MOMMY PERLUKAN LAPTOP YANG RINGAN DAN MUDAH BAWA KETIKA TRAVEL

Pencarian laptop sebenarnya dah lama. Tapi, memandangkan Mommy sedang berusaha keras untuk penuhkan #tabungK untuk Mommy travel tak lama lagi, buatkan niat nak miliki laptop terbantut.

laptop-yang-ringan-dan-mudah-bawa-ketika-travel
credit : Stock Photo

Korang nak tau, apa lagi yang menyedihkan Mommy? Tengah-tengah seronok layan semula Nikon D90 dengan lense 50mm Mommy tu, tetiba ada mesej error. Mommy syak shutter blade dah habis. Uwawa. Kenapa jadi ketika dah hampir masa untuk Mommy travel jauh?! Stress gila! Nak tak nak, terpaksa pergi servis dulu EPL3 Mommy tu (Olympus Pen, Mirrorless Cam). Sobs. Jadi, impian nak miliki laptop tu makin jauh.

Dugaan sungguh. Namun, Mommy tak putus asa. Masih survey. Dengan harapan, ada rezeki Mommy yang tidak dijangka. Moga Allah makbulkan impian Mommy. Ye la, baru bercita-cita nak live update entri masa travel. Well, bloggers kan. Memang takkan lupa blog kesayangan tu..

Ciri-ciri laptop impian Mommy

  1. Ringan
  2. Saiz sederhana (tidak kecil, tidak besar) – 13 inch++
  3. RAM mantap
  4. Storage Besar

Itu je yang Mommy pentingkan. Nak lebih-lebih tu, bukanlah Mommy pandai sangat bab dalaman tu. Selalu harapkan Daddy untuk pastikan ciri-ciri impian tu ada setiap kali kami survey.

Mommy ada tanya pendapat kawan-kawan Mommy di FB. Macam-macam brand yang dorang sarankan. Alahai.. Kalau Mommy ni banyak bajet, dah lama Mommy beli yang mahal-mahal tu. Sebab dah tahu, banyak sangat kelebihannya.

Tapi paling win bila ada salah sorang yang komen “Laptop yang di sponsor. Confirm tak menyesal”

Hahaha. Giler nak menyesal?

Ermm.. barang-barang persiapan travel pun belum boleh beli lagi. Kurang dari 2 bulan nih untuk travel pun. Huwaaaaaaaaaaa. I need laptop!!!

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.