibuli dan membuli.

Bezanya zaman sekarang ni, media sosial terlalu berleluasa. Kalau bukan kes kecederaan tu serius, viral yang laju juga akan jadi punca tersebar kes-kes macam ni. Terbaru, kes pelajar UPNM, akibat kecederaan yang terlalu serius, memang tersebar laju lah kes ni. Kalau dulu, kita tak tahu siapa pesalah dengan mudah (kecuali dengan apa yang keluar di surat khabar), sekarang ni, surat khabar pula kadang-kadang ambil stori dari isu viral. Korang nampak tak kaitan semua ni?

JAGA-JAGA DALAM PERBUATAN KITA.. VIRAL NANTI.

Itu baru bab viral, ni bab buli ni, Mommy memang tak boleh tolerate la. Apatah lagi bila tengok kes UPNM dan pelajar india yang masing-masing SANGAT SERIUS kecederaannya. Tak boleh terima dek akal. Macam mana hati mereka yang melakukan perkara tu.

Tak terfikirkah..

kalau aku buat macam ni, aku akan kena?
Eh ni melampau sangat.. tak bahaya ke aku buat ni?

Ah syaitan.. mana sempat fikir. Nafsu dah menguasai otak tu..

HATI BILA DAH HITAM.. MACAM TU LAH..

Kes pelajar UPNM tu, semua orang melayu Islam kot. Jadi pula di bulan puasa. Korang rasa, ni syaitan tahap apa terlepas ni? Astaghfirullah.

Tak terbayang ke, meraung-raung orang tu tahan sakit. Cubit pun sakit, korang rasa kalau teruk macam tu, apa budak tu rasa? Melecur kena periuk nasi pun pedih, ni sampai berbekas satu badan kena tekap dengan seterika weh. Dan satu lagi pula kes kena hentak dengan helmet dan sebagainya sampai disahkan mati otak.

Arghhh.. i is kenot brain!!!!! Mana pergi KEMANUSIAAN KORANG? Dah besar panjang dah. Apa masalah korang???? Allahu.

VIDEO KES BULI YANG SENTAPKAN DADA

Dan pagi ini, Mommy ada tonton video yang pada Mommy, kena macam ni, memang penyesalannya kekal sampai bila-bila.

Kredit : Team Buat Hal

Adik-adik.. jangan rasa diri tu hero sangat dik. Adik suka ke kalau keluarga adik kena? Adik suka ke kalau mak ayah sedih dengan apa yang adik-adik dah buat?

Remuk hati mak bapak tu dik.. remuk..

Percayalah.. penyesalan ni takkan hilang sampai bila-bila.

4 Comment

  1. tak boleh betul kes buli2 ni mnyiat2 hati rasa ,Allahhhh huuu,tak rasa kesian ke hah masa buat tu,di rasuk setan agaknya.

    1. kepuasan. ikut sgt marah tu.. jadi lah gini. hmmm.. selalunya yg buat tu dia mmg ada masalah sket..

  2. terbayang-bayang macam mana la keadaan mangsa… Allahhu… sedih rasenye

    1. kan.. xde sekelumit kesian langsung. hmmmm

Leave a Reply