TUMPANG GEMBIRA. MEREKA MAKIN HEBAT

pertandingan blog seo mham

Makin hebat rakan-rakan KBBA umumnya dan rakan seguru SEO khasnya, apabila berjaya buat kali kedua dalam contest blog SEO. 2 kali juga Mommy menyertai tapi nasib tidak menyebelahi Mommy. Tiada rezeki.

Tahniah buat Shiqeen Sattar & Saidila yang menang berturut-turut dalam contest blog SEO anjuran MHAM.

1. Shiqeen Sattar

contest blog seo

Kegigihan seorang wanita yang bernama SS ni, takde sape boleh sangkal. Ni manusia paling gigih Mommy pernah jumpa. Dia punya level yakin dan positifnya tu, buat Mommy kadang2 emosi juga, tapi terus join positif sekali. Selalu juga la jadi macam tu. Haha.

Kali pertama join contest blog SEO, dah berjaya merangkul tempat ke 3. Kali kedua join, juara terus. Apa rahsia dia? Haaa.. kena join kelas SEO cikgu hafiz & cikgu Sohoque la. Kak SS ni dulunya concern juga perihal Unique Visitorsnya. Tapi, Mommy yakin, dengan kegigihan update setiap hari, plus seo yang makin mantap, tak payah risau sangat la pasal UV. Sure naik. Haaa tengok sekarang.. Memang naik. Betul cakap saya kan??

Selalu gaduh jugak dengan kakak sorang ni. Kena marah pun selalu. Tapi Mommy anggap dia memang macam kakak yang marah adik je. Tapi, kalau dia anggap Mommy macam OKT, siap kau! Eh dalam ni pun nak gaduh. Haha.. Tak lokek nak membantu walau banyak soal siasat. Haih.. kalau dah nama polis kan?

Dalam terlajak sibuk dengan kerja dan komitmen-komitmen lain, dia yang seorang manusia gigih tu, masih mampu libatkan diri sebagai Agen Prudential. Tetiba kan.. jenuh la lepas ni asyik dengar dia bebel pasal insuran. Macam hari tu.. baru tanya khabar, dah cite bab insuran dah. Hahahaaaha.. Larikkkkk. Apa pun.. moga terus berjaya kak SS.

2. Saidila.com

contest blog seo

Ok. Ini kaklong kawasan. Kau salah, siap dia terajang kau. Alaaaa.. cakap je. Buat nye tak. Kakak ni sopan je. Mana ada gangster sangat pun. Kan? Kan?

Dia punya down tu.. ya rabbi. Tak larat marah!! Dulunya concern sangat bab UV rendah, pastu suka sangat rendahkan diri yang tak rendah tu. Mommy tahu.. dia nak kata2 semangat je. Dan nah.. dia berjaya buktikan yang dia mampu capai UV tinggi dalam masa setahun ni, dan kadang2 mengalahkan Mommy. Kagum! Mommy kagum sangat! Tak sia2 Mommy marah. Hahaha. 2 kali plak tu menang contest blog SEO. Saguhati dan baru-baru ni naib Juara. Mana cikgu2 tak bangga kan?

Kelebihan kaklong ni, dia punya segala cerita dalam blognya tu, memang sedap dan layan. Tambah-tambah kisah lamanya sebagai anak yatim dan pernah sakit dulu. Sedih wooo. Bengkak mata.

Kaklong ni pun seorang manusia yang gigih juga. Macam2 perniagaan yang dia buat. Memang tak reti duduk diam. Demi kelansungan hidup. Alasan penat tu duniawi sahaja katanya.. Dia juga salah seorang owner Dilaila Food yang pasarkan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai tu. Nak beli, whatsapp Mommy ye. Klik je >> www.wasap.my/60123498262. Gitu..

Moga maju jaya kakak-kakakku. Banyak sangat yang saya belajar dari kalian berdua. Dah anggap macam kakak betul dah. Maafkan saya andai ada salah dan silap. Teruskan usaha gigih kalian.. Mommy maintain belakang tabir je.. Hehe..

Idea spontan pepagi je ni. Bye.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

16 Comments

  1. Wahhh terharunya SS ada org tulis pasal SS. Alhamdullillah Shehan pun byk bantu SS dan bg tips. Salah seorang yang SS kagum dlm dunia blog… Shehan pun hebat! Maklumlah guru yg sama…

  2. Terharu pulak ada orang tulis pasal kita , maklumlah kann sapalah kita ( ehh termerendah diri pulak )

    Yb ni betul-betul buat kaji selidik sebelum tulis . Selain belajar dengan 2 cikgu SEO yg hebat , akak juga banyak belajar jugak dari YB sebenarnya . Banyak dapat bantuan teknikal pasal blog pun dari YB . Nak bagi faham sesuatu makna betul2 pun YB yg banyak guide .

    Sekalipun bukan rezeki YB dalam contest , sebenarnya ada sumbangan lain yang lebih besar YB ada buat dalam tak sedar . Dan itu biar Allah sahaja yang membalasnya .

    terima kasih YB…..semenyih

    ehehehe
    saidila recently posted…Kenapa Aku Pilih TYZARA ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.