HANNAH DAMIA DAH NAK SEKOLAH! BETUL KE TAHUN 1 DAH NI? SOBS!

Ahad lepas, 06 November 2016, buat pertama kalinya Mommy membeli uniform sekolah rendah untuk Hannah Damia. Dah nak masuk darjah 1 dah ke, kakak?

persiapan-uniform-hannah-damia-tahun-1-2017-25

Sobs.. Sedih pula rasa. Rasa macam baru sangat je kakak lahir kat dunia ni. Kenapa cepat sangat.

persiapan-uniform-hannah-damia-tahun-1-2017

Anak dara Mommy sorang ni, memang dengar cakap. Merajuk pun kuat. Cepat sentap tapi mudah sangat beralah. Kesian kadang-kadang tu, kita marah dia, cepat-cepat dia datang minta maaf. Alahai anak. Penyejuk hati Mommy.

Nak marah lama memang tak boleh, dia lebih cepat memujuk dan terpujuk. Syarat paling penting, nak suruh apa-apa, pastikan arahan tu lembut dan penyayang. Hahaha.. Kadang-kadang, kalau mood dia baik (kalau tak kena marah langsung hari tu), semua kerja dia buat tanpa disuruh.  Kemas bilik, lipat baju. Cool la anak Mommy ni. Baru 6 tahun!

BELI UNIFORM SEKOLAH MURAH DI BINTANG FASHION, AEONBIG WANGSA MAJU

Mommy beli awal sikit memandangkan minggu depan agak padat dengan aktiviti Hannah juga. Graduation & Ihtifal macam tahun lepas juga. Cuma tahun ini, Hannah akan graduate. Wow. Tadika pun perlu convo ok! Huhuhu.. Lepas tu, tarikh untuk Orientasi Tahun 1 Hannah pula bulan 11 ni juga. Itu yang memaksa Mommy bersedia untuk Orientasi tu. Wajib berpakaian sekolah dan ada alat tulis semuanya pada hari tersebut (28.11).

Ini antara yang Mommy beli.. Murah2 je dulu. Cuma Mommy tak berapa berkenan kasut. Haha. Entah nape, rambang mata dan malas fikir gamaknya. Amek semua lengkap dari atas ke bawah kononnya. Last2 tak berkenan kasut pula. Hahaha..

persiapan-uniform-hannah-damia-tahun-1-2017-25

Takpe. Nanti kita pergi cari yang cantik sikit. Heee..

Mommy? Sengih tak habis-habis. Excited. Hahaha.

persiapan-uniform-hannah-damia-tahun-1-2017

Macam mana ya kakak sekolah nanti. Harap tiada istilah sentap lagi kat sekolah ye sayang. Hari-hari kena pesan, “Kakak must be strong!! Always!!”

Mommy : Hannah.. nanti kalau kakak dah darjah 1, kakak kena tidur awal. Pukul 9 dah kena tidur. Nanti nak pergi sekolah awal tau.

Hannah : alaa.. sekarang dah pukul 9. Dah kena tidur ya Mommy? Ok lah. Kakak tidur.

Mommy : errr (orang cakap tahun depan, dia cakap sekarang) haa.. ye lah.. selamat malam sayang. kiss sikit.

Hannah : ok.. Good Night Mommy!

Nampak tak anak beta yang patuh ni. Alahai anakku..

9 Replies to “HANNAH DAMIA DAH NAK SEKOLAH! BETUL KE TAHUN 1 DAH NI? SOBS!”

  1. Wah… Awalnya dah beli uniform sekolah untuk kakak…. Saya belum sempat lagi nak bawa anak-anak shopping baju sekolah..
    Anuar recently posted…Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016My Profile

    1. aah. dah nak guna. tkt x sempat. huhuuh

  2. masyaAllah hannah makin cakep yaaa, selamat jalani sekolah baru yaaaa

  3. Perasaan seorang ibu… ibu yg terlebih eksaited sebenarnya
    shiqeen sattar recently posted…Ethissa Diapers Bag Untuk Hot Mummy Hehehe…My Profile

    1. kan. hehehehe. tapi dalam masa yang sama, takut juga

  4. cepatnya Hannah, mustaqim belum beli apa-apa lagii.. surat pun masih tak dapat.
    umminani recently posted…Berapakah Usia Sesuai Anak Tinggalkan Pampers ?My Profile

    1. huhu. kena call sekolah utk follow up kot. hannah orientasi awal. mggu depan.. huhu

  5. Biasalah anak masuk sekolah, mak excited lebih. Tunggu hari pertama sekolah tu, lagi laa mommy sengih tak abih. Cikgu suh balik pun tak nak nanti hahahah
    Mama Kembar 3 recently posted…Cara Mama Isi Masa Lapang di HospitalMy Profile

    1. hahaha. cuak kak.. xtau la macam mana nanti. huuu

Leave a Reply

CommentLuv badge