KOPI BADANG.. OH KOPI BADANG CAFE!

KOPI BADANG KOPI 3 IN 1 (8)

Kopi Badang, pertama kali Mommy dengar nama tu, macam-macam persoalan dalam kepala Mommy. Kenapa nama dia Badang? Korang tahu la kan, kisah Badang macam mana kan? Jadi, ada kopi badang ni, kalau minum, Mommy jadi Badang tak? Hehehe..

Dan akhirnya Mommy tahu jawapannya apabila berpeluang ke Majlis Pelancaran Kopi Badang Cafe di Saloma Bistro pada 19 Mei lalu.

KOPI BADANG KOPI 3 IN 1 (11)

KENAPA NAMA KOPI BADANG?

Al Mubarak Health Sdn Bhd (AMHSB) telah menamakan Kopi Badang, bukan kerana sifat fizilkal / kekuatan Badang, tapi kerana sifat kejujuran, keihklasan & seluruh watak Badang dalam ceritanya yang menggambarkan sifat & ragam masyarakat tempatan ketika itu.

Ini selaras dengan niat & impian pengasas Kopi Badang dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur & ikhlas menghasilkan kopi 3 dalam 1 tanpa bahan tiruan serta 100% tulen kepada semua pelanggan.

Tahukah anda Kopi Badang adalah kopi 3 dalam 1 yang tidak mempunyai apa-apa bahan tiruan. Menggunakan kopi Robusta dari Columbia dan sesuai dengan citarasa Asia.

APA YANG BESTNYA KOPI BADANG 3 DALAM 1 NI?

KOPI BADANG KOPI 3 IN 1 (5)

  1. Merupakan 100% kopi tulen dan bebas dari sebarang campuran bahan tiruan (tiada pewarna/pengawet/kopi tiruan).
  2. Cuma ada KOPI TULEN + GULA + KRIMER BUKAN TENUSU.
  3. Mengandungi antioksidan yang tinggi bagi melindungi badan daripada ancaman toksik yang terdapat dalam pengambilan makanan dan minuman seharian kita.
  4. Kajian turut mendapati bahawa kandungan antioksidan yang tinggi mampu melambatkan proses penuaan.
  5. Satu kajian di Amerika mendapati kekerapan pengambilan minuman kopi tulen dapat mengurangkan penyakit Parkinson pada kadar yang tinggi.
  6. Secawan kopi badang mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan. Oleh itu pengambilan kopi badang sebelum memulakan pemanduan jarak jauh dapat mengelakkan badan menjadi cepat letih, hilang fokus dan mengantuk ketika memandu.
  7. Ada Sijil Halal dari JAKIM.
  8. Produk bermutu tinggi keluaran Malaysia.

SIAPA DUTA KOPI BADANG 3 DALAM 1 NI?

Pelakon kacak der.. Dah lama gila Mommy teringin jumpa. Eh.. teruja lebih pulak. Ini dia Duta Kopi Badang, Zamarul Hisham Mohamed. Aumm..

KOPI BADANG KOPI 3 IN 1 (6)

Korang boleh tengok iklan viral Kopi Badang ni, kelakar. #mommymudahterhibur

KALAU SAYA NAK JUAL JUGA?

Boleh jadi stokis. Kalau tak nak jadi stokis, boleh juga cuba hubungi stokis-stokis pihak AMHSB untuk peluang sebagai dropshipper. Begitu.. Dan yang bestnya, ada insentif best sangat kalau kita jadi stokis. Tak nak jadi stokis pun, ada juga berita best untuk pengguna/pembeli kopi Badang ini.

KOPI BADANG 3 DALAM 1

INSENTIF

Tahukah korang, pihak AMHSB menawarkan insentif-insentif menarik buat STOKIS dan juga PENGGUNA! Hah? Pengguna pun dapat peluang ke? Macam mana tu?

Ok, meh nak explain.

  • Untuk Stokis yang mencapai sasaran jualan 10,000 carton dalam tempoh 7 bulan, berpeluang mendapat sebuah kereta samada Toyota Vellfire atau Mercedes Benz.
  • Untuk Stokis yang mencapai sasaran jualan sebanyak 5,000 carton dalam tempoh 7 bulan, berpeluang mendapat sebuah kereta samada Toyota Vios atau Honda City.
  • Untuk Stokis yang mencapai sasaran jualan sebanyak 2,500 carton pula dalam tempoh 7 bulan, berpeluang mendapat sebuah kereta samada Perodua Axia atau Proton Saga.
  • Untuk Pengguna pun ada insentif. Buat pembelian sebanyak 12 kotak sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 bulan, dapat melayakkan diri menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti sebuah Perodua Axia, Motosikal, Iphone 7, Ipad & TV LED.

CARA PEMBELIAN

Untuk membeli produk ini atau menjadi stokis dengan insentif yang menarik,  boleh hubungi  nombor tertera.

  • Premier Victory – 07 232 6124
  • Hisham Nordin – 019 779 2211
  • Kamarul Arief – 018 388 5985

Atau COD je dengan sahabat Mommy iaitu Mama Kembar Tiga (KL Central dan kawasan sekitar)  – 013-3935052

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti perkembangan mereka di Facebook Kopi Badang Official dan Instagram Kopi Badang.

KOPI BADANG 3 DALAM 1

PENDAPAT MOMMY

Sebagai peminat tegar kopi, Mommy jujurnya suka Kopi Badang 3 dalam 1 ni. Mudahkan Mommy setiap pagi kerana tak perlu lagi letak gula & krimer setiap kali bancuh kopi. Tuang sahaja air panas, letakkan ais jika nak & terus minum. Paling best, boleh buat versi sejuk dan panas. Kalau rasa macam terlalu pekat dan manis, boleh tambah air lagi. Rasa smooth sangat minum kopi ni. Tak perlu teguk air kosong dah lepas minum. Baunya pun tak sekuat kopi lain.

Kalau yang ada alah seperti migrain dan sebagainya ketika minum kopi, boleh cuba dahulu sebab seperti yang Duta Kopi Badang ni cakap, dia sebelum ni bukan peminat kopi sebab selalu migrain selepas minum Kopi. Tapi, lepas cuba Kopi Badang, alhamdulillah memang serasi dengan beliau..

Puasa dah nak dekat ni, elok korang pun beli sekotak. Minum masa sahur, takde lah nak ngantuk pergi kerja kan? Lagipun kopi ni untuk tenaga juga. Macam Badang la eh? Hihi..

Eh dah petang ni.. Jom minum Kopi Badang, minum secawan, nak bercawan-cawan!

14 Replies to “KOPI BADANG.. OH KOPI BADANG CAFE!”

  1. wah macam menrik jer, nanti bulan puasa boleh bantu bagi tenaga ni

    1. Aah. Cm shehan pn bgantung gak ngan kopi ms bln puasa. Sbb cpt ngantuk n letih la kan. Heheh

  2. Oooo sesuai untuk orang alah kalau minum kopi ek, menarik ni. Sebab ai memang tak boleh minum kopi nanti sakit kepala.

    1. Yup kak. Itu duta sndr ckp. Sbb dia mmg x suka sblm ni. Hehe. Bila dh cuba.. haaaa.. ok. Sbb xde bhn tambahan pelik2 kan..

  3. wah teringin nak minum gak

    1. yup.. ptt cuba ni.. bes

  4. Nanti nak try lah, aii pun peminat kopi

    1. bleh. mai umah rasa dlu. nt bkotak2 beli. hehe

  5. Nak menang iPhone 7. Huhu.

    1. afiq bg kotak afiq kat akak pls. hahahha

  6. Nak hadiah uuu .. mcm best je kopi badang ni

  7. Vavaaa… love coffee..!! Nak try sekotak ehh..

  8. boleh buat duit jual kopi ni..mana tau menang..hhehee..minum kopi ni memnag segar mata

  9. Bulan puasa ni nak minum kopi badang secawan…hrp kuat cm badang hahahha

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.