MUDAH BERPRASANGKA, PENYAKIT HATI RAKYAT KITA. IKLAN PETRONAS 2016 UNTUK DEEPAVALI BERJAYA SENTUH HATIKU

IKLAN PETRONAS 2016 UNTUK DEEPAVALIFuh.. Petronas dan iklan sempena Perayaan, tak pernah mengecewakan! Korang still ingat Sam? Muthusamy Karuppiah?? Haaaa..Sampai sekarang ingat woo..

Terbaru, iklan sempena Deepavali tahun ini, telah berjaya menyentuh hati Mommy. Korang dah tengok??

I AM MUNIANDY

MESEJ PENTING YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH IKLAN DEEPAVALI PETRONAS 2016

Jangan Mudah Sangka Buruk – Sikap kita yang rata-rata mudah bersangka buruk kerap kali berlaku. Dengan hanya melihat rupa dan gaya yang mungkin tak kena di mata kita, memang mudah je kita menghakimi orang tersebut..

Kita tengok je filem pendek ini, belum habis pun lagi, dah macam-macam prasangka kita dah bagi. Tu nak pergi mencuri la tu, muka tu macam gengster je, haa tu nak buat apa dengan segala peralatan tu. Nampak? Mentaliti dan sikap kita yang suka menghakimi perlu diubah.

Mommy tak prasangka buruk.. saspen je. Kihkih..

Makan Dalam – Filem pendek ini memang mengingatkan Mommy kepada Arwah Yasmin Ahmad. Setiap karyanya memang menusuk dan ‘makan dalam‘. Memang itu yang Petronas nak kasi kita ‘makan dalam‘ lepas tonton filem pendek ini. Mudah sangat fikir yang bukan-bukan kan??

Tak pernah tengok orang beli barang besi ke? Orang senyum, senyum je la semula. Kalau nak buat jahat, takkan laaaa terang-terang dia nak bawa kat tempat awam. Hahahaha. Kalau hati tu bersih, pandangan pelik pun tak wujud Mommy rasa. Kan??

Penjenayah.. tak perlu tunggu rupa pecah rumah pun. Kadang muka cantik, mulut manis, pun ada yang kerjanya buat kejahatan. Haih.. mana la Papa Zola ni. Tolong laaa banteras kejahatan ni. Papa Zola kan Kekasih Kebenaran, Musuh Kejahatan! Oh.. maafkan Mommy. Terbawa-bawa pula drama tv yang ditonton anak-anak. Hi..

Peka Dan Saling Menghormati – Dalam menyambut perayaan Deepavali, rakyat Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat- menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita..

Bertimbang Rasa – Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.

Tanpa mengira agama dan bangsa, moga kita terus saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan sebagai rakyat Malaysia. 

Akhir kata.. Selamat Menyambut Hari Deepavali buat semua penganut Hindu. Yeay.. Raya!! Cuti Raya juga!!

Well done Petronas. U touched my heart, again!

P/S : Korang tak rasa ke Muniandy tu macam muka Opie Zami? Pelakon sitkom Spanar Jaya dulu tu..


Hahaha.. Kalau versi Internationalnya.. macam Bruno Mars. Kan? Kan? Kalau tak salah Mommy, pelakon ini bernama Rakkeshairi Naidu.

11 Comment

  1. Iklan Petronas sememangnya tidak pernah mengecewakan setakat ini..

  2. Iklan dari Petronas tak pernah menghampakan… ada mesej yang tersurat dan tersirat…

  3. Betul tu…. kena berprasangka baik

  4. tu la kita ni memang cepat je pikir bukan2 kat org huhuuu

  5. Iklan petronas memang meruntun hati…fuh dh tonton video ni…pernah jd gitu hahaha skrg kena berubah la

  6. Kan SS selalu pesan be positive… hahahaha

  7. Tahniah Petronas, iklan yang penuh bermesej. Sarat dengan pengajaran berguna

  8. Sekali tgk ingatkan nak merompak.. rupa-rupanya nak buat kebajikan.. mudahkan kita nk menilai orang ni.

  9. mmg best..menusuk di jiwa

  10. Bagus iklan ni, kadang kadang kita lupa…don’t judge a book by its cover

  11. yup betul tu..hati manusia lain-lain..

Leave a Reply