TEMA FROZEN UNTUK BIRTHDAY HANNAH DAMIA YANG KE 6

30 September 2016 – Happy 6th Birthday, Hannah Damia!!

Sebenarnya dari tahun lepas lagi Hannah Damia request tema Frozen. Tapi Mommy macam agak bosan sebab Frozen dah ramai sangat orang buat. Sebab tu lah tahun lepas Mommy buat tema Hello Kitty. Fikir balik.. ini bukan birthday Mommy.

Tema Frozen

Mommy turutkan juga permintaan Hannah kali ini. Sama seperti tahun-tahun lepas, rasanya Mommy memang tak pernah tempah kek kat tempat lain, wajib tempah kt officemate Mommy je, kak Zai (Ampang, 0126895097) Tq ye kak..

Mommy buat sambutan kat tadika bersama kawan2 kakak pada hari jadi kakak, 30 September 2016. Happy sungguh muka kakak.

Kebetulan ada juga yang sambut birthday di tadika pada hari yang sama.. kawan sekelas kakak dan sekelas dengan adik. 2 adik beradik..

Adik nampak Mommy Daddy, memang taknak berganjak dah. Terus tak sporting. Itu pun cikgu kena tolong pegang. Hahaha. Adik nih..

Alhamdulillah tahun ini Daddy ada sekali. Hihi.

Rupanya pagi-pagi pun cikgu dah buat pre-celebration. Tapi acah-acah potong kek je la. Sebabnya teacher kelas Hannah, teacher Yana, half day hari tu..

Malam 29 Sept tu kami dah sambut ala kadar dah. Lepak makan kek kat Secret Recipe. Then Daddy request ice cream special untuk Hannah.

Jarang-jarang nak dapat manis ni. Adik langsung taknak ice cream tu. Haha.

Hadiah buat Hannah

Mommy Daddy sentiasa sokong minat Hannah dalam sukan Rollerskate ini. Nah.. Hadiah dari Daddy..

tema-frozen-untuk-birthday-hannah-damia-yang-ke-6

tema-frozen-untuk-birthday-hannah-damia-yang-ke-6

Seronok dia. Nanti kita bawa ke taman ye..

tema-frozen-untuk-birthday-hannah-damia-yang-ke-6

Sayang mommy, Hannah Damia..

..30 September 2016..

Happy 6th Birthday my dear..
Moga Allah sentiasa lindungi kakak..
Moga Allah sentiasa terangkan hati kakak..
Moga Allah jadikan kakak anak yang solehah..
Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kakak..
Moga Allah panjangkan umur kakak..
Moga Allah jadikan kakak anak yang mendengar kata, menghormati orang dan sentiasa sopan..
Peliharalah maruahmu.. Peliharalah dirimu..
Jadilah kakak yang baik buat adik..
Belajar rajin-rajin.. demi kejayaanmu di dunia dan akhirat..
Amin.. I love u sayang..
We love u so much!!

-mommy daddy adik-

6 Comment

  1. cantiknya…suka sangat tema Frozen ni! 🙂

    1. hehe. x bosan kan? anak2 mmg minat dari dulu smpai skrg

  2. Amboi happynya Hannah dapat juga tema yang diidamkan ye 🙂

    1. Hehehe. Akhirnya kan..

  3. arghh jelesnya.. nak roller skate juga la… ahahaha comel kaler pink

    1. beli la. ehhehe.. ada je dewasa pnya. kat decathlon

Leave a Reply