KOREA TRIP (DAY 2) | TEDDY BEAR MUSEUM MT SOERAK, SOERAKSAN NATIONAL PARK, VIVALDI SKI PARK

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Masuk hari ke 2 Mommy di Mt Soerak, Korea. Pagi ini kami perlu check out dari Del Pino Resort untuk destinasi seterusnya. Kalau semalam kami dah jejakkan kaki ke Nami Island, destinasi hari ini ialah ke Teddy Bear Museum yang cuma jaraknya tak sampai 1 km dari Del Pino Resort.

Artikel berkaitan : Korea Trip (Day 1) – Nami Island

Jalan kaki pun boleh tapi bagusnya tour guide kami, mereka tetap menyuruh kami menaiki bas dan dibawa betul-betul depan Teddy Bear Museum. Tak caya? Tengok ni..

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
Sign ke teddy bear museum tu sebelah kanan gambar (bawah)

Sebelum ke muzium ini, kami bersarapan di resort terlebih dahulu. Kat sini, lepas makan je, korang kena angkat sendiri pinggan mangkuk semua ke kawasan yang disediakan. Kena kemas sendiri meja tau. Patutla orang Korea disiplin kuat. Tak biar kita jadi malas. Huhu

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
Sarapan yang tak selera sangat nak makan. Awal sangat kot!

Sebelum tinggalkan Del Pino, Mommy sempat posing dulu depan resort ni. Cantik sangat pemandangannya.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
View dari bilik Mommy
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
Perangai mak orang ke ni?
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
Cantik kan? Ngaku la..

TEDDY BEAR MUSEUM SOERAK, GOSEONG-GUN, KOREA

Jaraknya yang sebelah Del Pino sahaja, kami tiba ke sini untuk lihat big size Teddy Bear. Saiz normal dan kecil pun ada, tapi yang pasti memang unik la. Dah nama pun muzium kan. Mesti lain dari biasa.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
dari pintu masuk

tapi tu lah.. segala cerita pasal bear tu dalam bahasa korea. Harap faham sendiri je la tengok-tengok bear dalam ni. Haha. Untuk kanak-kanak mesti dorang teruja giler bila tengok ni. Hannah pun tak henti-henti tanya itu ini.

Tengok ni.. Besar kan?

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Siap bernafas..

MT SOERAK; SEORAKSAN NATIONAL PARK & GWEONGUEMSONG FORTRESS CABLE CAR RIDE

Destinasi kami seterusnya ialah ke  Mount Soerak. Atau nama tempatnya dipanggil Soeraksan National Park.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Kawasan ni memang luas sangat dan kami akan ke Gweonguemsong menaiki cable car. Mujur cuaca mengizinkan kami ke atas sana dengan mudah. Masa ni cuaca sejuk lebih kurang 3 ° gitu.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Naik cable car ke Gwongeumseong Fortress tak sampai 5 minit pun. Bab tiket, mohon semak sendiri di google ye. Iols dalam pakej so memang tak ambil port sangat bab harga. Ampun. Haha.

Cantiknya subhanallah. Dah nampak salji dari jauh. Huwaaa.. Kebesaran Allah.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (45)

Kemudian kami naik ke atas (panjat tangga tinggi jugak) untuk lihat sendiri keindahan Gwongeumseong dari atas. Orang muda kemain slow je memanjat, tengok orang2 yang naik ni ada je warga emas tau. Jangan nak malas sangat panjat tangga. Bukit kat Taman Negara lagi tinggi tahu? (ayat Mommy marah kakak-kakak Mommy yang malas panjat)

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Apapun tahniah juga buat kakak-kakak Mommy yang berjaya naik sampai atas juga walaupun semput. Haha.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
tahniah kak & kaktih
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
cantik kan view dia.. T_T
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
fefeling duyung atas bukit. ehh
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
panjat selagi boleh
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
redah gate, nak rasa salji punya pasal. teruja!!!

Selepas hampir sejam di sini, kami turun ke bawah menaiki cable car untuk ke destinasi seterusnya. Sempat la minah-minah korea ni ajak i posing. “Malaysian.. Malaysian..” Dia panggil. Layan je la.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
korang caye ke? kahkah

LUNCH DI SEAFOOD RESTAURANT

Menurut Mr Daud, tempat ni namanya Pokkol. Nampak je bangunan merah cantik ni, korang boleh berhenti makan di sini macam kami makan. Sengkak perut beb. Sedap sangat! Ada seafood. Puas Mommy makan ketamnya tu. Nyummmss.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (66)
SEAFOOD RESTAURANT
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (66)
sedap gilerrrrr..
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (66)
kalau ada restoran buat konsep macam ni pun bes kan? makan steamboat. kemas je. takde pun tong gas kat tepi meja. kahkah

DAEPOHANG PORT

Singgah sekejap di Daepohang Port atau Daepohang Fish Market di mana mereka menjual ikan fresh (raw) dan ikan yang siap masak. Tempat ni membuka mata Mommy la juga sebab banyak ketam luar biasa saiz yang Mommy tengok. Huhu.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (75)
busuk sikit.. hehehe
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
geram je tengok udang goreng tepung segala tu. adeh

VIVALDI SKI PARK

Kami teruskan perjalanan ke hotel kedua kami iaitu di Daemyung Resort Vivaldi Park in Hongcheon-gun‎, Kangwon, South Korea. Hari kedua ni kami tak ke Seoul lagi. Jauh sangat ke Vivaldi ni. Memang siap tidur dan jalannya ada yang macam ular kena palu. Mabuk la sekejap. Kakak Mommy siap muntah. Haha. Get ready dengan minyak angin atau gula-gula Hacks. Macam Mommy, kunyah je gula-gula hacks dan sapu Deep Heat Lotion kat kepala. Boleh untuk pening juga tau..

Masa dalam perjalanan ni kami realize yang suasana luar dah macam malam. Tengok jam baru pukul 6 petang. Aik? Dah macam pukul 9.

Singgah makan lagi. Alaaaa. Perut dah kenyang sangat yang makan tengah hari tadi. Jadi makan sikit je dinner. Pun sedap juga. Adoii. Bertuah sungguh kami. Semua tempat best.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
macam asam pedas kan? boleh gemuk Mommy stay sini

VIVALDI SKI PARK

Sebelum ke Vivaldi Park Hotel, kami singgah ke ski shop untuk sewa pakaian dan boot kalau nak masuk ke Vivaldi Ski Park nanti.

Rules sekarang ni, nak masuk Vivaldi Ski Park pun kena sewa baju n boot. Kalau nak main ski, pun sama. Kena sewa baju. Tapi kasut ski tu sewa kat Vivaldi Ski Park nanti.

Kos

  1. Masuk je – 30000 won (tiket masuk + sewa baju + boot)
  2. Main ski – 60000 won (tiket masuk + sewa baju + ski equipment)

Kalau takde sarung tangan kalis air, sila beli. Murah je rasanya.

Mommy cuma pilih pilihan 1 sebab nak jimat kos walaupun nak juga cuba ski. Maybe next time. Pening juga nak mix and match baju kalis air ni. Nasib Mommy dapat yang ok la juga rupa tu. Huuuu

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (110)

Sebenarnya Vivaldi Park (hotel) dan Ski Park tu bertentangan je. Lepas check in, kami cuma jalan kaki je ke ski park tu. Syok weh. Tetiba teringat 1 scene masa Lee Min Ho ajak si duyung tu main ski. Kat sini lah. Huyooo. Bestnya Mommy dah sampai sini. Lee Min Ho.. I love uuuuu..

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (86)

Berkaitan : Album TRIP TO KOREA (2ND DAY – 12/12/2016)

Vivaldi Ski Park ini merupakan 2nd Oldest Ski Slopes dan ia sangat sesuai untuk ski & snow boarding tak kira siang dan malam. Even jam 3 pagi pun masih ada yang main ski. Syok woo..

Jom main salji.. Hehehe.

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Untuk Daddy & anak-anak Mommy.. Love and miss u..

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Nah special untuk founder KBBA9 & semua kawan-kawan KBBA9. Sori tak tulis nama semua orang. Kebas dah jari Mommy ni. Huu..

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (94)
love from Korea
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park (94)
my family & friends. You know who u are.. #hdaecrew especially
korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park
selagi tak kebas betul nih. heheh

Mommy pakai snow cap yang dalamnya ada anak tudung. Hehe. Cool jugak kan? #perasan

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Akhirnya kul 1030 kami pulang ke hotel. Nampak asap berkepul tu? Tu sebab dalam bilik pasang warmer. Suam je rasa. Mommy lepak lobi satu level dengan bilik untuk contact anak2 dan update IG malam tu..

VIVALDI SKI PARK

Akhirnya Mommy dapat stay hotel yang ada ‘paip’ air walaupun elektronik. Hehe. Kami stay 4 orang dalam 1 bilik kali ni. Selesa gila..

korea trip_day 2_teddy bear museum mt soerak_soeraksan national park_vivaldi ski park

Esoknya, Mommy dapat tahu yang Mt Seorak yang kami tinggalkan semalam dah naik salji lebih 20 inci. Fuh.. Selamat perjalanan kami. Heee.. Tapi dalam hati tetap berharap ‘bertemu’ salji. Amin..

Bersambung..

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.