Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

JOM JELAJAH NEW ZEALAND DENGAN IKHLAS TOURS

Jelajah New Zealand menjadi impian Mommy selain jejak Korea dan Jepun. Nak update entri ni pun tersenyum sorang-sorang. Moga Allah permudahkan urusan #KembaraKBBA9 ini. Tak lama dah. Sekarang dah masuk bulan 6 dah. Wuhuuuu.. Kami dijangka akan ke sana pada musim Bunga! Haaa.. Syiok tak? Giler tak syiok.

Perancangan ke New Zealand agak mudah apabila diuruskan oleh team Ikhlas Tours, sebuah agensi pelancongan di NZ. Pemiliknya orang Malaysia tau. Serius! Hebat orang Malaysia. Oh ya.. Pakej mereka menarik giler! Dan yang paling teruja, kami akan drive sendiri di sana. Yes! Bukan senang nak ada peluang ni ketika melancong di luar negara.

JELAJAH NEW ZEALAND BERSAMA IKHLAS TOURS

ITINERARY DI NZ

Ok ini antara tempat-tempat yang bakal kami kunjungi di sana. Wuhuu. Tak sabar betul. Especially Hobbiton Village tu. Harga tiket masuk ialah NZD75. Haha. Bukan setiap hari nak pergi kan?

JOM JELAJAH NEW ZEALAND DENGAN IKHLAS TOURS (4)

PENGINAPAN DI NZ

Penginapan kami pula, haaaa.. berpindah randah setiap hari mengikut tempat yang dijadualkan. Syok wei.. Ini contoh tempat penginapan kami nanti.. For sure akan ada entri khas untuk ni nanti..

JOM JELAJAH NEW ZEALAND DENGAN IKHLAS TOURS (3)

PENGANGKUTAN DI NZ

Dan pilihan pengangkutan yang disediakan untuk tetamu samada kereta sedan, MPV, SUV atau memandu motorhome atau campervan. Dan pengangkutan kami nanti adalah seperti di bawah..

JOM JELAJAH NEW ZEALAND DENGAN IKHLAS TOURS (7)

Pihak Ikhlas Tours menyarankan pelancong untuk memandu sendiri sambil meneroka bumi NZ kerana NZ merupakan sebuah negara yang selamat untuk memandu sendiri, dengan statistik kemalangan yang rendah, infrastuktur yang baik dan sistem yang mesra pelancong. Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan pakej percutian lebih eksklusif dan peribadi. Tetapi, mereka juga ada menyediakan private driver andai itu yang pelanggan minta. Kami memilih untuk memandu sendiri la kan pastinya. Hihi..

IKHLAS TOURS LIMITED

JOM JELAJAH NEW ZEALAND DENGAN IKHLAS TOURS (6)

Seperti yang Mommy maklumkan awal-awal tadi, Agensi Pelancongan Ikhlas Tours Ltd ini merupakan milik rakyat Malaysia yang beroperasi di Auckland, New Zealand. Berita mengenai agensi pelancongan mereka ni siap masuk Berita Harian lagi tau..

Sedikit pesanan dari Ikhlas Tours

IKHLAS TOURS Ltd sedia membantu merancang percutian yang sesuai dengan bajet anda. Kami menyediakan pakej private tour untuk kumpulan kecil antara 4 hingga 20 orang. Kami menawarkan pakej standard dan pakej customise mengikut permintaan, destinasi pilihan dan bajet anda. Anda bebas untuk bercuti secara santai dengan memilih destinasi yang ingin dilawati, dan tidak terikat dengan travel plan yang rigid.

Haaa.. Boleh rancang sendiri tu. Takde la terikat sangat dengan jadual ketika melancong kan? Boleh urus sendiri masa tu..

TESTIMONI

Rata-rata pelanggan yang menggunakan khidmat Ikhlas Tours amat berpuas hati dengan servis mereka membuatkan Mommy lebih yakin dengan mereka dan teruja nak kesana!!

“Pengalaman melancong bersama Ikhlas Tours adalah unik bagi kami. Pertama kali memandu sendiri di luar negara dan mengembara sendiri. ​Kami bebas memilih aktiviti yang kami suka dan bergerak dengan masa sendiri. Syabas Ikhlas Tours”

“Perkhidmatan yang diberi oleh pihak Ikhlas Tours amat memuaskan. Kami meneroka banyak lokasi yang menarik dengan bantuan Ikhlas Tours. ​Pada kami, Ikhlas Tours menawarkan perkihdmatan yang terbaik dan memenuhi citarasa kami sekeluarga”

Mommy yakin, pilihan kami untuk Jelajah New Zealand bersama Ikhlas Tours adalah pilihan terbaik. Moga Allah permudahkan urusan kedua-dua belah pihak. Amin.

YANG INGIN TAHU PAKEJ JELAJAH NEW ZEALAND BERSAMA IKHLAS TOURS LTD

Untuk pengetahuan korang, pakej mereka di bawah RM2000 tau. Haaaa. Bes kan? Nak tahu lebih lanjut, korang kena laju-laju lawat mereka melalui:

Korang juga boleh baca FAQ Jelajah NZ ini untuk sebarang persoalan yang timbul di fikiran korang.

Doakan #kembarakbba9 jelajah NZ berjalan lancar ya.. Terima kasih..

2012

Tags: , , , , , , , , , ,

43 thoughts on “JOM JELAJAH NEW ZEALAND DENGAN IKHLAS TOURS”

  1. umminani says:

    selamat bermusafir. bnykkan doa semoga allah permudahkan urusan pergi dan balik. Begitu juga dgn tanggungjawanyg ditinggallkan. Musafir ada baik dan buruknya. Semoga dipermudahkan

    1. YB Shehan says:

      Terima kasih atas nasihat umminani.. inshaa Allah akan igt..

  2. qaseh says:

    Jangan lupa ole2 .. ahaksss wawawa murah pakej dia :p

    1. YB Shehan says:

      hahaha.. inshaa Allah.. #siscuba

  3. AZni says:

    Ooo based kat sana kaa… mesti trusted agen kan. Kalau tak takkan uoll pilih

    1. YB Shehan says:

      Ya. Inshaa Allah. Doakan kami eh..

  4. Fizah says:

    Selamat bermusafir YB

    1. YB Shehan says:

      tq fizah.. doakan ye..

  5. mamaiecka says:

    Selamat melihat negara orang. Selamat mengembara. Semoga urusan pergi n pulang dpermudahkn & dilancarkn segala. Psss.. nak ikut!

    1. YB Shehan says:

      Jom jom ikut jom..

  6. allene says:

    Syoknya nz… balik jgn lupa ole2… pastu buat g.a hihi

    1. YB Shehan says:

      Menarik idea tu.. hehehe. Tq allene

  7. wahh, bestnye dapat pergi NZ, memang tengok gambar pun tenang je, boleh tenangkan jiwa dekat sana.

    1. YB Shehan says:

      x sabar ni.. inshaa Allah..

  8. TATI MANSUR says:

    Wow!!! Bestnya.. kita yang baca dah teruja apatah lagi yang nak pergi kan.. mestilah lagi teruja.. Anyway Semoga Allah permudahkan segala perancangan n thank you for the very useful info.. Lepas ni boleh la rekomen ikhlas tours kat kengkawan yg nak ke NZ.

    1. YB Shehan says:

      yup. boleh rekomen.. tq ya doakan..

  9. mas saari says:

    Ai yang baca pun rasa teruja. Paling best mesti pengalaman memandu sendiri tu.

    1. YB Shehan says:

      yup. sebelah kanan jalan dia. huhu..

  10. Anuar says:

    Bestnya dapat berjalan ke New Zealand…
    Tengok tempat orang..

    1. YB Shehan says:

      Alhamdulillah. Mudah2an..

  11. Lya says:

    Wow nak g New Zealand gak laaa ngan she hehhee

    1. YB Shehan says:

      Jom kak.. hehehehe

  12. Nadia johari says:

    Syoknyaa..nak ole2 tau..kalau bukan utk kita, utk fariza pun ok..hehe

    1. YB Shehan says:

      haha. inshaa Allah.. #siscuba

  13. Que Achmad says:

    wah manariknya… smoga slmt prgi & selamat balik

    1. YB Shehan says:

      inshaa Allah. terima kasih atas doa

  14. Best Nyaa!!! Mesti tak sbaar bilaa nak pergi

    1. YB Shehan says:

      Yaaaaa. Tak sabar.. Sept nanti.. Inshaa Allah

  15. Didy says:

    wah..wah.. g sana masa musim bunga !! mesti sangat cantik pemandangan kat sana nanti..Fuh terbayang2 bunga warna-warni …indahnya..

    1. YB Shehan says:

      ya musim bunga.. inshaa Allah.. x sbr ni

  16. Haidar says:

    Wah best ni. Dah lama teringin nak ke New Zealand; cikgu saya pernah cerita masa sekolah dulu, dia cukup ‘salute’ dengan orang New Zealand di hentian bas ada dijual surat khabar tapi tak ada penjual. Dia kata surat khabar habis dan duit pun cukup dengan bilangan surat khabar terjual. Kalau di Malaysia katanya mesti sebaliknya.

    1. YB Shehan says:

      hahaha. marilah kita belajar dengan melihat negara luar. sama la mcm sy g korea dlu, bnyk perkara sy belajar, yg xde kt msia ni.. huhu

  17. Waaaaa…. bestnye dpt g NZ.. baru baca je dh rase best sgt

    1. YB Shehan says:

      tggu nt kami kt sana eh. hehehe

  18. ema says:

    memang tak sabar tunggu entri cuti ke NZ dari Shehan ni… semoga selamat pergi dan selamat kembali..

    1. YB Shehan says:

      wah.. tq akak. tggu tauuu

  19. Jangan lupa ambik gambaq abam All Blacks yang sado tu tau…ehhh hahaha

    1. YB Shehan says:

      haa x zabarrrrrrrr

  20. Farahin Esa says:

    Huuuu seronoknye kalau dapat pegi….. ongkosss is not here…

    1. YB Shehan says:

      inshaa Allah.. try menabung. hehehe

  21. lisak says:

    allahu , bestnya.. teringin lak nak pergi sana

    1. YB Shehan says:

      jom2.. inshaa Allah nanti Lisa leh jejak juga

  22. Dorsett Pink says:

    Bestnya pergi nz… Saya confirm akan dtg nz lagi. InshaAllah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!