ADA SURYA APPLE CIDER VINEGAR DENGAN MADU ASLI, DAH TERLUPA AIR MANIS LAIN..

Sebut ACV atau Cuka Epal, memang meremang bulu roma Mommy. Dengan baunya yang cukup kuat, memang setiap kali guna tu, tahan nafas je la. Tapi disebabkan khasiatnya yang sangat banyak, Mommy ignore bab bau tu. Itu dulu.. sekarang, Mommy dah jatuh hati dengan Surya ACV, ramuan cuka epal dengan kelazatan madu tulen. Sedap! Dan tidak busuk sama sekali. Yumm..

Surya ACV Surya Apple Cider Vinegar 2

Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

KHASIAT CUKA EPAL DAN MADU

Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat.

Sedikit fakta mengenai Cuka Epal dan Madu:

Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi.

Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat.

Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.

Kesimpulannya, khasiat cuka epal dan madu secara am nya adalah termasuk:

  1. Merangsang pemecahan lemak
  2. Melancarkan perjalanan darah
  3. Menguatkan tenaga dalaman
  4. Melawaskan usus besar dan kecil
  5. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
  6. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
  7. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
  8. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  9. Melembapkan kulit
  10. Mencegah dan mengawal selulit
  11. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bahagian perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
  12. Meredakan sakit dan sengal sendi
  13. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  14. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  15. Meningkatkan kesihatan tulang
  16. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  17. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  18. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Banyak betul ye khasiat cuka epal dan madu ni..

APA PULA KELEBIHAN SURYA ACV?

Surya ACV Surya Apple Cider Vinegar

Selain khasiat yang sama seperti di atas, Surya ACV mempunyai kelebihan iaitu:

  1. Sedap dengan rasa yang diperbaharui
  2. Harga berpatutan
  3. Tiada pengawet, tiada gula tambahan
  4. Membantu melegakan sakit tekak dengan kandungan madu asli – TERBUKTI!
  5. Diakui HALAL
  6. Diakui oleh HACCP
  7. Sesuai di bulan Ramadhan, berbuka dengan Surya ACV dapat meningkatkan tenaga selepas berpuasa sepanjang hari.
  8. Sesuai digunakan untuk menggantikan minuman kordial semasa rumah terbuka pada hari raya nanti.
  9. Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan.

Saranan dari tukang masak terkenal iaitu Chef Wan, Surya ACV boleh digunakan dalam masakan untuk menggantikan asam jawa dan gula dalam masakan ayam masak merah/acar.

CARA MINUM

Surya ACV ini boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda.

Surya ACV Surya Apple Cider Vinegar 1
chefdaddy dah terer agak dah 30ml tu. hari2 minum kan..

Caranya

  • Campurkan 2 sudu besar (30ml) ACV ke dalam air/jus (180ml)
  • Minum selepas makan

Dan jangan lupa simpan di tempat yang dingin dan kering.

Pendapat Mommy

Surya ACV ini memang minuman wajib setiap kali berbuka dan bersahur sekarang. Dan sebolehnya nak amal lagi lepas habis ini. Hari-hari minum, memang cepat la habisnya. Apa yang Mommy perasan, cepat je rasa nak melawas tau. Haha. Lepas tu, baru-baru ni Mommy ada batuk-batuk yang agak lama. 2 minggu juga kot batuk tu.. Bila pertama kali cuba, Mommy belum perasan apa-apa kesan la. Esoknya tu baru perasan, Mommy takde batuk-batuk dah. Wow. Kagum sangat.

KAT MANA NAK BELI?

Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di laman e-commerce Lazada & Shopee. Dan juga di semua Watsons outlet dan beberapa farmasi terpilih.

SURYA APPLE CIDER VINEGAR
#rasasayangrasasemanismadu #suryaacv

MAKLUMAT LANJUT

Ikuti perkembangan mereka di bawah untuk mendapat informasi yang terkini.

Di samping memasak makanan untuk berbuka & bersahur, jangan lupa menu minuman yang berkhasiat seperti Surya ACV ni ye. Selamat menjalankan ibadah berpuasa dan selamat hari raya.

28 Comment

  1. Kemain tuang gitu jer… Hahaha… Aku masih guna sudu. Tp so far mmg x tggal sejak amalkan…

    1. Ha.. pakar weh. Hahahaha

  2. Banyak giler dia punya benefit.. nak beli la..

    1. Nak repeat beli jgk..

  3. Sedap. Memang kena simpan stok kt umah. Heheee

    1. Kan.. mmg kena ada stok..

  4. Okay jugak ni kalau beli. Bagus untuk kesihatan dalaman.

    1. Yup. Sgt bgs. Kna amal baru tau kesan..

    2. Yup. Bgs ni. Kena amal br tau kesan..

  5. aritu g watson cari2 tak dop…

    1. Beli kt shopee lisak.. laju je smpai..

  6. Sedap acv surya nie..tgh amalkan 🙂

  7. Mmg sedap ACV Surya ni, boleh telan lah.

    1. Kan.. sy pun sama. Yg ni leh telan..

  8. Memang bagus amalkan ACV ni.. lagipun rasa dia sedap

  9. Macam tak sabar pulak nak try acv surya ni..

    1. Ha cpt2 order.. kat shopee pun ada tu.

  10. Kak belanja 🙂 please

    Akak kan cantik haha

    1. Itu macam pun bleh eh. Lanje akk g klate dulu hahahaha

  11. Yanie dh amalkan.. Mmg betul xyah nk minum air manis yg lain. Bagus utk pghadaman kan..

    1. Kan.. sm la kt umah ni.. xde air mns lgsg

  12. Banyaknya kelebihan ACV nie. Kena cuba nke

    1. YUP.. kena cuba migha..

  13. banyak benefits dia

  14. Bagus khasiatnya, nak amalkan jugak lepas bersalin nanti.

  15. Fuhhh… Macam menarik jer… Boleh cuba ni… Hehehe..

  16. Byk betul khasiat dia…i br berjinak² nk minum acv…doakan i istiqomahhh 🙂

Leave a Reply