TYZARA – SYAMPU UNTUK RAMBUT GUGUR | REVIEW

petua-rambut-gugur-tyzara-syampoo-review

Korang.. pernah tak alami masalah ni?

  • Rambut gugur?
  • Rambut kusut dan jarang?
  • Masalah gatal dan kelemumur di kepala?
  • Rambut kusut dan pecah?
  • Penuh rambut dalam bilik air, lantai rumah?
  • Semakin hari semakin botak?
petua-rambut-gugur-tyzara-syampu-review
Kredit gambar : mirror.co.uk

Pengalaman rambut gugur lepas bersalin dilalui oleh Mommy dari dulu hingga sekarang. Salah satu musuh utama rambut gugur ialah kelemumur. Masalah kelemumur ini boleh menyebabkan keguguran rambut dan mungkin boleh menyebabkan kepala kita botak! Adoi..

Apa yang patut kita buat ye?

4 TIPS MUDAH MERAWAT RAMBUT GUGUR

Mommy nak kongsi beberapa cara merawat rambut gugur..

1. Jaga pemakanan & minum air putih

  • Makan makanan seimbang dari segi vitamin. Cari makanan yang kaya dengan protein. Selain itu, disarankan ambil makanan yang kaya zat besi. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel (secara tidak langsung). Sayuran dan buah-buahan juga perlu untuk nutrisi yang mencukupi.
  • Air adalah cara semulajadi untuk mengeluarkan toksik di dalam badan. Minum sebanyak 8 gelas air setiap hari, rambut akan tumbuh dengan sihat dan badan kita juga akan bertenaga.

2. Penjagaan rambut yang betul

  • Jangan berkasar dengan rambut. Gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar.
  • Jangan sikat rambut ketika masih basah. Tunggu kering dahulu sebab masa basah ni la rambut mudah gugur sekali. Kang penuh kat sikat tu.
  • Boleh juga potong rambut kalau rimas sangat keguguran rambut tu.

3. Elakkan tekanan

  • Tekanan kadang-kadang mempengaruhi masalah berlakunya gugur rambut ni. Contohnya masalah kelemumur teruk, kulit kepala gatal teruk, pun boleh menyebabkan tekanan. Kawal emosi boleh kurangkan tekanan tersebut sekaligus boleh kurangkan masalah gugur rambut tersebut.

4. Pemilihan syampu yang betul

  • Ini sangat penting untuk penjagaan rambut kita. Pemilihan syampu yang betul mengikut jenis rambut kita akan selamatkan kita dari mengalami kebotakan dek keguguran rambut! Mommy nak kenalkan 1 produk yang boleh kawal masalah keguguran ini, Syampu Tyzara.petua-rambut-gugur-tyzara-syampoo-review

TYZARA, SYAMPU UNTUK RAMBUT GUGUR!

Baru-baru ini Mommy ada cuba Tyzara yang kebelakangan ini memang viral di media sosial. Memandangkan Mommy ada masalah rambut gugur ni, Mommy ambil kesempatan untuk cuba. Terus Mommy godek-godek Instagram Tyzara dan terus grab 1 botol. Memang dah tak boleh biar masalah rambut nipis ini berterusan!

Apa yang Mommy lihat, Tyzara mempunyai beberapa kelebihan untuk mengawal masalah rambut gugur, kelemumur, gatal kulit kepala, rambut berbau dan kulit kepala berkerak. Hah. Elok sangat la nak cuba!

petua-rambut-gugur-tyzara-syampoo-review-3

Review Mommy

Sejuk je kepala bila dah cuba. Daddy yang ada masalah kelemumur, Mommy sarankan dia pakai 2 kali sehari, iaitu waktu pagi dan malam. Jika masalah berkurangan, bolehla kurangkan sehari sekali.

petua-rambut-gugur-tyzara-syampoo-review-3

Dan yang bestnya, boleh juga jadikan syampu Tyzara ni sebagai tonik rambut, andai masalah rambut gugur dan kelemumur tu teruk. Lumur je kat kepala sebelum tidur, basuh keesokan paginya. Buat selang sehari dan tengok kesannya nanti. Buat masa sekarang, Mommy nak amal dulu 2x sehari untuk masalah keguguran rambut serius Mommy ni.

Nak tau lebih lanjut mengenai Syampu Tyzara boleh tengok Instagram Tyzara atau jika nak beli, boleh terus whatsapp 0124430338 (Ummi Nani).

3 Replies to “TYZARA – SYAMPU UNTUK RAMBUT GUGUR | REVIEW”

  1. wah… boleh la try untuk kepala yang selalu rambut gugur,
    umminani recently posted…Nak Bercuti Di Nickelodeon Lost Lagoon, Sunway Lagoon?My Profile

  2. Elok jaga rambut masa lebat lagi. Mahal betus kos nak tumbuhkan semula di pusat rawatan rambut. Macam cekik darah je.
    Mazni Azmi recently posted…Set Bersalin Shaklee 2016 Mudah Berkesan & Susu Ibu BanyakMy Profile

  3. ramai juga yang pakai tyzara ni . lisa dah pakai cooll hijab… nti la tunggu abes baru nk try
    lisa recently posted…Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah OnlineMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge