DAH TAK KERUAN PASAL LEE MIN HO

Sebab dia lah.. Dia lah punca!!

Geram betul. Baru nak berjimat.

Geramnyaaaa!! Hahaha..

Kenalkan.. ex boyfriend Mommy.. Lee Min Ho.. Lama gak Mommy tak jumpa dia. 3 tahun dah hilang.. Tetiba je muncul semula. Geram tau.

Nama pun Ex kan.. Life must go on. So Mommy redha je la tengok dia dengan perempuan lain. Yang Mommy pelik sangat-sangat, taste dia tu. Elok-elok bercinta dengan manusia macam Mommy ni, bila dah putus.. dia cari Ikan Duyung!!??

Ko bia betul yeop!! Dah habis manusia ke yang nak cari duyung ni. Haih..

lee-min-ho-2016-the-legend-of-the-blue-sea
The Legend of the Blue Sea #theLegend

Sinopsis drama The Legend of The Blue Sea :

Ia merupakan drama pertama yang dibintangi Lee Min Ho selepas tiga tahun, begitu juga untuk Jun Ji Hyun, yang baru menimang cahaya mata pada Februari lalu.

Drama bersiri 20 episod ini diilhamkan oleh gandingan penulis tersohor Park Ji Eun (My Love from the Star) dan pengarah disegani Jin Hyuk (The Master’s Sun, City Hunter).

Ia mengisahkan tentang percintaaan selama berkurun antara seorang puteri duyung terakhir di dunia dengan jejaka yang pernah menyelamatkannya.

Pada masa kini, Lee Min Ho, yang memainkan watak penipu cerdik telah bertembung dengan puteri duyung (lakonan Jun Ji Hyun), yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat. Pertemuan mereka itu disusuli dengan pelbagai detik mencuit hati dan romantik.

ONEHD!!

ASTRO Mommy tu dah berbulan bayar je tanpa HD tau. Malas call campur takde masa nak duduk rumah tunggu. Tapi hari ni Mommy dah tak larat diganggu lagi.

Lee Min Ho cakap.. bukan selalu pun dia nak jumpa. Setiap malam KHAMIS dan JUMAAT ja. Itu pun jam 8.10 malam. So.. nak tak nak.. Mommy terpaksa la call Astro. Suruh gak dorang datang repair apa patut.

ASTRO HD CHANNEL ROSAK

ROSAK sebab kena sambar kilat kata si technician Astro. Korang nampak tak ada 1 nombor je kat decoder tu? Itu lah tanda-tanda di mana korang kena tukar decoder.

lee-min-ho-2016-the-legend-of-the-blue-sea

Ada design baru dah untuk decoder Beyond HD ni. Lebih kecil. Maka yang lama, dorang angkut bawa balik. Huh. Buruk siku. Kahkah. Baru plan nak jadikan remote tu sebagai back up.

Pastu dia pujuk kami pasang Lightning Protector. Harga menate tu saja dah RM65. Caj servis dorang datang pun dah RM50. Minta kautim.. RM5 ja dia diskaun. Ok lah dari takdak.

lee-min-ho-2016-the-legend-of-the-blue-sea

Hmmm.. ex punya pasal.. terbang RM110 hari ni. Haih..

10 Replies to “DAH TAK KERUAN PASAL LEE MIN HO”

  1. Lee Min Ho ni hero dalam boy over flower tu kan?
    Memang handsome dan tinggi orangnya.. pasti boleh mencairkan hati gadis2 yang memandangnya..
    anuar recently posted…Cara Daftar Jadi Pemandu UBERMy Profile

  2. membazir tu… potong jer astro
    shiqeen sattar recently posted…Batuk Hilang Selepas 2 Jam Sapu Minyak Herba AsmakMy Profile

    1. nanti x dpt tgk apa2 plak masalahnya. astro je paling murah compare pakej wifi internet segala..

  3. mahal jugak lightning protector tu ye.. huhu
    MOHD ADIB recently posted…Cara Kemaskini No Pin CIMB Kwik Yang BaruMy Profile

    1. mahal. huu.. T_T

  4. Hensemnya ex mummy.. ahaha
    Amin Hakim recently posted…Kalendar Kuda 2017 Di MalaysiaMy Profile

    1. Hahaha. Xdak jodoh.

  5. I like Lee Min Ho.

  6. Gigih. Kita memang xde tv kt Putrjaya online je mampu. Kimslm ye kt org Korea. Mohon bawa lik Lee Min Hoo… Eh

Leave a Reply

CommentLuv badge