RIADAH : 2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU UNTUK ANAK PASTI TERUJA

Pernah tak terfikir untuk buat aktiviti hujung minggu yang pastinya anak-anak korang teruja dan tidak perlukan kos yang tinggi? Cuba 2 outdoor activities ini.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

Buat korang yang stay di KL, cepat cakap alhamdulillah. Hehe. Sebab semuanya dekat-dekat je kalau nak pergi mana-mana. Tapi, setiap kali hujung minggu, takkan nak pergi mall je? Kalau nak bersukan, nak ke mana eh?

Gadget used : Note 5 & Nikon D90

RIADAH SAMBIL BERMAIN INLINE SKATE DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

Sabtu lepas, memandangkan Hannah belum rasmi hadiah 6th birthday nya, maka kami bawa la ke Taman Tasik Titiwangsa. Btw, Hannah dah biasa main roller skate dari umur 4 tahun++ lagi.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan
Roller Skate (since 4y+) vs Roller Blade (6y)

Kali ni, Daddy nak biasakan Hannah main inline skate pula. Reviu Hannah, ini lagi best Mommy! Wow. Anak blogger sangat! Haha

Satu je dia tak suka, topi. Hahaha. Masa pakai, dia cakap terjerut leher. Jadi, pengawasan lebih kami berikan.

Banyak lak arahan dia tu. Hehe. Kami memang ada berdekatan je sepanjang dia main. Tak la risau sangat. Tapi rasanya nanti kena biasakan juga dia dengan topi. Hehe. Mommy kalau beli apa-apa, mesti kena cukup set. Huhu..

Modal : RM75 (inline skate), RM59 (personal protective equipment) beli di Decathlon, Damansara.

Hannah ni memang fast learner, so cepat betul dia berjaya balance diri main inline skate ni. Dia banyak memerhati setiap pergerakan kanak-kanak lain yang bermain inline skate jugak.

Jom tengok aksi-aksi kemain dia tu.. Hehe..

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

Inline skate ni selalunya orang kita sebut Roller Blade (tapi untuk main ice skating ni). Heee. Inline skate ni tayarnya sebaris macam tu. Kalau roller skate, tayarnya ada 4, di kiri dan kanan. Macam yang Hannah pakai warna biru tu la roller skate. Nak mula-mula belajar, tak salah cuba yang tu.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan
Roller Skate (bentuk skate giteww)

Cara bermain inline skate dengan selamat

1. Peralatan kena lengkap. Dari inline skate sehinggalah peralatan keselamatan termasuk topi (nanti Mommy beli dan paksa Hannah biasakan diri..heee)

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-5
#hannahdamiaposing yang tak pernah kalah. haha

2. Cari kawasan yang luas dan selamat seperti di taman, parking yang kosong atau tempat bermain inline skate khas.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-5

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-5

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-5
#hannahdamiaposing lagi

3. Mulakan dengan berlatih berdiri dan cuba seimbangkan diri dengan berdiri tepi dinding atau bantuan orang dewasa untuk memegang. Sebenarnya dah boleh seimbangkan diri dengan cara condongkan badan ke depan, tangan ke depan, lutut dibengkokkan. Sebab tu Mommy selalu remind Hannah untuk tunduk. Takut bila dia luruskan badan sangat, nanti terjatuh. Harus diingat, muka kena lah pandang ke depan ya.. Kaki perlu terbuka lebar (bentuk V terbalik.)

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-5

Tak salah kalau nak cuba seimbangkan diri bermula dari atas rumput. Ini basic yang Mommy ajar Hannah dulu.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-5
Oh.. Maafkan aksi terlebih power mereka ini. Jangan tiru. Hahaha

4. Untuk permulaan, anak-anak akan rasa macam pakai kasut yang licin. Tapi, kalau ikut step no 3 tadi, mesti boleh seimbangkan diri. Mulalah meluncur dengan perlahan-lahan. Nak tengok aksi Hannah?

Hehe. Jatuh juga. Itu biasa.

5. Sentiasa berhati-hati. Ibu bapa pun perlu mengawasi lebih dekat untuk yang baru mula belajar. Jatuh pun ada cara tau. Jatuhkan diri ke depan, sebab itu perlu condongkan badan ke depan. Salah step, boleh terhempas bontot. Bahaya tu.. Mau terhentak kat tulang bontot tu, tak pasal-pasal. Risau juga sebenarnya. Tapi jangan henti ingatkan anak-anak untuk condong ke depan.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan
Suka tengok HDAE masa ni. Hehe. Cute.

Good luck ye.

Pelbagai aktiviti di Taman Tasik Titiwangsa

Kat sini, kalau yang nak sewa inline / roller skate, ada je. RM10 rate. Ada juga basikal untuk disewa, food truck untuk penuhkan perut yang lapar. Haha. Memang best sangat lepak sini hujung minggu.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan
Food Truck

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

Nak riadah kat taman rumput, pun ada kawasannya. Boleh la kalau nak main badminton ke, lepak layan-layan aiskrim ke.. atau macam ni ke??

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan
Oh maafkanlah mereka sekali lagi. Hahaha

Ariq, sudah tentu tumpuan di taman permainan.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-3

Jimat kos kan??

BERENANG DI KOMPLEKS SUKAN

Satu lagi aktiviti yang dah jadi rutin kami setiap minggu iaitu berenang di kompleks sukan. Bab berenang, tugas daddy la. Sebab Mommy tak pandai hehe..

Untuk yang berada di sekitar KL, Wangsa Maju & Setiawangsa boleh datang ke Kompleks MSN Setiawangsa, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Aeon Big Wangsa Maju tu. Ala, google map kan aje untuk ke sana.

Modal : RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak, darab la 2 orang ye. Total RM10. Mommy yang cuma teman je pun kena juga bayar. Untuk tempoh 2 jam sahaja.

Syarat Utama

Nak mandi, ada 2 perkara penting korang kena tahu.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-3
Jadual masa & Pakaian sesuai

1. PAKAIAN

Mereka sangat mementingkan pakaian renang ya. Dan paling diutamakan di sini ialah swim cap. Wajib tau.

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

2. JADUAL MASA

2 jam sahaja setiap sesi untuk setiap tiket. Tiket macam masuk Sunway Lagoon je kekdahnya. Pelekat yang kena pakai kat tangan tu..

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-4

Tempat masuk (Kaunter)

Kaunter dia agak tersembunyi. Yang depan tu, bukan untuk kaunter kolam renang. Kita kena pergi ke belakang (belakang lagi dari toilet), untuk ke kaunter. Atau lebih senang Mommy katakan pintu masuk kolam renang la.. Bayar kat situ je. Nak masuk tapi taknak mandi, tetap kena bayar!

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-26
pintu masuk kolam renang ksn setiawangsa

Jom je la tengok aksi berani dorang ni. Mommy tak mandi pun. Tiada baju proper. Kihkih..

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan

2 jam pun dah cukup untuk mandi manda. Penat nak layan. Hahaha..

riadah-hujung-minggu-main-roller-blade-berenang-di-kompleks-sukan-15
Rest kejap

Korang nak tengok tak aksi berani Ariq?

Patuh arahan Lifeguard selalu. Kalau tak, wisel makannya. Hahahaha. Tak boleh lompat dari benda alah tu tau. Huuu. Sebenarnya manalah Mommy tahu benda tu tak boleh naik. Budak nak terjun je. Huhuhu..

2 aktiviti ini pun dah cukup untuk hujung minggu yang sangat awesome. Nak jimat kos lagi, sila makan dahulu sebelum keluar dari rumah!

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.