NUTELLA BROWNIES SEDAP AMPANG, BANGSAR & HARTAMAS!

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas

Nutella brownies sedap di Ampang | Haa.. Terliur ke? Hee. Inilah Nutella Brownies by Annelynacakes!! Homemade beb!! Oppss.. Maaf la ter ‘switch off‘ la pula kat korang. Hehehe. Eh.. Mommy pun pandai berbahasa #budakwicet plak sekarang eh? Mommy ni mudah terhibur, apa je orang heboh-heboh memang Mommy ambil tahu la kan. Hehe. Korang jangan risau, harga Nutella Brownies ni tak ‘experience‘ pun. Heeee.. Berbaloi dengan rasanya.. Bab makan jangan kedekut ye..

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas

Mommy sebenarnya bukanlah peminat chocolate tapi Mommy boleh makan lak Nutella Brownies ni. Macam kena dengan tekak. Manis tu biasalah. Cuci mulut kannn..

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas

Mommy pick up di Ampang hari Isnin baru-baru ni. Tak susah la sebab kak Anita memang buat penghantaran sekitar Lembah Klang ni, terutamanya Ampang, Bangsar & Hartamas. Korang boleh je terus whatsapp Kak Anita untuk order. Saiz ni sebenarnya dah boleh dihidangkan untuk 1 majlis tau. Tak kisahlah majlis hari jadi ke, majlis makan-makan sempena bersara ke, perayaan ke, semua sesuai je.

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas

Brownies dengan rupa kedut-kedut ni memang sinonim la kan? Kalau tak salah Mommy, rupanya berkedut terhasil dari coklat masakan yang banyak. Takpe.. kedut-kedut ni boleh makan. Jangan kedut muka je ok? Heee..

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas

Lembut je bila makan. Sedap k layan dengan Kopi O! Ada orang suka minum dengan susu. Mommy nak air yang pahit-pahit sikit. Baru ngam. Itu Mommy lah. Hee..

ANAK-ANAK SUKA!

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas

Baru tadi cakap ada yang layan dengan susu. Tengok ni. Ini permintaan anak. Nak makan Nutella Brownies dengan susu. Amboiii. Pandai ye request.

NAK ORDER NUTELLA BROWNIES?

Kalau korang nak order, boleh je whatsapp kak Anita terus. Ini nombornya 019 209 5697.

Yang bestnya pasal kak Anita ni, selain Brownies, ada lagi tau yang dia terer buat! Antaranya ialah Kek untuk Harijadi, Hantaran, Kek Bertingkat untuk Perkahwinan, CupCakes/Miniature Cakes/Macarons/Chocolates, dan Sugar Flowers. Korang boleh terjah Instagram beliau di @annelynacakes dan @mommy_alycia

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas (1)

nutella-brownies-sedap-ampang-bangsar-dutamas (1)

Dan macam-macam lagi pilihan Kek kalau korang tengok di website www.annalyciacakes.com. Dengarnya ada sale sempena Perayaan Deepavali. Haaa. Order cepat!!

Jom sambung makan.. Nyum Nyum..

7 Replies to “NUTELLA BROWNIES SEDAP AMPANG, BANGSAR & HARTAMAS!”

  1. alahai..ngapa sdap sgt..:)

    1. tu la. mari kita makan. hahaha

  2. nampak macam sedap.. auchhngilu lak gigi yang sakit ni .. haaha sygnya jauh . uhuks tkleh nk merasa
    lisa recently posted…Imaan Suci Wipes , Penanggal Makeup Dengan MudahMy Profile

    1. mmg sedap nampak & sedap makan hehehe

  3. Alamak, dah terliur teruk ni.. Sape pulak nak bertanggungjwb ni kang? Haha~

  4. Pergh. Terliur weyh… meleleh da air liur ni.. yummy! Mana nak cari haa…nasib xpreggy. Kalau tak kena dtg sna pickup.

  5. wah menarik..bila nak belanja i.
    umminani recently posted…Penang 3D Trick Art Museum, George TownMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.