CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK | ETHISSA OXO TOT

CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK ETHISSA OXO TOT
OXO Tot Grow™ Soft Spout Training Cup Set

Cara memilih training cup yang bagus pernah menjadi topik perbincangan Mommy ketika anak-anak masih kecil. Kalau korang ada ikuti fanpage Mommy iaitu Homemade Food for HDAE, Mommy pernah berkongsi di situ pelbagai aspek untuk pemakanan anak-anak. Selain makanan homemade, Mommy juga berkongsi dengan peralatan-peralatan yang Mommy gunakan untuk anak-anak. Salah satunya training cup lah.

Bayi yang dah mula makan solid food, digalakkan untuk minum air masak supaya lebih hadam. Andai bayi yang belum tiba masa untuk makan solid food, cukup je dengan susu ibu. Buat permulaan, Mommy menggunakan sudu untuk suap air masak ketika anak-anak Mommy baru memulakan perjalanan solid food diary mereka. Suap sikit-sikit je. Sebab anak-anak masa mula belajar makan tu, belum pandai pegang cawan lagi kan?

Cara Memilih Training Cup

Apabila anak dah mula pandai pegang barang dan stabil apabila duduk, boleh cuba latih anak-anak minum sendiri menggunakan Sippy & Straw Cup.

1. Spout Training Cup

Ibu bapa boleh mula kenalkan training cup jenis Spout. Spout Training Cup memiliki handle untuk memudahkan anak menggenggam. Dan tempat minumnya pula diperbuat dari bahan silikon yang mirip puting botol susunya. Jadi, anak-anak tidak mudah keliru dengan pengenalan training cup sebegini.

CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK ETHISSA OXO TOT
OXO Tot Grow™ Soft Spout Training Cup Set

Ethissa.com.my ada menjual OXO Tot Spout Training Cup untuk anak-anak anda. Ada 3 warna pilihan utama iaitu Aqua, Green dan Pink. cara memilih training cup

2. Straw Cup (with Handle & Removable Handle)

Bila dah terbiasa minum sendiri, ibu bapa dah boleh kenalkan dengan botol minuman berstraw. Ini kelak akan memudahkan ibu bapa dalam peralihan dari botol atau penyusuan ke cawan biasa.

CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK ETHISSA OXO TOT-1
OXO Tot Grow™ Straw Cup

Pilih botol berstraw yang mempunyai lubang kecil supaya air yang keluar tidak terlalu laju dan mempunyai penutup penuh seperti OXO Tot Straw Cup ini. cara memilih training cup

CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK ETHISSA OXO TOT-2
OXO Tot Grow™ Straw Cup With Removable Handles

Ethissa.com.my ada menjual OXO Tot Grow Straw Cup & OXO Tot Grow Straw Cup With Removable Handles untuk anak-anak anda. Ada 3 warna pilihan utama iaitu Aqua, Green dan Pink.

CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK ETHISSA OXO TOT-33
“memudahkan ibu bapa dalam peralihan dari botol atau penyusuan ke cawan biasa”

P/S : ETHISSA merupakan kedai online barangan bayi yang awesome dan  Mommy dah pun miliki Ethissa Mini Backpack : Elodie Details yang super cantik, kemas dan berbaloi dengan harganya!

Mommy harap, dengan pilihan training cup yang bagus dan cantik sebegini akan memikat hati anak-anak dan buatkan ibu bapa rasa senang hati. Semoga berjaya.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.