CUBA MENU BARU DI PRETZ N’ BEANZ BANGSAR & 5 PROMOSI HEBAT YANG PATUT ANDA TAHU!

Baru-baru ini, Mommy bersama beberapa KBBA9 bloggers berkesempatan mencuba beberapa menu baru di PRETZ N’ BEANZ Bangsar. Kalau korang boleh terliur tengok gambar je, bayangkan Mommy yang makan. Kahkah. Best wooo. Tak rugi habiskan duit kat sini pun. Bab makan, please jangan kedekut. Kesian perut, nak juga ‘hadiah’. Hoho.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu-1-6

Antara muka terawal yang sampai. Behoq dan Apih.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu-1-6

Kemudian barulah yang lain-lain sampai. Bagus semua ni, punctual. Hehe.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu-1-6

MENU BARU

Ok korang nak tengok tak apa MENU BARU di Pretz n’ Beanz yang kami dah rasa? Nyummmm!!

MAKANAN

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Anything Pretzel – PRETZEL TOWER!! The best! Korang patut cuba. Ada 2 jenis Pretzel Tower yang ditawarkan iaitu MINI TOWER (6 mini plain pretzels + 4 pilihan dipping sauce) pada harga RM19 dan REGULAR TOWER (12 mini plain pretzels + 9 pilihan dipping sauce) pada harga RM35 sahaja. 9 pilihan dipping sauce tu memang best semuanya!

Ada 4 dipping sauce terbaru iaitu Cheddar Cheese, Nutella, Satay Sauce (ni pertama kali Mommy cuba, eh..kuah kacang ke? Rupanya betul) dan Tomato Salsa. 5 dipping sauce yang lain ialah Cream Cheese, Caramel, Chocolate Sauce, Passion Jam dan Sour Cream Onion. Kami rasa semua jenis dipping sauce dan yang paling Mommy suka ialah Tomato Salsa. Sedap woh cicah!! Setiap Dipping sauce cuma berharga RM2.10 sehingga RM2.60 sahaja (jika diambil berasingan).

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Pretzel Pizza – Ini salah satu daripada 3 menu baru Pretzel Pizza. Kami memilih untuk rasa Tom Yam Seafood Pretzel Pizza. 2 lagi menu baru ialah Smoked Salmon & Teriyaki Chicken. Jangan risau, menu pizza lain masih ada seperti biasa. Ada 13 jenis semuanya. Rambang mata nak memilih. Wah.. macam nak shopping baju la pulak. Harga berbeza mengikut saiz (7″ dan 10″), bermula dari harga RM13.50 sehingga RM26.50 sahaja.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Filled Pretzel – Kami memilih untuk mencuba roti berintikan Sweet Potato. Rasanya yang lembut, dihadirkan pula dengan kemanisan keledek.. Tetiba rasa macam makan Puri Keledek pula. Cuma ada roti kat luar. Hahaha. Maafkan Mommy. Teringat-ingat solid food anak. Best rupanya keledek manis beb. Tu laa.. susah sangat bab makan kan? Bila dah makan, sedap la pulak. Selain Sweet Potato, ada 6 jenis filled pretzel yang korang boleh pilih. Harganya bermula dari RM7.90 sehingga RM11.50 sahaja.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Anything Pretzel – Kami memilih 4 dari 8  jenis Pretzel yang ditawarkan iaitu Chocolate Cookie Crunch, Cinnamon Sugar, Parmesan Cheese & Poppy Seeds. Lembut giler! Sedap sangat-sangat-sangat! Kena bawa mentua ke sini nampaknya. Dia memang peminat Pretzel!! Harganya bermula dari RM4.50 sehingga RM7.50 sahaja.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu-1-24

All Day Dining – Banyak sangat menu kalau nak cuba. Harganya bermula dari RM15.50 untuk satu hidangan. Kami berpeluang untuk cuba salah satu daripada 6 menu baru iaitu Spaghetti Marinara Meatball yang berharga RM17.50. 5 lagi menu baru seperti dalam gambar menu di bawah. Kalau repeat ke sini, nak cuba Duck Confit Spaghetti lah..

MINUMAN

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

3 air pilihan Mommy, Sohoque dan Hafiz. Mommy memilih untuk cuba Chocolate Milkshake dan Hafiz pula Vanilla Milkshake (Harga RM14.90 setiap satu). Manakala abam Sohoque memilih jus detox iaitu Mean Green yang kandungannya ialah Apple, Celery, Cucumber, Ginger Root dan Lemon, yang berharga RM13.50 sahaja. Bagus betul menu air pun. Macam-macam ado. Korang boleh rujuk menu bawah nanti.

PENCUCI MULUT

Mommy dapat rasa 2 menu dari seleksi Kek & Pastri.. Mommy suka betul Volcano Chocolate Cake with ice Cream ni.. Harganya cuma RM10.50.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Sempat juga merasa American Baked Cheese Cake yang berharga RM9.50 ini.. Oh ya, ada promosi hebat berkaitan Kek tau. Baca sampai habis ya..

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Menu-menu lain pun tak kurang hebat. Kalau la perut ni tangki besar, rasanya Mommy dah order semua menu baru. Macam Pretzel Pizza tu sahaja pun, ada 3 menu baru. Memang jenuh la nak makan.

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Professional Catering – Bagi yang nak buat jamuan lain dari yang lain, seperti Meetings, Buffet untuk Lunch/Dinner, Hi-Tea, Dome Set & apa jua majlis, dan nak pilih Pretzel sebagai salah satu menu, Pretz N’ Beanz pilihan terbaik. Antara tema yang ditawarkan mereka ialah Tema Nyonya, Kampung, Chinese, Barbeque, Wild Wild West dan International. Boleh terus hubungi dorang di nombor 016-203 7597 (www.thehouseoftaste.com)

5 PROMOSI HEBAT!

Ada berita gembira untuk korang. 5 promosi hebat ditawarkan Pretz N’ Beanz. Teruskan membaca.

1. RM1 Offer

Tak rugi jadi Member beb! Untung kita juga.. Promosi ini untuk 1 hari sahaja iaitu pada 11 November 2016, jam 3 hingga 5 petang sahaja.

Promosinya ialah:

  1. Jadi ahli dengan harga RM10 sahaja dan dapatkan RM10 Cash Voucher! Untung kan?
  2. Dapatkan Cinnamon Pretzel + Coffee Latte @ Cappucino dengan harga RM11 sahaja!
  3. Untuk ahli, dapatkan Mini Cinnamon Pretzel dengan harga RM1 sahaja!

2. World Cake Day

Sempena Hari Kek Sedunia, Pretz N’ Beanz akan adakan promosi best ni. Promosi ini bermula dari 18 sehingga 26 November ini, bermula jam 3 petang setiap hari.

Promosinya ialah:

Dapatkan sepotong kek percuma (Volcano Choc Cake / American Baked Cheesecake dengan pembelian coffee terpilih (Latte @ Cappucino @ Ice Coffee Blanded Range)

3. Pokemon Game

Khas untuk Peminat Pokemon, memang untung! Promosi ini berlangsung sepanjang bulan November hingga Disember 2016.

Promosinya ialah:

  1. Tunjukkan watak ‘Zubat’, ‘Pidgey’ & ‘Weedle’, dapatkan Mini Cinnamon Pretzel secara PERCUMA dengan minima pembelian RM10.
  2. Tunjukkan watak ‘Ratata’, ‘Jingglypuff’, ‘Nidoran Female’, ‘Pikachu’ & ‘Oddish’, dapatkan Filled Pretzel (Sweet Potato / Apple Cinnamon / Pepperoni Beef / BBQ Frankfurter) secara PERCUMA dengan minima pembelian RM20.
  3. Tunjukkan ‘Charmander’, ‘Bulbasaur’, ‘Venonat’, ‘Growlite’, ‘Poliwag’, ‘Clefairy’, ‘Dodou’, ‘Gastly’, ‘Diglet’ & ‘Dratini’, dapatkan seleksi Pretzel Pizza 7 inci (Ala Caprese / Chicken Bolognaise / Pepperoni Beef) secara PERCUMA dengan minima pembelian RM30.

4. Kids Eat for Free + 10% off for Students

Khas untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun, tawaran hebat sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2016, hanya di outlet Solaris & Bangsar.

Promosinya ialah:

Dapatkan item percuma dari Kids Menu dengan pembelian 2 Dining Course (Samaada Pretzel Pizza / All Day Breakfast / All Day Dining). Antara item percuma yang akan anak-anak dapat ialah:

  1. Kid’s Chicken Sausage
  2. Kid’s Pretzel Pizza
  3. Kid’s Fish n Chips
  4. Kid’s Spaghetti Marinara Chicken Meatball
  5. Kid’s Spaghetti Carbonara with Chicken Slice

Untuk anak-anak, memang untung! Nyum Nyum.. Biarkan mereka berdating. Tak kacau makanan kita. Hikhik..

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu-1-24

5. Halloween

Masih lagi  berjalan daripada 22 sehingga 31 Oktober ini.

Promosinya ialah:

  1. Untuk ahli, dapatkan Halloween Cupcake bernilai RM6.90 secara percuma, pada 31 Oktober dengan pembelian minima sebanyak RM20.
  2. Untuk bukan ahli, dapatkan 3 menu utama di bawah:
    • Pumpkin Soup + 2 Mini Pretzel dengan harga RM9.90 sahaja
    • Cupcake dengan harga RM6.90 sahaja
    • Pumpkin Soup + 2 Mini Pretzel + Cupcake dengan harga RM15 sahaja

SESUAI DIJADIKAN TEMPAT MEETING SAMBIL MENJAMU SELERA

Luas, selesa dan tenang, Mommy rasa tempat ini memang sesuai dijadikan tempat korang berjumpa untuk sebarang acara sekalipun. Makanan pula sedap. Nyumm..

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Cantik betul cafe ni.. Mommy suka!

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

cuba-menu-baru-di-pretz-n-beanz-bangsar-5-promosi-hebat-yang-patut-anda-tahu

Nak datang ke Pretz N’ Beanz

Sila datang dan bertabah pusing-pusing cari parking beb. Sini memang well known agak sibuk. Tapi, Mommy hari tu rilek je 3x pusing je. Ada yang tak payah pusing-pusing pun, terus dapat parking. Biasalah tu. Tempat best memang la ramai orang. Tak rugi pun datang demi memenuhi perut. Dah la dijamin sedap. Heee.. Parking cuma dicaj RM1 sejam setiap hari Isnin hingga Sabtu ye..

Alamat : Pretz N’ Beanz, 9, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Mommy guna google map je hari tu untuk drive ke sini. Berbaloi datang.. 🙂

Maklumat lanjut, korang boleh lawati Facebook dan Instagram Pretz N’ Beanz.

17 Replies to “CUBA MENU BARU DI PRETZ N’ BEANZ BANGSAR & 5 PROMOSI HEBAT YANG PATUT ANDA TAHU!”

  1. wah… bestnya boleh cicah2 banyak sos macam tu….
    rozita recently posted…GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANIMy Profile

    1. Yup. Dah la semua sos best..

  2. teringat volcano kek tu…sedappp!!!

  3. Waaah nak gi lagi lah sementara ada banyak promotion ni
    Sohoque recently posted…Buat Kerja Sekali Dapat Duit Berkali-kaliMy Profile

  4. lapar terus lepas tengok… uhuhuh

  5. wah..macam best jer suasana dalam sana dan juga makanan disediakan
    umminani recently posted…Restoran Rasamas Saji Makanan Sihat Untuk KeluargaMy Profile

  6. wowww yummy sgttt…
    shiqeen sattar recently posted…Aku Menghargai Kesihatan Disebabkan The LifeCo PhuketMy Profile

  7. Menarik promosi baru depa! Memang suka pretzels….
    Nina Mirza recently posted…Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa…My Profile

  8. Menarik promosi baru depa! Memang suka pretzels…. nyummy
    Nina Mirza recently posted…Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa…My Profile

  9. Ermm memang terliur dibuatnya tau.. Teringin nak mencuba..
    yanieyusuf recently posted…Giveaway Garnier Cleansing Water by NaomieMy Profile

  10. Wife dah pesan ajak pergi sini sbb ritu die tak dpt join… kehkehkeh
    Lan Careno recently posted…Harus singgah di Pretz n’ Beanz Cafe kalau ke BangsarMy Profile

  11. tu pretzel tower tu mmg menarik perhatian… kena cari ni…
    puteraduyong recently posted…Batu Seremban Permainan Tradisional di MalaysiaMy Profile

    1. Sedap. Serius..

  12. Ya Allah sedapnya..lagi-lagi dessert dia
    Nadia johari recently posted…PERANGAI FARIZA SETAHUN, MULA LIGAT DAHMy Profile

  13. dessert dia menyelerakan
    Nadia johari recently posted…PERANGAI FARIZA SETAHUN, MULA LIGAT DAHMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge