10 IDEA HADIAH HARI GURU 2017

idea hadiah hari guru 2017

Kalau semalam, Mommy bagi Idea Hadiah Hari Ibu, minggu depan, pada 16 Mei 2017, kita bakal sambut Hari Guru pula. Sekolah Hannah pun tak terkecuali nak sambut Hari Guru ni.. Sekolah Kebangsaan dan juga KAFA. Pening juga nak dapatkan idea hadiah hari guru ni. Dan kebetulan hari ni Mommy terjumpa beberapa post lama Mommy untuk digunapakai semula. Hehe. Mungkin ada yang berminat nak guna idea tu juga kan?

Tak semestinya kena sama. Jadilah kreatif sikit. Nak bagi hadiah ni, ikut kemampuan masing-masing. Kalau mampu beli barang mahal, silakan. Kalau nak DIY, pun silakan. Setahun sekali je nak kasi hadiah hari guru ni. Penghargaan buat mereka.

10 IDEA HADIAH HARI GURU 2017

1. Pen Merah

Idea yang sangat-sangat-sangat popular. Haha. Sebab cikgu memerlukan pen merah sepanjang kerjaya mereka. Ini diakui oleh cikgu-cikgu sendiri. Kan? Jadi untuk bagi hadiah kepada guru ni, jangan la korang suruh anak hulur sebatang pen je. Kesian kot. Apa kata buat macam ni, hias2 la sikit. Baru canggih sikit.

idea hadiah hari guru 2017 - red pen
source : google image

2. Sharpie/Highlighter/Marker Pen

Pun berguna juga kot untuk guru. Boleh tiru idea ini.

idea hadiah hari guru 2017 - sharpie, marker
source : google image

3. Biskut/Kek

Andai ibu bapa terer baking dan nak cikgu rasa air tangan ibu bapa tu, berikan hadiah seperti ini. Kalau nak promot bisnes baking tu, sertakan namecard sekali. Guru-guru ni dia ada aura sampaikan berita bes-bes, kek/biskut anda sedap, sure dia bagitau contact anda. Sambil selam, sambil minum air. Bijak kan Mommy?

idea hadiah hari guru 2017 - cookie donut
source : google image

4. Bookmark / Penanda Buku

Pun canggih juga. Tak pun boleh hadiahkan sekali novel ke. Asalkan kat penanda buku tu, letak nama anak kan? Kalau kita ada kawan baik sebagai guru pun, hadiahkan novel beserta penanda buku tu, sure best.

Contoh Mommy pernah DIY penanda buku untuk cikgu-cikgu Hannah & Ariq di tadika Little Caliph dulu. Boleh tengok CARA DIY PENANDA BUKU di sini.

idea hadiah hari guru 2017 - penanda buku

5. Lighting bulb

Ini DIY Mommy sendiri untuk Hadiah Hari Guru 2016. Untuk cikgu-cikgu tadika Hannah & Ariq di Little Caliph yang menerangi hati anak-anak Mommy sepanjang persekolahan di sana.

idea hadiah hari guru 2017 - light bulb

6. Foundation RoseTyara.

Hadiah gempak kalau anak-anak korang tahu yang cikgu kesayangan mereka kaki mekap. Haaa.. Serius sebab Foundation Rosetyara ini memang terbaik. Full coverage, tak capuk, ringan, ada SPF, memang flawless habis. Kalau mampu, beli je sebotol besar full size. Kalau rasa nak bajet sikit, boleh beli trial size je. Yang penting, ikhlas dari anak murid kepada cikgu tersayang. Boleh PM Mommy kalau nak (0123498262).

idea hadiah hari guru 2017 - rosetyara foundation

7. Supplemen VCO

VCO (Virgin Coconut Oil) atau minyak kelapa dara sangat efektif untuk tenaga ye kawan-kawan. Cikgu-cikgu zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu. Sampaikan hari cuti pun tetap kena kerja. Sibuknya. Jadi, keletihan melanda lah kan? Boleh hadiahkan mereka sebotol VCO dan lihat apa kata mereka yang amal nanti. Selain merawat badan dari dalam, wajah mereka pun akan tampil segar. Flawless, percayalah. Tak perlu tebal-tebal mekap. Boleh wasap Mommy kalau nak. (0123498262).

idea hadiah hari guru 2017 - vco minyak kelapa dara catalyst

8. Kekacang

Kekacang di dalam botol. Pun masih relevan untuk dijadikan hadiah hari guru. Bukan susah pun. Pergi cari botol kaca, masukkan kacang ikut warna, ikat riben, done! Macam idea Mommy untuk hadiah hari guru 2015 ini.

idea hadiah hari guru 2017 - kekacang

9. Frame / Bingkai Gambar

Bingkai gambar yang letak ucapan ke, gambar anak-anak dengan guru ke, atau apa-apa sahaja yang rasa cantik dan mudah dibuat.

idea hadiah hari guru 2017 - frame
source : google image

10. Tempah MUG/ Beli kat kedai cenderahati

Idea paling mudah dan jimat masa sebenarnya. Tak perlu DIY. Order je. Mudah dan jimat masa.Cuma mungkin sedikit mahal la kot. Tapi, kena pandai-pandailah survey. Macam tu. Banyak je kedai / online yang jual hadiah-hadiah cenderahati untuk guru time ni.

idea hadiah hari guru 2017 - mug
source : google image

Apa lagi ye? Mommy pun sebenarnya masih terkial-kial nak mencari idea hadiah hari guru 2017 ni. Makin lama makin malas nak men-DIY. Mcam mana la ni. Hahahaha. Good luck untuk yang nak mencari idea dan terus buat. Buat guru-guru semua, Selamat Hari Guru. Tak terkecuali keluarga yang menjadi Guru Mommy dari kecil.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.