7 TIPS UNTUK PENDAKI WANITA (HIKING TIPS)

Salam. Korang minat mendaki bukit atau gunung tak? Macam Mommy, memang minat aktiviti mencabar begini tetapi mungkin belum tiba masa sesuai. Sehinggalah pada awal tahun lepas, Mommy cabar diri untuk mendaki Bukit Terisek di Taman Negara, Pahang setinggi 344m dari aras laut. Alhamdulillah. Berjaya juga!

http://shehanzstudio.com/2016/03/dekat-je-kembara-kbba-9-ke-taman-negara-pahang-part-1.html/

Memang semput tu, perkara biasa buat pendaki yang kurang stamina macam Mommy. Huhu. Kemudian, Mommy dapat lagi peluang kedua untuk mendaki bukit menuju ke Rainbow Waterfall, Sg Lembing sejauh 1km. Ini tidak sesukar Taman Negara buat Mommy, namun tetap mengah. Haha.

7-tips-untuk-pendaki-wanita-hiking-tips

Sebab tu lah Mommy nak kongsi beberapa tips untuk pendaki wanita hari ini.

7 TIPS UNTUK PENDAKI WANITA – HIKING TIPS

1. Ketahui adab masuk ke hutan

Sebagai orang Islam, semestinya doa adalah senjata buat kita. Doa adalah salah satu perkara wajib dalam adab masuk ke hutan. Jangan terlalu cakap besar dan buat perkara yang tak sepatutnya. Memang best berkumpul dengan kawan-kawan kita, tapi harus diingat jangan terlalu seronok di dalam hutan untuk elak dari perkara tidak diingini. Mak kita pun selalu pesan kan ayat macam tu?

Nak buang air kecil ketika dalam perjalanan, ajak kawan untuk teman. Jangan sesekali bergerak sendiri. Lagi satu, tolong ya.. tolong jangan buang sampah suka hati. Mommy tahu, ada yang suka makan coklat ketika mendaki, untuk tenaga kan? Jangan mudah je buang plastik sampah tu merata-rata! Jaga kebersihan ye.

Jangan ambil apa-apa pun di dalam hutan kecuali ambil gambar. Mommy tahu. Zaman sekarang ni, dengan telefon canggih, takkan la tak nak ambil gambar kan? Benda lain, please, no! Terima kasih.

Ada satu motto yang selalu Mommy dengar ketika mendaki:

“Take nothing but pictures. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time”

2. Kenal pasti lokasi pendakian

Sebelum memulakan pendakian, pastikan korang buat sedikit research mengenai tempat pendakian tersebut. Oh please! Jangan sentiasa anggap tempat mendaki tu remeh dan merasakan diri kuat untuk mendaki. Macam Mommy la tu. Ingat kuat je kan? Haha. Jadi, adalah wajib untuk korang kenal pasti lokasi pendakian, ketahui segala selok belok jalur pendakian tu, cuaca dan sebagainya dan siapkan diri sebaik mungkin.

Jika berkumpulan, pastikan korang lantik seorang ahli menjadi ketua anda. Ketua tersebut perlulah seorang yang tegas, tidak mudah panik dan bijak membuat keputusan. Pasti perjalanan pendakian itu berjaya dengan izin-Nya. Inshaa Allah.

3. Packing & Peralatan Lengkap

Cara packing beg untuk mendaki juga ada cara ye. Ini salah satu contoh visual yang boleh kita ambil sebagai contoh. Kredit gambar Sportsmans Warehouse.

7-tips-untuk-pendaki-wanita-hiking-tips

Jangan bawa terlalu banyak barang. 12kg ke bawah dikira ideal. Ini kerana jika kita bawa barang terlalu berat, ia akan membebankan tulang belakang kita. Beg yang disyorkan ialah jenis kalis air. Korang boleh dapatkan di Lazada seperti ini.

7-tips-untuk-pendaki-wanita-hiking-tips
Image : Lazada Malaysia

Zaman sekarang ni, nak cari peralatan hiking dah mudah dengan adanya internet. Semuanya di hujung jari. Korang boleh dapatkan semua peralatan hiking ni di Lazada, Zalora, 11th Street, dan banyak lagi.

Sekarang ni nak shopping pun dah jadi mudah sangat. Dah banyak yang menawarkan sistem online shopping menggunakan kupon. Berbaloi-baloi!!

Pakaian yang dibawa tidak perlu banyak. Kita bukan nak berposing untuk majalah sambil bertukar-tukar pakaian, bukan ye. Jadi, gunakan ruang sebaik mungkin. Baju yang sesuai ialah jenis yang quick dry, kekalkan haba dan lindung sinaran matahari. Maka, elakkanlah pakaian seperti chiffon mahupun satin. Over nye Mommy! Bukan apa, kena pesan. Sebab Mommy tau, korang nak cantik di mana-mana pun kan? Haha.

7-tips-untuk-pendaki-wanita-hiking-tips-2
Image : Lazada Malaysia

Barang-barang lain Mommy yakin korang mesti dah tahu kan antaranya kasut, sweater dan sebagainya tu? Oh ya.. satu perkara perlu diingatkan untuk wanita yang mungkin datang haid, sila jaga elok-elok ye? Bawa la pembalut untuk simpan tuala wanita korang tu.  Jangan tinggalkan apa pun di dalam hutan atau di atas gunung. Peralatan-peralatan yang boleh dikongsi bersama kumpulan, korang boleh bahagi-bahagikan aje.

4. First Aid Kit

Ini sangat penting untuk segala sakit yang ada dan mungkin terjadi. Jadi, masing-masing kena la prihatin terhadap perkara ini. Kalau jenis asma, jangan lupa ubat anda ye. Ubat-ubatan lain yang biasa Mommy bawa ialah panadol, salon pas koyok tu, minyak angin, pembalut luka, bygon (atau apa-apa juga spray elak serangga)

5. Serius dan bukan sekadar ikut trend!

Hey Ladies! Jangan terlalu manja. Haha. Kata nak join aktiviti mencabar. Lepas tu nak cakap penat lah, debu lah, panas lah. Boleh je cakap kalau betul-betul dah takde tenaga langsung. Ye la.. Mana lah tahu kang tetiba pengsan pula sebab orang tak bagi korang mengeluh kan? Haha. Bahaya tu!

Yang sikit-sikit tu, bertahanlah. Kentalkan diri. Tunjuk kita ni kuat walaupun wanita. Ye dak?

Mendaki ini adalah sukan serius. Bukan ikut trend semata. Sekali mendaki, pasti nak lagi. Itu Mommy la tu. Cuma masa je tak berapa mengizinkan.

6. Stamina

Siapkan diri sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendaki dengan apa-apa jua sukan. Pastikan diri punya stamina dan lagi sekali diingatkan, jangan pandang remeh tempat pendakian. Baca tips no 1 tadi ye.. Jika terlalu penat, korang memang perlu rehat. Namun, jangan terlalu lama. Ini akan menyebabkan suhu badan turun mendadak dan agar sukar untuk naik semula.

7. Wanita hamil

Mommy faham, walaupun hamil, tapi ada je wanita yang masih nak buat aktiviti lasak seperti mendaki ini. Untuk trimester awal, mungkin tiada masalah, namun risiko tetap ada. Maka, dapatkan nasihat doktor ye!

*****

Next aim : Broga je kot sebab dekat dengan rumah..

Rasanya itu sahaja dulu Mommy dapat kongsi mengenai tips untuk pendaki wanita. Kalau korang ada tips lain, mohon kongsi di komen ya? Terima kasih sudi baca.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

20 Comments

  1. Cantiknya air terjun ni..
    Dan nice.. Terima kasih di atas perkongsian info… Dah lama tak mendaki… Tak tahu lah stamina masih maintain lagi ke tak sekarang ni?

  2. Terpegun melihat keindahan air terjun tu.. terasa nyaman sekali. Terima kasih sudi berkongsi tips2 pasal hiking ni. Dah lama tak hiking ni.. stamina dah kelaut dah ni haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.