ENTRI KERJA vs ENTRI PERSONAL

ENTRI KERJA vs ENTRI PERSONAL

ENTRI KERJA vs ENTRI PERSONAL – Dua-dua sebenarnya mencabar bagi Mommy. Entri Kerja, satu perlu mengikut kehendak client dan kepentingan hebahan kepada pembaca kita. Samada sampai, atau mempengaruhi pembaca atau tak.

Perangai Mommy, bila menulis sesuatu, bukan simply tulis bagi siap, dah. Tutup PC. Tak, Mommy tak puas macam tu.

Entri personal pula, pembaca selalu menginginkan kita menulis seperti sedang bersembang dengan mereka. Sesungguhnya, itu pun sangat mencabar buat Mommy walaupun Mommy suka menyembang. Macam entri nak puji pemenang contest seo blog ni, ramai suka dan rasa macam Mommy sembang dengan depa. Eh betui ka tu? Hehe. Tq tau..

Berbalik kepada niat asal menulis blog.. Mommy menulis blog ini selepas Mommy dah bernikah. Kiranya ada tempat untuk menulis segala kenangan manis, pahit, sedih dan apa sahaja masa tu. Almaklumlah, dah zaman canggih, dah tak payah tulis guna pen dengan buku diari tu dah. Mommy masih simpan tau diari masa Mommy sekolah rendah. Hahah. Kelakar bila baca balik.

Itu memang minat Mommy. Masa kecik-kecik tu, memang jujur gila lah masa menulis kan? Contohnya.. “Abah marah hari ni. Sedihnya hati.” “Malas buat kerja sekolah, esok lah.” “Aku minat dekat si polan..polan.. hensemnya dia hari ni”. tapi versi budak la. Hangpa tak paham kalau Mommy tulis pekat Kedah. Haha. Lawak sungguh.

Jadi, habit menulis ni memang ada dari kecik. Bila menulis kat bahan elektronik ni, dah tak payah fikir dah nak sembunyi mana diari tu. Hahahah. Nah.. ditayang umum. Tapi tu la, terkawal sikit la jadinya. Tak boleh nak luah yang ‘loqlaq’, ‘carut’ dan sebagainya. Kahkah. Itu rekaan. Mommy mana penah carut.

Jadi, bermula 2009 Mommy menulis. Dari start menikah, sampai dapat anak, sampai ketagih join Segmen Ben Ashaari, sampai bab perubatan sebab anak asyik sakit (sebut ja ruam, ekzema, batuk, flu, asma, bronchitis, pneumonia, pakai inhaler bagai), semua tu ditulis dan penuh ilmu dan juga pengalaman yang Mommy kongsi.

Berbeza dengan Entri Kerja, ini bermula agak lambat iaitu cuma apabila Mommy join KBBA. Kalau tak, masih kekal dengan diri penulis yang lama la kot. Sebelum tu, memang tulis untuk diri sendiri je walaupun ada niche Health & Lifestyle. Bila dah join KBBA, baru tau boleh buat duit melalui blog. Haaa. Masa ni la komitmen untuk menulis dah jadi lain. Setiap job pula, Mommy ada style tersendiri. Yang penting, kalau pandai SEO, boleh la maintain ranking di 1st page Google. Contohnya entri Deeja Cosmetic, Set Cosmoderm & Rose Tyara. Alhamdulillah. Bukan mudah semua tu. Nasib baik Mommy dah berpindah dari blogspot ke wordpress tahun lepas. Kalau tak, tak achieve semua ni. Serius.

Eh korang dapat tak apa yang Mommy cuba sampaikan ni? Itu pengalaman Mommy la. Entri personal dan entri kerja yang kreatif dan dekat dengan jiwa reader akan membuatkan mereka setia membaca blog kita. Apa pun, Mommy tetap bersyukur yang Mommy ada reader tetap. Alhamdulillah.

Terima kasih atas sokongan kalian. Mommy nangis, korang nangis. Mommy happy, korang happy. Itu yang Mommy hargai sangat-sangat. Maaf panjang pula bebelan. Harap korang tak skip la membaca. Heeee. Bye.

Ok dah habis baca, korang tolong share jap please sayang-sayang semua, facebook post Mommy berkenaan Tyzara ni >> Klik goo.gl/GQp8tO & share please. Serius Tyzara ni best dan wajib korang hebah-hebahkan.

11 Replies to “ENTRI KERJA vs ENTRI PERSONAL”

  1. betul dah tu , zaman diari sangat kelakar , sorok diari dalam tanah sebab mesti ada mangkuk2 cuba cari nak baca pastu nak viralkan .

    semua orang pernah melalui zaman blogspot thats why kita akan bercakap melalui pengalaman . kau tak nak dengar itu kau punya pasal…hahahaha

    semoga berjaya
    saidila recently posted…Kenapa Aku Pilih TYZARA ?My Profile

    1. Hahahaha. Ya. Bab sorok tu.. mcm2 port. Risau giler org dpt baca. Heee

  2. Kak nina suka tulis surat dulu… Hari-hari weyy tulis bagi best fren baca. Lepas balik sekolah dia lak Balas. Gigih sungguh
    Hahaa…
    Mana tah kotak surat tuu….
    Nina Mirza recently posted…Kengkonon Sarapan Urban Kontemporari : Roti Telur SardineMy Profile

    1. hahahaha. legend tu..

  3. Diari akak dulu siap ada kunci hokeyyy hahaha. Adeh laa kenangan sungguh hahaha
    Mama Kembar Tiga recently posted…Cuba Bawal Shawl Plak…My Profile

    1. haa.. saya pun sama.. hehehe

  4. Tung ler ada diary. Ai diary pun x der taw… tadop pitih nop beli
    Sohoque recently posted…kecoh blog wordpress kena hacked hari ni…!!!My Profile

    1. haha.. ololo.. kisah lama.. xpe. skrg diari pn elektronik

  5. Btoi tu apa katakan..

  6. Entry kerja dgn entry personal memang kena praktik…entry kerja kdg kala penuh informasi…entry personal kdg2 orang lagi suka baca sebab lebih dekat dihati silent reader…
    Julia Johari recently posted…LEGOLAND Malaysia Resort Themepark Ninjago Mendebarkan !My Profile

  7. Dua-dua jenis entri sebenarnya susah nak buat. Tak kira sama ada entri tu bersifat personal atau untuk job. Kadang-kadang entri yang personal ni lebih berhasil untuk dapatkan sales untuk klien berbanding entri yang kita dah karang khas untuk job…
    sabree hussin recently posted…Durian Perangin Waterfall Langkawi – Apa yang menarik disini?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.