SHOPPING BARANG DAPUR DENGAN HONESTBEE MALAYSIA SANGAT MUDAH!

HONESTBEE MALAYSIA (1)

Shopping barang dapur dengan Honestbee Malaysia sangat mudah | Dari dulu, Mommy memang teringin nak cuba shopping barang dapur secara online je. Tapi entah kenapa tak cuba-cuba. Selepas tengok beberapa kawan blogger yang dah cuba satu website ni, perasaan ingin cuba Mommy membuak-buak pula.

HONESTBEE MALAYSIA

HONESTBEEMY – SHOPPING JADI LEBIH MUDAH

Haa gitu. Ye la. Dah jadi surirumah kan. Nak cari solusi mudah je dalam buat apa-apa perkara pun. Antaranya, shopping barang dapur. Seboleh-bolehnya nak suruh orang masak kan sekali. Eh over. Hahah. Ok.. bab shopping barang dapur ni, Mommy nak, seboleh-bolehnya yang boleh hantar sampai depan pintu rumah gitu. Jadi Mommy pilih Honestbee Malaysia sebagai tempat shopping barang dapur.

HONESTBEE MALAYSIA (1)

HonestbeeMy ni bukan calang-calang online grocery website tau. Berpusat di Singapore, HonestbeeMy telah berkembang maju dengan melebarkan sayapnya di 7 buah negara lain iaitu di Filipina, Hong Kong, Indonesia, Taiwan, Thailand, Jepun dan juga di Malaysia.

HONESTBEEMY ADA PELBAGAI PILIHAN GROCERIES

Nah.. ada pelbagai kategori kedai yang kita boleh pilih dalam website ni. Antaranya supermarkets (Ben’s Independent Grocer), Raya Hamper Delights, Ramadhan with BEE, B.I.G Ramadhan Fair, kedai bunga pun ada, kedai kek & GNC. Mommy pilih untuk shopping dengan B.I.G Ramadhan Fair sebab banyak juga diskaun yang Mommy dapat. Hihi..

HONESTBEE MALAYSIA (2)

HONESTBEEMY WEBSITE MESRA PENGGUNA

Jujur Mommy cakap, website nya sangat mesra pengguna. Mudah sungguh Mommy shopping, dan kalau nak add on unit barang pun, cuma klik sahaja di gambar yang kita baru add to cart.

HONESTBEE MALAYSIA 2

Dan setiap store pun ada memuatkan beberapa kategori produk untuk memudahkan kita shopping. Pada Mommy, memang mudah sangat lah shopping di Honestbeemy ni.

HONESTBEEMY FLEKSIBEL DARI SEGI MASA PENGHANTARAN

Kita berhak memilih masa untuk penghantaran. Macam Mommy pilih pagi disebabkan Daddy agak sibuk pada waktu petang. Ini contoh pilihan masa yang ada.

HONESTBEE MALAYSIA

ADA PILIHAN CASH-ON-DELIVERY (COD)

Selain bayaran melalui debit atau kad kredit, pilihan secara COD juga disediakan untuk kemudahan pelanggan. Macam Mommy la.. memilih COD untuk shopping kali ini. Hehehe..

HONESTBEE MALAYSIA 3

KEHABISAN STOK?

Ok nak info ni, andai barang yang korang pesan kehabisan stok, wakil Honestbee akan cuba hubungi kita untuk maklumkan perkara tersebut dan terus mencadangkan item lain sebagai ganti.

HONESTBEE MALAYSIA (7)

Bila kita setuju, mereka akan teruskan shopping untuk kita.

KAWASAN PENGHANTARAN MASIH TERHAD

Buat masa sekarang, servis Honestbee masih terhad kepada beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang ni. Mommy ada cuba letak alamat rumah Mommy, tapi tak termasuk dalam kawasan penghantaran. Jadi Mommy gunakan office husband sebagai tempat delivery. Korang pun boleh check dulu kawasan rumah korang terlibat ke tak, otherwise leh cuba pejabat pula ke. Cuba semak dahulu ye..

HONESTBEE MALAYSIA 4

Atau kalau korang ada kemusykilan lagi, boleh je baca FAQ HonestbeeMy ini. Oh ini mungkin habit Mommy kot, suka baca FAQ dalam apa-apa website pun. Nak kasi lebih faham kaedahnya. Hehe..

Ok ini antara hasil yang Mommy shopping di Honestbee, sampai jam 2 pagi tau uols. Punya shopping. Inilah kelebihan online shopping, tak perlu keluar dari rumah pun. Jimat masa, jimat duit dan jimat tenaga. Kan Kan? Let them shopping for us. Gittewww..

HONESTBEE MALAYSIA (5)

Terima kasih buat runner yang efisien.HONESTBEE MALAYSIA (5)

Ini pula baru sebahagian barang yang Daddy bawa balik dari ofis tadi. Sian dia, merempit dengan barang banyak. Hehe.

HONESTBEE MALAYSIA (8)

BERITA BAIK

Ok, untuk semua pembaca Mommy yang nak shopping di Honestbeemy, korang boleh guna voucher HBSPECIAL untuk dapatkan diskaun RM20 (dengan pembelian minima RM100). Voucher ini layak untuk first time user dan sah untuk sekali pembelian sahaja, sehingga 30 Jun 2017 ini. Tertakluk kepada terma & syarat. Ok la kan? Sape nak kasi free macam ni je kan? RM20 tu banyak tu..

SHOPPING TIME!!

Ok korang dah boleh mula shopping di HonestBee.my sekarang. Untuk maklumat lanjut, korang juga boleh follow Facebook Honestbeemy, Instagram @honestbeemy dan juga boleh muat turun Mobile Apps Honestbee di GooglePlay / AppStore.

24 Comment

  1. Satu lagi revolusi utk online shopping kat Malaysia ni.. Baguslah ada platform mcm ni.. para mak dah tak yah bercendoi cendoi dgn anak2 ke super market.. Kalau tak.. mana nak cari barang lagi.. mana nak nengok anak lagi..

    1. Benar.. salah satu sbb mls nk kua shopping sbb tu lah. Pnt. Hahahaha

  2. Mau shopping gak tp di luar kawasan hokhok senangnya hidup dpt shopping brgn dapur online .. xyah ssh2 g mall dah .. good info

    1. umah akak sama gak. tu yg guna opis asben. nsb ada. akan dperluaskan tu.. for sure..

  3. menarik .. kalau lah sini ada. harapnya lepas ni berkembang merata tempat..senang le lisa nk masak kekekeke

    1. mesti bkembang nt.. inshaa Allah.. bgs konsep ni

  4. Best nyeee…. kalau la ade di Ipoh kan best

    1. moga dorang akan buka lebih bnyk lg cawangan nanti, hehehe

  5. Sekarang ni semuanya di hujung jari.. tak perlu lagi nak bersusah payah keluar rumah untuk shopping .. Untung dah kat situ dapat jimat duit minyak, dapat jimat tenaga dan dapat jimay duit jugak..hehehehe kalu pergi shopping ada jer terbeli benda lain yg tak masuk senarai .. huaaa..

  6. phew…
    senang sangat ni.
    xyah pikir jem xyah pikir parking.
    siap ada watsap lagi.

  7. mudahnya la ni kan..semua hujung jari

  8. kan…senang sangat sejak tahu ada perkhidamatan honestbee

  9. Senang…skrg order2 je smapai dah pejabat husband…husband atau wife x payah pening nak bersesak kt pasaraya…mmg efisien lah

    1. Yup. Xyh pning2 pk nak kua

  10. hantar sampai ke site ke tu? hehe, kalau ikut alamat rumah IQ pun tak cover, ofis je cover, nak try jugak nti.

    1. Yup. Smpai kat opis. Umah x cover. Hehe

  11. mudah, tunggu je depan pintu..lagi2 mereka yang sibuk..

  12. Wow bestnya shopping barang keperluan diri, dapur dan rumah online macam ni. Memudahkan ramai surirumah nak berbelanja tanpa perlu keluar rumah. Khususnya yang duduk dirumah, tiada kenderaan atau menjaga anak-anak kecil. Bila nak ada service ni di Kulim agajnya. mudah ni.

  13. senang je skang kan.. ibu2 yg ada anak kecil macam me memang suka benda2 macam ni.. 🙂

  14. Rasa nak repeat shopping tera dok ada voucher diskaun tu kan

  15. memang memudahkan..
    kena jimat cermat jer.. bila dah senang shopping mcm ni

    1. Btul2. Hahaha.. kdg2 x sedar gak main klik klik

  16. Tesco pun ada buat online shopping mcm ni gak.tapi rasanya, honestbee ni lagi mesra pengguna la kot.. She, delivery hari2 ke? Mcm kita beli hari ni, esok terus dapat. Atau kena tunggu 2-3 hari macam pos biasa tu?

    1. Setiap hari dan leh pilih jam tu..

Leave a Reply