ANAK MASUK DARJAH 1.. MOMMY SENGIH PUN LAIN MACAM!

Hannah Damia Darjah 1 (3)

Tahap teruja dan cuak bergabung dalam masa yang sama, akibatnya, memang tak lalu nak makan! Itu perasaan dan apa yang Mommy lalui pada hari pertama anak masuk darjah 1 pada 3 Januari 2017 yang lalu.

Hannah Damia Darjah 1

Dan tak lupa, hari pertama juga Ariq Emir di tadika baru. Tapi, sekarang Ariq dah tak bersama tadika tu dah. Mommy ada cerita dah kenapa sebelum ni.

Entri ni dah terlambat pula nak update. Terlalu banyak hal berlaku dalam masa 2-3 minggu ni. Maafkan Mommy ya, Hannah.

Hannah dah masuk minggu ke 3 di sekolah. Masih dalam minggu transisi di mana dorang masih belum belajar secara formal.

KELAS SESI PETANG

Untuk pelajar tahun 1 hingga 3, sesi persekolahan pada waktu petang. Jadi Hannah ada separuh hari untuk bersedia. Jadi, apa yang Mommy buat ialah 2 perkara.

  1. Daftar transit di satu tadika
  2. Daftar pengajian kelas agama pada waktu pagi di kelas private

Memandangkan pengajian kelas agama yang Mommy daftarkan untuk Hannah cuma pada hari Isnin, Rabu & Jumaat, maka waktu selebihnya Hannah akan transit ke tadika untuk bersiap sedia sebelum van datang mengambilnya.

HARI PERTAMA

Mommy cuma ada 1 hari untuk teman Hannah ke sekolah iaitu pada hari pertama. Selebihnya, Daddy yang jaga. Itu pun, hari pertama Mommy cuma tunggu di tadika ketika waktu Hannah nak naik van.

Hannah Damia Darjah 1

Kemudian bergegas kami ke sekolah untuk menunggu Hannah sampai di pagar sekolah. Dalam hati, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Sampai je di sekolah, perlu tunggu sehingga jam 130 petang untuk perhimpunan. Lama juga la nak kena tunggu macam ni.

Hannah Damia Darjah 1 (3)

Van Hannah pun akan sampai jam 1245 tengah hari macam tu.. Jawab dia, lepak kat kantin lah..

Mujur juga ada kawan dari tadika lama dulu. Dapat sekelas pula tu. Mommy atur naik van sekali. Tak la risau sangat.

Hannah Damia Darjah 1

Tiba masa untuk masuk ke kelas. Ada 4 kelas untuk darjah 1 ni. Alhamdulillah, berdasarkan test masa orientasi darjah 1 baru-baru ini, Hannah dapat kelas pertama di sekolah ni.

Masuk ke kelas, meja tak cukup. Haha. Terpaksa la berkongsi sekejap sebelum cikgu masuk dan susun atur semula.

Hannah Damia Darjah 1 (12)
Sebelum

Mommy tinggalkan je Hannah dalam kelas. Memang tak tengok pun macam parent lain. Hehe. Pandai2 lah berdikari. Mommy terus pergi lunch dulu sebab pagi tadi tak makan. Excited punya pasal. Heee..

Hannah Damia Darjah 1
Selepas

Bila datang balik, amboi. Duduk depan sekali, tepi lelaki. Adoi. Anakku. Haha. Takpe lah. Asal ada meja kerusi kan? Dapat buku teks juga masa ni.

Hannah Damia Darjah 1-4

Waktu petang, Mommy pick up. Untuk hari pertama je. Hari ke dua dan seterusnya, Hannah perlu naik van untuk balik rumah.

TUKAR SEKOLAH

Ye, Hannah bersekolah sebulan je di sini. Daddy dah mohon pertukaran sekolah rendah semalam, 16/01/2016. Cara mohon tukar sekolah rendah pun mudah sangat:

1. Pergi pejabat sekolah yang anak-anak tengah belajar. Isi borang pertukaran dan dapatkan fail pelajar dari sekolah tersebut (dalam tu ada dokumen2 yang tersenarai bawah ni..)

Hannah Damia Darjah 1 (21)

2. Bawa borang ke PPD berdekatan sekolah baru. Siap.

3. Kalau boleh, pastikan dahulu sekolah yang hendak dipohon itu masih ada tempat.

Hannah Damia Darjah 1
sekolah baru.. wajah moden

Dan mulai 1 Februari nanti, Hannah akan bersekolah di tempat baru. Alahai kesian anak Mommy. Harap dapat kelas yang bagus. Dan semua urusan dipermudahkan. Sayang sangat nak tinggalkan sekolah sekarang ni sebab dia dapat kelas pertama. Harap di sekolah baru pun dapat kelas pertama juga. Amin.

11 Replies to “ANAK MASUK DARJAH 1.. MOMMY SENGIH PUN LAIN MACAM!”

  1. wah..sekejap jer dah kena tukar sekolah.
    umminani recently posted…Kuih Keria Gula Melaka Yang Jadi Trending Di MediaMy Profile

    1. Huhu terpaksa. Pindah

  2. sekolah mana ye sekolah baru tu..dekat ukay perdana ke sekolah baru tu?sebab ada jugak dgr2 cerita sek baru nak bkk kat kaw tu..tp senyap je xd dengar2 dah

    1. Bukan.. nun jauh di sana.. hehehehe

  3. Bye2 hannah ariq..nanti jln2 jusco au2 hello2 tau..heheh.dkt tak sekolah dgn umh?

    1. X la jauh sgt. Ok je.. hehe

      1. Bln2 akn dtg kiteorg nk terjah tau hahaha.

      2. Hehe.. bleh2.. inshaa Allah..

  4. InsyaAllah masuk sekolah baru nnt pun Hannah ok tu. Bab posing mmg Hannah mo 1 lah, boleh jadi model uniform sekolah ni hehehe
    Mama Kembar Tiga recently posted…Boleh Hantar Barang Pos Laju di MPH Lah!My Profile

    1. Heheh. Memang leh jadi model. hehehe

  5. semoga hannah dpt menyesuaikan diri di tempat baru..amin

Leave a Reply

CommentLuv badge