TEMA KEK POKEBALL UNTUK BIRTHDAY KE 4 ARIQ EMIR

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir

Tadaaaaaaaaa.. Untuk harijadi Ariq yang ke 4 tahun ini (28112016), tema kek pokeball menjadi pilihan Mommy. Sebab apa? Sebab dia sangat suka Pokemon. Korang nak tau tak siapa yang selalu main Pokemon Go Mommy dulu? Haa.. Ariq la orangnya. Hannah prefer Pokemon Go akaun Daddy punya sebab lebih power. Hahaha. Sedar tak sedar, level dah lebih dari 20 dah. Sehinggalah Mommy uninstall baru-baru ini. Sebab dah bosan dan nak jimatkan space fon Mommy tu.

Dan kalau kat TV pula, dorang berdua suka sangat layan Pokemon : Black & White, kat channel Disney XD tu. Erm.. setiap karakter kenal. Siap lagu temanya pun hafal. Adoiii. Mommy layankan aje la.

Kalau birthday ke 6 Hannah baru-baru ini Mommy buat tema Frozen, jadi kali ni, untuk birthday ke 4 Ariq Emir, Mommy pilih Pokemon pulak. Cuma kek yang dipinta berbentuk Pokeball. Macam biasa, tempahan dari orang yang sama setiap tahun iaitu Kak Zai, officemate Mommy (0126895097).

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-2

ADIK SPORTING!

Masa Mommy sampai tu, jam 430 petang, rupanya budak-budak masih tidur. Jadi kami bersabar tunggu je kat luar. Hehe.

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir
Nasib sempat cari tshirt tema Pokemon dalam masa 2 jam. Hahahaha. Giler sungguh last minute plan.

Bila semua budak dah dikejutkan, Ariq pun keluar la. Alhamdulillah. Sporting sangat adik. Macam tahu je orang nak fokus kat dia kali ni. Heheh..

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-7
Malu-malu tapi sporting pakai topi kali ni yeay!
tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-7
with familia
tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-7
kawan2 sekelas. sekarang cuti sekolah, ramai dah takde
tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-7
teachers Little Caliph

Seronok dengar kawan-kawan nyanyi dan baca doa makan ramai.

Perasan tak mata Ariq macam sakit. Agaknya dia gosok mata dan tercucuk kuku kot. Sian dia. Nasib baik tak merengek. Mommy pun dah bawa jumpa doktor lepas habis majlis ni.

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-7

HAJAT TAK KESAMPAIAN

Perancangan asal, nak buat goodies untuk kawan-kawan HDAE. Tapi tak sempat sebab dah busy hal lain plus sehari sebelum tu sambut birthday Ariq kat Bangi Wonderland ni. Untuk teachers, Mommy rancang tempah cupcake farewell, sebab tahun ini tahun terakhir HDAE di sini. Tapi tak sempat disediakan sebab ada kes kecemasan. Benarlah.. perancangan manusia. Hanya Allah yang menentukan. Gitu. Huhu. Terpaksa plan majlis lain pula bulan depan. Inshaa Allah.

Untuk makanan lain.. Mommy beli set KFC..

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-12

HADIAH.. STRUGGLE NAK CARI YANG BERBALOI

Kenapa Mommy cakap berbaloi? Bukan isu harga, tapi Ariq masih tak pandai sayang barang dia. Haha. Hobinya, baling barang. Maka, Mommy perlu beli yang anti pecah dan sangat lasak. Haha. Gigih cari di beberapa jenis pasaraya dan akhirnya, malam tadi juga kami ke Chow Kit mencari hadiah. Total hadiah tu cuma RM70 sahaja. Hiii. Nah 3 hadiah yang kami pilih. Termasuk baby stroller untuk kakak Hannah.

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-14

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-14

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-14

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-12
Ambik kau!

DOA UNTUKMU..

Adik,

Mommy takkan putus asa walau apa jua perangai adik. Mommy tahu, adik memang special. Adik sangat bijak. Mommy sentiasa doakan adik jadi anak yang soleh dan sentiasa lindungi kakak dan Mommy Daddy nanti. Mommy doakan, adik sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan Allah permudahkan urusan adik. Mommy doakan, adik akan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Mommy, Daddy & Kakak sentiasa sayang adik. Love u so much.

tema-kek-pokeball-untuk-birthday-ke-4-ariq-emir-12

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.