SAMBUT HARI IBU ATAS BUKIT BROGA.. GITTEWWW..

Nak ikut. Haha. Itu permulaan ayat yang Mommy cakap bila Daddy suarakan hasrat nak panjat Bukit Broga. Haishhhh.. dah la baru je share kat korang 7 tips hiking untuk wanita kan?? Sah-sah la Mommy sendiri nak praktik ni. Gitewww. Haha..

Sempena hari ibu, sambut di atas bukit broga.
Cantik Bukit Broga. Tak sangka dah sampai!

Akhirnya, pagi Ahad, 14/5/2017.. jam 4.30 pagi dah ready uols.. Siap mekap foundation bagai. Haaaa. Nasib baik guna Rosetyara Foundation. Ada SPF 50. Terlupa der nak bawak sunblock cream.

Huhuhu.. Perjalanan ke Bukit Broga tak jauh pun dari rumah Mommy.. Tetiba je dah sampai.

BAYARAN PARKING & TEMPAT SOLAT

Nak masuk, kena bayar parking RM1 mengikut kepala (per head).  Maka.. Mommy Daddy kena caj RM2 lah. Anak-anak memang tak bawa.. tinggal rumah kakak jer.

Memandangkan kami sampai around 5.45 pagi.. maka, solat sahaja disitu. Ada 2 kontena disediakan.. Nak solat, kena ke toilet. Nak masuk toilet kena bayar RM1. Hehe..

BERAPA JAUH PERJALANAN PUNCAK BUKIT BROGA NI?

Mengikut gambar yang Mommy snap ni.. ada 3 checkpoint.

Checkpoint pertama kena lalu oldtrack (perlu bayar RM1). New track percuma je. Tapi lebih tinggi la..

HIKING DENGAN SIAPA?

Opkos la dengan Daddy. Hehe.. dan 3 rakan Daddy. Sebenarnya saja nak ikut. Rasa macam dah lama sangat tak panjat-panjat bukit ni. Tapi redah pergi gitu je tanpa stretching.. memang cari nahas la. Semput giler.. Hahahhaha. Macam Daddy ok la.. setiap minggu main badminton..

SEJAM PERJALANAN MENDAKI

Perjalanan bermula jam 6 pagi.. Menggunakan torchlight sepanjang perjalanan.

Memandangkan kami memilih untuk free track, perjalanan mula-mula pun dah mengah. Amboi. Sungguh meninggi diri bukitnya. Tinggi oiii. Naik naik naik. Berhenti selepas separuh perjalanan. Gila.. nak putus asa dah. Dah la terlupa bawa Peppermint. Sabo je lah.

Selepas 45 minit.. dah nampak old track sebelah sana.

Dah tinggi rupanya kami naik. Tapi new track (2nd checkpoint) yang kami nak naik tu.. masih ada ‘sebatang rokok lagi perjalanannya’. Huwarghhhhhhh. Minta nyawa. Minta nyawa.

Tepat sejam (7.07am), barulah kami sampai ke puncak 2nd checkpoint tu. Itu pun lambat sebab berhenti banyak kali. Hahaha. Dah tak sudi dan tak hingin la nak ke mana-mana lagi. Salah seorang sahabat Daddy masih lagi di bawah. Nak caj energi. Haha. Tapi, tak lama lepas tu dia naik la jugak. Rugi woo kalau tak naik sampai puncak. Tahniah.. haha..

SNAP SNAP SNAP

Cuba live update kat FB.. tak laku der. Mungkin awal sangat kot. Haha. Dapat jejak di puncak bukit broga ni.. nikmatnya sama seperti Mommy berjaya panjat bukit kat taman negara dulu. Kali ini perjalanannya 6.5km. Nak nangis woi. Haha. Stamina. Staminaaaa!!

Cantik subhanallah..

Indah..

SAMBUT HARI IBU ATAS BUKIT BROGA!!

Hai anak-anak Mommy.. Mommy & Daddy kat atas ni.. Sambut Hari Ibu atas Bukit Broga.. Haaa.. tinggi tu!

Sebenarnya Mommy langsung tak ingat hari ini adalah Hari Ibu tau.. haha.. Bila sampai atas tu.. baru teringat. Kihkih. Kebetulan la kiranya ni kot. Hehe.

Hai KBBA9

TURUN PUN SAMA CABARANNYA

Serius. Sangat mencabar di mana kekuatan cengkaman dari kaki, kasut & kekuatan lutut diperlukan. Haha. Curam gila! Ada la tengok beberapa orang tergelincir. Nasib iols tak jatuh. Daddy banyak pegang la. Hahaha..

Dan pendapat Mommy.. sama penatnya macam masa naik tadi.. T_T. Bezanya, setengah jam je masa untuk turun walaupun memenatkan juga.

TEMPAT LEPAK MAKAN MINUM

Pun ada di kaki bukit.

Memang lapar sampai gigil lutut masa otw turun. Tapi tak rasa nak lepak makan..

Macam Mommy ni, beli air kelapa RM5. Sedap gak. Memang segar.

PENDAPAT MOMMY

Overall Mommy puas hati sangat. Kalau korang berniat nak naik Bukit Broga, Mommy nasihatkan pergi awal-awal. Sejuk je. Kalau lambat nanti, dah la panas, penat pulak tu. Memang bertambah penatnya nanti. Sediakan wang kecil untuk parking dan tandas. Kalau jenis yang suka hiking, mesti ada ‘tongkat sakti’ yang tolong hold kat tanah tu.. Mommy rasa nak beli la nanti.

Ok again.. Selamat Hari Ibu dan Selamat Sambut Hari Ibu atas Bukit Broga. Hahahaha..

16 Comment

  1. Wahhh.. kami yg dekat dengan broga ni kan baru 2x naik.. duduk sini dekat 10 tahun dah kekekek..

    Selamat Hari Ibu..

    1. hehehe.. ni asben dah ketagih ah.. nak repeat

  2. Memang satu kepuasan dah sampai puncak tu. Bawak anak² seronok, lawan daki dengan diaorg tapi mama kalahlah. Depa laju giler dan xtau penat!

    1. betul kak. tp anak2 kecik lagi. kang nangis plak. risau kena dukung je. hahahaha

  3. Bayangkan aku pergi ritu dgn lutut x ok… 3 hari sblm operate lutut aku naik situ…

    1. Aah. mmg byg lan turun hr tu. Gila lah. Hahahaha

  4. Emmm.. nk komen pun tak tau nk komen apa. Sebab diri sendiri tak pernah naik broga. hahaha

    1. ok jom naik kt tmn negara nt. serius. ketagih hahahha

  5. Wahhh…tahniah dah sampai ke broga. Best kan? IQ dulu pergi 5 tahun lepas. Dengan geng2 kelab rekreasi. Pergi awal pukul 4 Pagi.Solat subuh dekat puncak. Sampai puncak best! Nak turun memang ketar lutut sebab curam dan licin sebab struktur bukit yg berpasir bukan berbatu. IQ dulu guna old track. Tak sangka ada new track rupanya..heee

    1. yup. old track rendah sket. tp lencongan dia boleh tahan gak tu.. kena byr singgit situ hahaha..

  6. Selamat hari ibu

  7. Tq bawak blog akak ke Broga. Nak harapkan akak ni, org bayaq pun blum tentu mai naik hahaha

    1. hahahaha. kena naik kak. walaupun la kannnn.. hahahahaha

  8. Tak pernah naik bukit broga…bestnya view atas tu she…seronok lahai…

  9. tak pernah pergi lagi..dah berapa kali ajak suami..tapi tak juga pergi

    1. Plg penting.. g time subuh. Sjuk ja. Jgn lewat..

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.