5 TEMPAT MENARIK SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN PROMOSI PERCUTIAN AKHIR TAHUN TRAVELOKA

Cuti sekolah dah dekat. Ibu bapa dah rancang ke nak bawa anak bercuti? Yang cikgu-cikgu best la sebab cuti sama dengan anak-anak. Yang bekerja selain cikgu ni, nak kena plan lebih sikit bab tarikh kan? Itu pengalaman Mommy setiap tahun la walaupun anak belum sekolah, Mommy tetap bawa anak-anak bercuti semasa cuti sekolah.

5 TEMPAT MENARIK CUTI SEKOLAH DI MALAYSIA

Tak semestinya kalau nak bercuti, kena pergi ke luar negara je. Dalam Malaysia pun ada tempat menarik juga. Antaranya ialah:

ZOO NEGARA

Antara tempat menarik yang boleh korang lawati sepanjang cuti persekolahan ini ialah Zoo Negara. Anak-anak memang enjoy la dapat lihat dan kenal segala haiwan yang ada di dalam Zoo. Last Mommy pergi pada hujung tahun lepas. Suasana agak panas jadi sediakan air dan topi atau payung untuk anak-anak.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-4

SUNWAY LAGOON

Baru-baru ini Mommy ada ke Sunway Lagoon. Ia memang sesuai sangat dijadikan tempat percutian sepanjang cuti sekolah, apatah lagi sekarang ada tarikan Nickelodeon Lost Lagoon. Tiada istilah bosan malah sentiasa rasa nak pergi je ke Sunway Lagoon tu.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-3

Kalau yang tinggal jauh, boleh je stay di Sunway Lagoon Hotel tu, atau hotel-hotel berdekatan Taman Tema Sunway Lagoon ini.

PULAU PERHENTIAN

Jangan ingat cuti sekolah tak boleh pergi Pulau pula kan. Best je kalau pergi, lebih lagi kalau korang memang minat berenang dan snorkeling di Pulau. Seperti pengalaman Mommy di Pulau Perhentian pada hari raya puasa yang lalu. Mommy pergi dengan keluarga sebelah Daddy. Memang best sangat!

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-2
Best sangat Snorkeling!!

CHERATING

Cherating juga merupakan tempat menarik untuk korang terokai. Dan ramai yang tidak sedar yang Cherating punyai tempat yang korang boleh beraktiviti bersama keluarga. Lihat sahaja 5 aktiviti menarik di Cherating ini seperti surfing, scuba diving, dan melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating  yang pasti korang tak boleh move on lepas pulang dari sana. Woohaa!!

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-2
Kredit gambar : Virtualmalaysia

GRAND LEXIS PORT DICKSON

Bagi yang ingin berehat, namun dalam masa yang sama inginkan anak-anak gembira, boleh ke Grand Lexis Port Dickson, di mana anak-anak boleh bergembira sepenuhnya dengan kolam peribadi di setiap bilik. Best tau.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka

“YEAR END HOLIDAY PROMOTION” with TRAVELOKA!

Nak bagitau ni, Traveloka ada tawarkan promosi percutian akhir tahun sempena cuti sekolah juga. Ada lebih daripada 100 hotel yang ditawarkan di Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk korang nikmati. Jadi, kalau korang ke tempat yang Mommy cadangkan di atas, jangan buang masa lagi. Terus terjah TRAVELOKA sekarang dan dapatkan promosi-promosi best tu!

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-1

Antara hotel-hotel yang boleh korang cari dengan Traveloka ni macam Sunway Hotels, Holiday Villa dan Concorde. Oh ya.. Homestay pun ada di Traveloka.

Lagipun, tak susah nak tempah melalui laman web Traveloka ni.

CARA TEMPAH

Macam mana nak cari hotel atau destinasi percutian yang korang nak? Mudah je. Gunakan PROMO QUICK FINDER dan Ikut cara-cara di bawah.

1. Masukkan je nama hotel / destinasi atau sebarang landmark dan Traveloka akan senaraikan cadangan untuk korang. Pilih 1 hotel yang korang suka.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka (1)

2. Masukkan tarikh dan cadangan tempoh penginapan.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka (1)

3. Traveloka akan senaraikan maklumat pilihan hotel korang tadi berserta harga penginapan.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-1-3

4. Korang dah boleh mula pilih bilik yang korang suka. Dan terus tempah dan buat bayaran.

5. Selepas bayaran dibuat, korang akan dapat e-ticket / hotel voucher melalui emel yang sahkan tempahan korang.

TEMPAH PENERBANGAN

Bukan sahaja hotel, boleh terus tempah penerbangan jugak. Cara tempahan juga sama.

1. Masukkan destinasi penerbangan, tarikh pilihan dan jumlah penumpang.

5-tempat-menarik-sempena-cuti-sekolah-dan-promosi-percutian-akhir-tahun-traveloka-2

2. Tekan Search Flight untuk cadangan masa dan jenis Airline pilihan (seperti MAS, Malindo, AirAsia dan sebagainya) dan teruskan pengisian maklumat dan bayaran.

KELEBIHAN TRAVELOKA

1. TravelokaQuick jimat masa – Apa yang Mommy suka mengenai Traveloka ialah cara tempahannya yang menjimatkan masa dengan menggunakan Promo Quick Finder (seperti yang Mommy terangkan di atas). Korang boleh tempah penginapan hotel dan penerbangan yang murah di satu website yang sama.

2. Penjimatan hebat – Melalui Traveloka, korang akan dapat penjimatan lebih kerana Traveloka memastikan tawaran yang hebat untuk setiap perkhidmatannya.

3. Tiada caj tersembunyi – Harga yang tertera ialah harga yang korang perlu bayar tanpa perlu risau mengenai caj tersembunyi.

4. Selamat – Jangan risau mengenai tempahan sebab Traveloka memastikan transaksi online kita dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang dibenarkan.

5. Perkhidmatan Pelanggan 24/7 – Ada masalah? Cuma hubungi mereka bila-bila masa melalui emel (cs@traveloka.com), telefon (+60-15-4840-9469) atau live chat.

MEDIA SOSIAL TRAVELOKA

Jom follow media sosial mereka sekarang :

Selamat bercuti!!

15 Replies to “5 TEMPAT MENARIK SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN PROMOSI PERCUTIAN AKHIR TAHUN TRAVELOKA”

  1. Macam nice gak perhentian tu. Nak release tension ni.
    Hafiz Rahim recently posted…Dulu Masuk Majalah, Sekarang.. Masuk PaperMy Profile

  2. Nak pi sunway lagoon la…nk dok hotel situ sng…

    1. tu la.. teringin gak stay hotel sunway. hannah & ariq hari2 sebut nak mandi kat sunway lagi. ahhahaha..

  3. yg lain semua dah sampai… grand lexis je lum lagi
    shiqeen sattar recently posted…Jadilah… Kumpulan SS Menang Persembahan Tempat KetigaMy Profile

    1. bes bes.. kena pergi..

  4. Wah bestnya!!
    Ada promosi musim cuti sekolah tu… Bolehlah bawa anak-anak pergi bercuti-cuti Malaysia
    Anuar recently posted…Homestay Sungai Ara Bayan Lepas Pulau PinangMy Profile

    1. yup. slalu kan musim cuti sekolah mesti mahal. ni alang2 ada promo, jgn lepas peluang

  5. Guna Traveloka senang, boleh filter search criteria ikut apa kita nak. Tak lah buang masa dok skroll tgk satu satu hotel
    Mama Kembar 3 recently posted…Siapa Tau Kat Mana Nak Beli Easyhaler?My Profile

    1. btul-btul. mmg jimat masa

  6. Mudahnya ada traveloka..ke pulau perhentian rasanya tutup musim tengkujuh…hehehe…apapun Malaysia banyak tempat menarik…ermmm nak bawa anak ke mana lah ni.
    ema recently posted…Gerai Goreng Pisang Crispy Sambal Kicap JohorMy Profile

    1. yup. xpe. ada banyak lagi masa lain untuk pergi. perhentian mmg tempat wajib pergi. cantik sgt2..

  7. dah gi semua tempat tu.. thanks for the info anyway… heheheh
    explorasa recently posted…The LifeCo Detox Program Day 4 – Sedih Pulak Nak Tinggalkan PhuketMy Profile

    1. wah.. dasyat la semua dah pergi.. hehe. saya pun hahaha

  8. Saya pun guna traveloka.. mmg
    CikJan recently posted…TIPS KURUS DALAM TEMPOH 21 HARIMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge