ULANGKAJI SUBJEK PJK TAHUN 1

Esok.. hari kedua exam pertengahan tahun hannah damia. Untuk darjah 1. Dan ketika ulang kaji soalan-soalan latih tubi tu.. Mommy terbaca lah 1 soalan ni..

Masa tu Mommy positif je fikir, soalan sekarang memang advance kot.

Hannah : (isi part Zakar)
Mommy : kakak.. zakar tu apa?
Hannah : punggung la. Kan ada pakai seluar dalam tu.
Mommy : bukanlah. Zakar tu kemaluan lelaki.
Hannah : bila masa ada kemaluan pulak??!!

Menangis Mommy nak explen.

Rupanya..

Lepas Mommy studi buku Teks PJK.. Barulah Mommy dapat jawapan.

Anggota badan yang tidak boleh disentuh. Tajuk yang secara tak langsung telah membantu anak-anak lebih faham bahagian private yang tidak boleh disentuh..

Zaman sekarang ni.. budak-budak advance sangat. Kadang-kadang tu perkara pelik yang berlaku sekarang ni dah tak masuk dek akal. Korang pun pernah baca kan kes pelik-pelik melibatkan sesama pelajar sekolah rendah. Nauzubillah..

Dengan format baru bermula tahun 1 tahun 2017 ini, Mommy rasa budak-budak memang dah terlebih advance. Tadika pun dah semakin hari semakin advance sampai tak terkejar. Perkara ni dah berlaku dan sedang berlaku.. nak tak nak, kita kena follow the flow. Terpaksa advance kan anak juga.

Anak-anak penat? Trust me.. mak pun penat sebab kena studi sekali. Belum lagi nak kena fikir soalan-soalan KBAT dorang tu..

*garukepala

One Reply to “ULANGKAJI SUBJEK PJK TAHUN 1”

  1. Huhhh mmg terang dan nyata ye…zakar tu jelas tulis dlm buku…so kena explain awal2 la ni kat bamQi huhuhu…bagus juga kalau fikir balik jujur dalam beri penerangan kepada anak2 ni..xd la dia tercari2 bahan tak sepatutnya kan…zmn dulu kalau study bab ini kita semua malu segan tahap apa tah kan hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge