APA ADA DI DECATHLON, 8TRIUM SRI DAMANSARA?

DECATHLON.. Ada macam-macam sampai kau ketagih nak pergi! Especially kalau korang memang kaki sukan outdoor. Banyak benda beb di situ.

decathlon 8trium bandar sri damansara

Sebelum ni, viral pun, Mommy buat derk je. Sehinggalah Mommy perlu perlu cari barang-barang untuk sertai aktiviti Xcape Resort, Sg Lembing, itu yang membuat Mommy jejakkan kaki ke sana.

Pintu masuk je dah bagi dugaan kat Mommy. Eh bukan Mommy je tau. Hannah sekali. Merajuk-rajuk dia minta ‘beg hijau’ ‘beg hijau’ tu.. Mentang-mentanglah dia tengok Mommy & Daddy ambil sorang satu. Memandangkan harganya Cuma RM10, ku ambil jua untuknya.

Apa yang ada dalam Decathlon tu?

22 jenis barangan sukan yang disediakan. Antaranya ialah:

  • Boating, Sailing, Windsurf
  • Kayak, stand up paddle
  • Boxing / Martial arts
  • Racket sports
  • Climbing/Mountaineering
  • Running
  • Cycle
  • Skate Scooter Inline
  • Diving
  • Surf, towed/aerial sports
  • Fishing
  • Swimming
  • Fitness/Gym/Dance
  • Target sport
  • Golf
  • Teamsports
  • Hiking Sports
  • Univ Health Discovery
  • Horse riding
  • Walking
  • Hunting
  • Workshop Univ

Banyak weh. Banyak! Dan luas! Dan paling best, harganya masih mampu milik. Tak semua lah Mommy mampu sebenarnya. Ikut bajet dan barangan yang kita perlukan.

Macam Mommy masa pertama kali pergi tu, Mommy aim barangan untuk hiking iaitu kasut. Daddy pun aim tshirt untuk dipakai ketika main badminton.

Kemudian masa kali kedua Mommy pergi, Daddy aim nak belikan inline skate untuk Hannah dan Mommy nak beli kasut ni..

decathlon 8trium bandar sri damansara

decathlon 8trium bandar sri damansara

Kemudian asyik repeat pergi untuk beli baju sukan Daddy la, barang persiapan Mommy nak travel oversea la, macam Mommy beli legging dan warmer shirt ni. Murah je tau. Legging tu cuma RM19. Compare dengan sebelah dia tu, legging juga RM39. Huuuu.

decathlon 8trium bandar sri damansara
abaikan heattech tu. yang tu beli di Uniqlo

Kaunter Bayaran

Untuk bayaran, sila bertabah jika korang beratur panjang. Sebab memang ramai shopping dan setiap seorang selalunya banyak giler dorang shopping. Ada yang buat bisnes kot. Tapi jangan risau, kaunter Decathlon banyak dan cepat juga la dorang buat kerja. Hanya Visa & Mastercard diterima kalau korang nak guna kad kredit. Selebihnya cash lah. Memang bertabah sungguh la nak keluarkan cash. Gigil beb. Siapa suruh main letak je dalam troli kan?

Kat mana Decathlon ni ye?

Dari luar bangunan 8trium Tower tu, korang akan nampak 2 nama iaitu DECATHLON dan COURTS MAMMOTH. Nampak 2 tu, menandakan korang tak silap lagi. Hehe. Ala.. Waze / Google Map kan ada. Taip je Decathlon. Mudah.

Follow cepat!

Macam Mommy, kalau dah tersuka sesuatu, Mommy akan follow rapat-rapat ‘sesuatu’ tersebut. Macam Decathlon ni la, Mommy dah TURN ON NOTIFICATION Facebook & Instagram dorang.

Website dorang pun Mommy buka kalau nak lebih jelas tentang pilihan barangan yang ada. Mudah betul nak memilih. Lepas tu mula la nak tag nama husband. Dengan maksud tersirat, i nakkkk ‘sesuatu’ barang tersebut di Decathlon. Tak faham lagi, tak tau la. Kahkah..

One Reply to “APA ADA DI DECATHLON, 8TRIUM SRI DAMANSARA?”

  1. Menarik untuk ke sana..biaaa p Al.ikhsan jer.
    umminani recently posted…Minyak Herba Asmak Untuk Asma Wajib Satu Untuk KeluargaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge