RESIPI MUDAH BULAN PUASA | MENU BERBUKA PUASA

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 15

Mommy nak cuba masak time bulan puasa ni. Jadi, Mommy pun memulakan gerakan mencari resipi. Dah tentu-tentulah nak cari resipi mudah sahaja. Hihi..

IDEA RESIPI MUDAH BULAN PUASA

1. POPIA GORENG by Aby #hdaecrew

Ok Mommy mulakan Popia Goreng by Aby Badarudin, peniaga Eatalian Express Homemade Vege Pasta, yang sudi berkongsi resipi di bawah. Tak sempat lagi makan popia buka puasa kali ni.. Boleh lah cuba buat.

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA

Kulit Popia

  • Brand Kawan

Inti

  • sebiji sengkuang, 2 batang lobak, sebiji timun, 4-5 tangkai kacang panjang, 3 biji tauhu lembut, 3 biji telur, bawang merah, bawang putih (utk tumisan aje)

Cara Buat

  • hiris panjang² sengkuang, lobak & timun
  • kacang panjang didadu, tauhu lembut diramas² hingga hancur.
  • tumis bawang merah&putih, then masuk semua sayur mayur tadi kecuali telur, masak smpai lecur pecah telur, masukkan garam n gula.
  • Sos – bawang putih 7-8ulas, cili merah 4-5tangkai, cuka, garam, gula – blend semuanya kemudian masak atas api.

2. PAU GORENG SAMBAL & LAI CHEE KANG by Atikah #hdaecrew

Terima kasih Nurul ‘Atikah Rahim sudi berkongsi resipi Pau Goreng Sambal confirm jadi & Lai Chee Kang ni.. Menggiurkan betul. Daddy minat sangat pau sambal goreng tu. Korang pun cuba la resipi mudah ni..

Pau Goreng Sambal

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 2

Resepi Sambal Tumis

  • 2 genggam cili kering, 1 inci halia, 2 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, Segenggam ikan bilis, Garam, Gula, Air asam jawa, Minyak masak untuk menumis.
  • Cara buat
    • cili kering digunting dan direbus hingga lembut. Tapiskan buang biji.
    • masukkan kedalam blender kesemua bahan kecuali ikan bilis.
    • tumis bahan blender tadi hingga garing & pecah minyak.
    • masukkan gula + garam + air asam jawa + ikan bilis.
    • biarkan sambal tadi memekat dan ikan bilis lembut. Sambal ni kena ada rasa manis2 sikit. Bila selesai, ketepikan & sejukkan.

Resepi Doh Pau

Bahan A

  • 1 paket yis, 1 cawan air suam, 1 sudu gula
  • satukan bahan. Biarkan selama 10 minit sehingga yis membuih.

Bahan B

  • 3 cawan tepung gandum, 2 sudu planta/marjerin
  • Gaul sebati dua bahan ni menjadi sementara menunggu yis aktif.

Cara memasak

  • Setelah yis membuih, masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli doh. Uli doh sehingga tak melekat di tangan.
  • Biarkan seketika. Ttup dengan kain sehingga doh mengembang.
  • Setelah kembang, tumbuk2 doh n bentukkan bulat2. Biarkan seketika hingga doh mengembang lagi.
  • Bila dah kembang, boleh goreng. Toskan minyak.
  • Potong tengah pau goreng tadi tapi jangan sampai putus. Letakkan sambal tumis tadi di dalam pau. Letakkan hirisan timun. Habiskan kesemua. Siap untuk dihidang.

Lai Chee Kang

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 1

Bahan A

  • 100gm Mata Kucing, 2 ketul Gula Melaka, Air secukupnya
  • Masak semua sekali hingga mata kucing lembut.
  • Jika kurang manis boleh tambahkan dengan gula.

Bahan B

  • 1 tin laici – ambil isi & air, 2g biji selasih – direndam hingga kembang, 4 biji kembang semangkuk – direndam hingga kembang, Cincau – dipotong dadu

Campurkan kesemua bahan A & B. Siap untuk dihidang. ** kalau taknak pakai laici tin boleh beli laici segar & buat air gula masak sekejap bersama laici.

3. AYAM PHAT PHET THAI by Pijah #hdaecrew

Unik betul nama resipi milik Pijah Yusof, mek klate yang berniaga serba serbi ala-ala Tesco dah kadang tu. Rajin sangat, memang lumrah orang Klate tak reti dok diam la kot kan?

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 3

Bahan-bahan

  • 3 biji Bawang merah/kecil*, 1 biji Bawang besar*, 4 ulas Bawang putih*, 3 btg Serai*, 1 biji Cili merah*, 3 biji Cili padi*, 1 biji Tomato*, Daun limau, Sayur – bunga kubis, carrot, kacang panjang

Cara memasak

  • Blend semua bertanda *
  • Tumis bahan blend
  • Masukkan ayam (boleh goreng dulu atau terus masukkan saja)
  • Last masukkan sayur dan perasakan dengan sedikit garam dan gula

4. PUDING JAGUNG by Hana #hdaecrew

Resipi mudah dari Hana, penjual losyen sejuk Secret Correa untuk kempiskan perut. haaa.. Nak raya ni, korang tak nak kempis perut sikit ke? Makan sedap-sedap ni, perut mau ingat juga. Hahaha

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 4

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung kastard, 3 cawan air, 1 cwn gula pasir (hana guna 3/4 cwn ja), 1 tin jagung creamy, 1 tin susu cair, 1 sudu bsr mentega

Cara memasak

  • Campurkan tepung kastard dan air. Kacau sebati guna whisk sbb x nak ketul2.
  • Masukkan dlm kuali (sy guna non stick pan), campurkan gula, jagung creamy & susu cair.
  • Kacau selalu sampai likat pekat (api kecil). Agak2 dalam 8-10 minit
  • Bila dah likat betul tu tutup api. Letak mentega nak kasi berkilat. Kacau2 dia cair.
  • Masukkan dlm acuan/loyang dan sejukkan dlm peti ais.

5. NASI GORENG TOMYAM, BUBUR PULUT HITAM & BUBUR LAMBUK by Sunarti #hdaecrew

Pagi-pagi sahur kalau nak ada tenaga, boleh cuba minum Minkaffe yang dijual oleh cik Sunarti kita ni. Selain Minkaffe, Garlic Tablet Hai-O pun dia ada.. Nah 3 resipi sekaligus kak Su bagi iaitu Nasi Goreng Tomyam, Bubur Pulut Hitam & Bubur Lambuk untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 5

Nasi Goreng Tomyam

Bahan

  • Nasi, Bawang besar, Ikan bilis, Cili padi, Halia, Pes tomyam, Isi ayam, Minyak masak, Kacang panjang, Lobak merah, Bunga kobis, Serai, Daun limau purut

Cara memasak

  • Blender bawang besar, halia, cili padi, ikan bilis.
  • Tumiskan. Masukkan pes tomyam. Masukkan isi ayam. Tumis hingga naik bau dan garing.
  • Masukkan serai yg diketuk, daun limau purut.
  • Masukkan sayur-sayuran. Biar sebentar hingga sayur empuk.
  • Masukkan nasi. Gaul rata. Perasakan dengan garam. Masak sebentar hingga sebati.
  • Taburkan dengan hirisan daun limau purut dan hirisan serai sebelum dihidangkan. Siap!

Bubur Pulut Hitam

Bahan

  • Pulut hitam, Biji sagu, Santan, Gula, Garam

Cara memasak

  • Rendam pulut hitam. Masakkan atas api sederhana sehingga pulut hitam menjadi kembang. Masukkan sagu biji. Masukkan gula dan sedikit garam. Masukkan santan. Biar hingga sebati dengan api yg kecil. Siap!!

Bubur Lambuk

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 5

Bahan

  • 3 biji bawang besar, 1 inci halia, 1 peket rempah sup, Isi ayam dari ½ ekor ayam, 5 pot beras cuci dan rendam 15minit, Air secukupnya, 1 kotak kecil santan, 2 kiub ayam, 3 biji kentang potong dadu, 1 batang carrot potong dadu, Daun bawang & daun sup dihiris, Bawang goreng, 1 sudu biji lada hitam dikisar kasar

Cara memasak

  • Blend bawang besar dan halia. Kemudian ditumis. Masukkan juga rempah sup. Tumis hingga naik bau. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
  • Masukkan beras. Masukkan kentang dan carrot. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Boleh tambah air bila perlu hingga bubur ¾ masak.
  • Masukkan kiub ayam dan santan. Masukkan garam dan lada hitam.
  • Masukkan hirisan daun sup & bawang serta bawang goreng. Kacau rata.  Renehkan selama 10 minit. Siap!

6. BIHUN GORENG SINGAPORE by Zaimah #hdaecrew

Tulis resipi time puasa ni memang menggugat sangat kot. Haha. Nak-nak plak, kawan2 Mommy ni semua terer sangat memasak. Adoi. Tengok je la Bihun Goreng Singapore oleh Zaimah Mohamad, nurse gigi yang cecun ni. Arghhhh..

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 7

Bahan

  • 1 Bungkus Bihun rendam, 2 Labu bawang besar, 4 ulas bawang putih
  • Lada Hitam, Lada Sulah, Lobak Merah, Sawi, Kubis, Bunga Kubis, Isi Ayam, Udang, 1kiub Ikan Bilis
  • Bahan Sambal Kicap : Cili Padi potong kecil, tambah cuka, gula, garam dan kicap

Cara memasak

  • Blend @ tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga hancur, Tumiskan
  • Masukkan isi ayam & udang.
  • Tambahkan sedikit air masukkan kiub ikan bilis
  • Masukkan bihun & sedikit air , garam+gula dan sedikit sos tiram
  • Lobak merah,bunga kubis. Gaulkan bihun dgn sebati
  • Masukkan kubis dan sawi gaul sekali….lada sulah 1sudu besar

7. RENDANG DAGING & SAMBAL KACANG by Mariana Idzwana #hdaecrew

Belum raya, boleh je makan time bulan puasa. Nikmat woo. Tetiba nak balik kampung sangat bila tengok Mariana Idzwana kongsi resipi Rendang Daging ni.

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 8

Resepi Rendang Daging

Bahan

  • Daging, Cili kering, Bawang merah, Bawang putih, Halia, Lengkuas
  • Kerisik, Santan, Garam, Gula, Perasa, Air asam jawa

Cara memasak

  • Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia lengkuas & tumis hingga pecah minyak.. masukkan daging & air biarkan daging empuk.. masukkan kerisik.. masukkan santan, garam gula & perasa dan sedikit air asam.. kacau sehingga masak.

Resepi Sambal Kacang

Bahan

  • Kacang (digoreng), Cili kering, Bawang merah, Bawang putih
  • Lengkuas, Garam, Gula, Air asam jawa & Serai

Cara memasak

  • Blend bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas & tumis hingga pecah minyak.. masukkan kacang n air.. titikkan serai.. masukkan air.. garam gula perasa n air asam jawa.. kacau n masak sehingga kering.

8. DONUT COMEL by Nadiah #hdaecrew

Donut antara fav Hannah. Jadi kat sini, Nadiah Idrus kongsi cara buat donut comel yang kompem jadi ni. Tq didy sudi kongsi resipi mudah pada bulan puasa ni..

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 9

Bahan A

  • 1 peket mauripan, 2 sdb susu pekat, 2 sdb gula, 1 cawan air suam

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum, 2 sdb planta/majerin, 2 sdk baking powder,2 sdk garam

Cara memasak

  • Campurkan kesemua bahan A & tunggu 15 minit atau hingga berbuih.
  • Di bekas lain, bahan B dicampur & diuli hingga menjadi seperti serpihan serbuk roti.
  • Yis yang telah mengembang A dimasukkan ke dalam adunan B, uli hingga menjadi doh.
  • Biarkan selama 1 jam, doh akan naik sekali ganda & tumbuk doh.
  • Bentukkan menjadi donut, tunggu 10 minit & goreng.

9. ROTI JALA & GULAI AYAM KAMPUNG by Hafizah #hdaecrew

Fav anak-anak Mommy juga ni. Roti Jala.. Tapi dengan Gulai Ayam Kampung. Fuhhhh terbaiklah Hafizah.

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 10

Gulai Ayam Kampung

Bahan A (blend)

  • Bawang besar, bawang putih dan rempah kari ayam

Bahan B

  • Rempah empat beradik (sebahagian kayu manis, sekuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga)*
  • 2 sudu makan kerisik, 1 cawan santan, 2 keping asam gelugur
  • 1biji bawang dimayang halus*, 2 ulas bawang putih diracik*, 1 inci halia diracik*
  • Air secukupnya, Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang bertanda (*), dah naik bau masukkan bahan yang diblend.
  • Dah naik minyak, masukkan santan, kerisik, biar mendidih masukkan ayam kampung.
  • Jika kering tambah sedikit air ikut kepekatan yang disukai.
  • Setelah ayam kampung agak empuk, masukkan kentang.
  • Perasakan dengan gula dan garam.

Roti Jala

  • 1 cawan tepung gandum, 1biji telur ayam, Susu cair (agak-agak untuk jadikan adunan sebagai bater)

Cara memasak

  • Blend semua bahan di atas. Biarkan lebih kurang 30 minit atau lebih. Boleh mula menjala.

10. SPIRAL DAGING CHEESE by Suhana #hdaecrew

Wah.. Rare buka puasa tanpa nasi. ye la.. Kalau  boring makan nasi, apa kata cuba makan ni pula. Tq Qaseh Suhana yang sudi kongsi resipi mudah bulan puasa ini iaitu Spiral Daging Cheese ini.

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 11

Bahan

  • Spiral direbus hingga lembut, Bawang merah dipotong dadu, Lobak dihiris, Daging kisar, Mix herbs, Lada hitam, Mozarella cheese, Perasa.

Cara memasak

  • Masak daging cincang hingga empuk..bila dah empuk dah kering letak sikit minyak zaitun dalam daging tadi n campakkan bawang putih, bawang merah, lada hitam,mix herbs , lobak dan masak sehingga semua sebati n betul2 kering… letak perasa n masukkan spiral yg dah direbus td kacau sebati..matikan api tunggu sejuk sikit..
  • Sediakan bekas or loyang masukkan spiral yg siap digoreng td separuh bekas n taburkan mozarella cheese kemudian letak lagi spiral dan kan lg mozarella ulang step sampai habis..
  • Bakar spiral td dalam 15 minit or hingga cheese cair n kekuningan sikit dalam ketuhar..siap tuk dimakan.

11. Koew Teow Goreng by Fatin #hdaecrew

Sahur pun ok jugak kan? Berbuka pun bes je. Mommy memang suka sangat lah Koewteow. Teringat-ingat masa makan kat Hotel Seri Pacific KL. Boleh la cuba resipi mudah pada bulan puasa daripada Fatin Khadir ni.

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 12

Bahan

  • Sebungkus kuey teow (Bilas dan toskan), 2 Sudu Makan Cili Kering yg telah dikisar, 1 Cawan Udang,
  • 2 Keping Fish Cake (Hiris Nipis), 5 Biji Bebola Ikan dibelah 2
  • Segenggam Taugeh, Daun Bawang dan Daun Sup dipotong, Sayur Sawi
  • 2 sudu makan sos tiram, 3 sudu makan sos tomato, 3 sudu makan sos cili, 4 sudu makan kicap cair, 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 ulas bawang putih cincang, 1 labu bawang besar cincang
  • Gula & Garam, Minyak untuk Menumis

Cara memasak

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan kekuningan.
  • Masukkan cili kering yg telah dikisar sehingga naik minyak, masukkan udang dan tumis hingga masak.
  • Seterusnya masukkan fish cake dan bebola ikan. Gaul sebati.
  • Tambahkan sos tiram, sos tomato, cili sos, kicap cair dan kicap pekat.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan kuey teow bersama taugeh dan sawi.
  • Gaul sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
  • Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

12. Laksa Telur Bersarang by Huda #hdaecrew

Taukey besar dah Huda sekarang. Alhamdulillah. Kalau sebelum ni jual Young Living Essential Oil, sekarang ni makin berkembang dengan Nasi Ayam Bota pula. Laksa Telur Bersarang ni salah satu menu di kedai makan Nasi Ayam Bota di Kg Baru Kerteh, Kemaman yang baru dibuka. Terbaiklah sudi kongsi resipi mudah bulan puasa ni..

RESIPI MUDAH BULAN PUASA MENU BERBUKA PUASA 13

Kuah Laksa

Bahan

  • 1kg Ikan selayang, 5 ulas bawang besar, 2 senduk cili kering kisar, 20 biji cili padi, 2 inci Belacan, 3 potong Lengkuas, 1/2 biji nenas, 10 keping asam keping, 2 kuntum bunga kantan, 3 pokok daun kesum

Cara memasak

  • Rebus ikan dan asingkan isi sebelum dikisar.
  • Kisar bawang, cili padi, nenas dan belacan.
  • Masukkan semua bahan ke dlm periuk besar.
  • Masak sehingga mendidih dan tutup api setelah kuah menjadi 3/4 dari yang asal.

Telur bersarang

Bahan

  • 2 biji telur gred A, 3 sudu Air masak, Secubit garam, Minyak utk menggoreng

Cara memasak

  • Masukkan semua bahan ke dalam squeeze bottle dan goncangkan sehingga sebati.
  • Picitkan telur tadi ke dalam minyak yang betul2 panas.
  • Lipatkan telur menjadi separuh bulat setelah ianya garing.
  • Angkat dan toskan sebelum dihidang.

HDAECREW & IDEA RESIPI MUDAH BULAN PUASA

Terima kasih buat semua sahabat #hdaecrew yang sudi berkongsi resipi mudah bulan puasa ini. Tak sangka 2014 till now, moga ukhwah kita berkekalan dan berpanjangan. Amin.

9 Replies to “RESIPI MUDAH BULAN PUASA | MENU BERBUKA PUASA”

  1. yeaiii ada resepi i ler..

    1. Yeah. Tahniah.. hehe

  2. WAH NAMPAK MENARIK…

    1. Yup. Juga tak susah sangat.. hehe

  3. Wah nanti boleh cuba.. tq sahre kan

  4. Cayalah… All in one!
    Terbaik

  5. Puasa baru saja masuk hari ke-6 saya dah tak tahu nak makan apa dah banyak dah menu dicuba. Mungkin boleh cuba resepi-resepi kat sini.

  6. Aby badarudin says: Reply

    Walaweyhhh… Boleh guna idea² ni utk bebuka 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge