Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

“TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!

“TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!” Jerit Hannah.
“Jangan risau sayang, Mommy hubungi Bomba dengan segera!!”

Kisah menakutkan ini bermula apabila ada kebakaran di Play-Doh Town! Mujurlah ada Firehouse berdekatan untuk dihubungi dan datang memadamkan api!

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Datang Fireman kacak dengan rambut yang sungguh stylo dan memakai topi merah, untuk memadamkan api yang berwarna warni.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Dan hebatnya abang Bomba ini apabila mempunyai tapak kaki yang mampu membuat walkie-talkie! Wow!

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set-24

“Wah.. Hannah buat carrot? Wow. Apa lagi yang Hannah boleh buat?”
“Dragon, Mommy! Tapi kena tengok buku ni” (sambil tunjuk manual)

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Haa.. itu baru sikit rekaan cerita Hannah & Mommy tau. Cuba bayangkan kalau anak-anak anda pula yang mereka cerita berdasarkan imaginasi dan kreativiti mereka. Mesti hebat!!

Itu salah satu kebaikan dan kepentingan bermain bersama anak-anak. Kita dapat selami cerita mereka yang kadang-kadang menjangkau tahap imaginasi kita sendiri. Kita dapat berbual dan selami minat anak dalam masa yang sama.

Apa mainan terbaik pilihan anda?

PLAY-DOH TOWN – FIREHOUSE SET!

Ini adalah pilihan Mommy untuk Hannah, sempena harijadinya pada 30 September lalu. Dan semestinya Hannah teruja bila terima hadiah ini.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Tq Mommy!!!

Anak-anak mana yang tak teruja kalau dapat Play-Doh kan? Mommy pun excited sebenarnya. Kahkahkah.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Jom kita tengok.. apa yang ada dalam kotak ini ya??

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set-22

Set ini termasuk Firehouse set, Firefighter, Puppy Extruder, Roof, Flame Stamper, Water cannon extruder, Axe, Hydrant Extruder, dan 4 bekas Play-Doh Modeling Compound.

6 KELEBIHAN BERMAIN PLAY-DOH

1. SEBAGAI ALAT BANTUAN MENGAJAR (Teaching Tools)

Sebenarnya, dengan cara bermainlah anak-anak belajar dengan cepat. Melalui kaedah bermain, ia mampu kembangkan otak anak-anak.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set-19

Mula-mula, Mommy cuma perlu tunjuk apa yang ada di dalam buku manual yang disediakan. Kemudian, Mommy hanya tersenyum melihat Hannah yang dah mampu berfikir sendiri.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Permainan ini seakan mengajak anak anda berfikir untuk mencipta sesuatu melalui Play-Doh tersebut.

2. MENGASAH KEMAMPUAN BERKOMUNIKASI (Communication Skills)

Selain kemampuan berfikir, melalui cara bermain Play-Doh bersama anak-anak ini mampu mengasah kemahiran berkomunikasi mereka. Ketika bermain, sentiasa gunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan setiap perbuatan kita. Contohnya, tekan, bentukkan menjadi bola, gelek Play-Doh ini. Pasti wujud suasana ceria sepanjang interaksi bersama mereka.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

“tengok Mommy TEKAN ini. Wah.. ‘AIR’ dah KELUAR!!”

Sepanjang bermain Play-Doh ni, banyak betul soalan Hannah. Dari segi warna Play-Doh contohnya, bila dicampur, akan menghasilkan warna lain. Lepas tu, ini apa Mommy, yang ni nak buat macam mana? Dan macam-macam lagi soalannya.

3. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR ANAK (Motor Skills)

Apabila anak-anak selalu diberi pendedahan dengan permainan yang melibatkan anggota badan mereka. Ini contoh hasil kerja Hannah beraktiviti bersama Play-Doh.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

“minum kopi dahulu..”

4. MERANGSANG KREATIVITI PERINGKAT AWAL ANAK-ANAK (Creativity)

Aktiviti bermain seperti ini mampu merangsang pemikiran kreatif anak-anak.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Cipta Penguin

Hannah mencipta penguin tanpa sebarang tunjuk ajar dari Mommy.

5. MENGASAH KEMAHIRAN SENSORI (Sensory experience)

Mempelajari tekstur melalui sentuhan.

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

6. MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERIMAGINASI (Open a can of imagination)

Anak-anak suka berimaginasi kan? Dengan Play-Doh, imaginasi mereka akan jadi kenyataan.

“Mommy. Tengok. Hannah buat Pingu”

“Kenapa Hannah buat Pingu tu?”

“Pingu boleh tolong Fireman kan Mommy?”

Pun boleh ye sayang? Penguin duduk tempat sejuk je. Bukan bawa ais ke mana-mana pun. Huhu.

Haipp.. Itu imaginasi mereka laaa..

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

CARA PASTIKAN ANAK-ANAK MAIN PLAY-DOH DENGAN SELAMAT

  • Pemilihan Play-Doh yang tulen dan selamat seperti set ini, di mana ia tiada bahan terlarang dan berbahaya buat anak-anak.
  • Wajib pantau ketika anak-anak bermain.
  • Biarkan anak-anak yang mereka jalan cerita imaginasi mereka.
  • Play-Doh selamat untuk anak-anak berumur 3 tahun ke atas, dengan pemantauan orang dewasa.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN PLAY-DOH TOWN?

  • Bertindak selamatkan Play-Doh Town dari kebakaran berulang-ulang kali.
  • Mencipta pelbagai jenis gaya rambut untuk abang bomba!!

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set-23

  • Letakkan abang bomba bersama aksesori-aksesori yang lain

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

  • Menekan-nekan pili bomba untuk keluarkan air

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set

Best kan?

Ibu bapa boleh dapatkan di Toys”R”Us berdekatan.

Jom layan video ini.. Selamat Menyambut Ulangtahun ke 60, Play-Doh!!

Untuk pembaca setia Mommy, nantikan entri GiveAway Play-Doh untuk anda secara percuma!

6-kelebihan-bermain-play-doh-town-firehouse-set-21

Nak??

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

32 thoughts on ““TOLONG! ADA KEBAKARAN DI PLAY-DOH TOWN!”

  1. Bagusss … bpe rm ni?

    1. YB Shehan says:

      rm130++ gtu kat toysrus.. 🙂

  2. lisa says:

    hahaha lisa pun suka maiin playdoh dengan little boy tu . dah dia pula pencinta playdoh.. layankan je la. dlu kecik2 takde..men gna tnah je. skrg dah ada playdoh ni rasa nak back to zaman budak pula
    lisa recently posted…iPhone Jatuh Dalam Jamban !My Profile

    1. YB Shehan says:

      mmg kalau kita start main tu.. rs mcm zmn budak2 je.. huhuhu

  3. tkarahim says:

    Nakkkk…. bezday najmi nak dekat dah.. dia kuat sangat berimaginasi.

    1. YB Shehan says:

      sangat sesuai jadi hadiah birthday.. 🙂

  4. Bestnya! Tgk hannah happy main, unty pun rasa nak join skali hehe
    Mama Kembar 3 recently posted…Menyesal Naik Pirate Ship!My Profile

    1. YB Shehan says:

      hehe. kan. mari main sekali..

  5. Mera says:

    Kreatifnya hannah ni. Mesti mcm2 bentuk lagi dia buat. Hahahaha
    Mera recently posted…Face The Fear At Nights Of Fright 4 Only At Sunway LagoonMy Profile

    1. YB Shehan says:

      ye. macam2 lagi dia buat. mommy xde seni. hahaha. so tgk hasil dia je. hebat btul. kalah mommy..

  6. Didy says:

    Wah.. bestnye main play-doh.. orang dewasa pon suka main.. inikan pulak kanak-kanak.. bagus juga untuk mengisi masa lapang..boleh mengeratkan hubungan ibubapa & anak.. tidak lah menghadap telefon bimbit je.. kikikikih
    NAK GIVEAWAY PLAYDOH

    1. YB Shehan says:

      btul. mmg dapat elak dorang dari minta gadget. kita kena jadi teman sepermainan mereka. Boleh join giveaway nanti. hehehe

  7. Miminadam says:

    Dah besar2 ni pun rasa nak main playdoh lg. Hahahaha

    1. YB Shehan says:

      mmg best main . tambah2 kalau tangan seni. huhu.. akak seni kayu boleh la, hahaha

  8. mas saari says:

    kalau akak beli ni bukan anak yg kecik main, kakak ngan abang yg dah besar pun berebut nak main.. hehehee! tp mmg bagus utk build creativity anak²..

    1. YB Shehan says:

      aah kak.. sy pun teruja sekali ni. hehehehe

  9. anuar says:

    Hahaha.. Ingatkan ada kebakaran betul tadi? Susoen juga tajuk entri ni… huhuhu..
    anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!My Profile

    1. YB Shehan says:

      hahaha.. imaginasi tercipta..

  10. best nih..boleh belikan untuk anak buah..hehe

    1. YB Shehan says:

      mmg best. tapi kena main sama-sama dgn dorang..

    2. YB Shehan says:

      mmg best. tapi kena main sama-sama dgn dorang. satu sebab nak elak sepah.. dua sbb dorang lagi enjoy kalau org dewasa teman main sekali..

  11. shark says:

    comey2 mainan dia,
    kalau buat display hiasan kat umah smart jugak ni

    1. YB Shehan says:

      erm.. tak terfikir nak display. bagus sangat idea tu. nak jaga betul2 lah..

  12. Nadia Johari says:

    Fariza dah besar baru boleh main2 macam ni..mak dia pun konfirm2 join

    1. YB Shehan says:

      ya. tunggu besar sket. 3y above. dah pandai x masuk2 dalam mulut ni..

  13. Nina Mirza says:

    Best nya!! Seronok tengok Hannah main. Gaya rambut Abang Bomba tuu rare! Hehee
    Nina Mirza recently posted…Chinese Muslim Food Restaurant yang sedap best kat BLUE GINGER . Ppsstt… Salted Egg Squid dia Ohsem!My Profile

    1. YB Shehan says:

      Hehe. Abang bomba stylo..

  14. Hanie azura says:

    Seronoknya bila tengok anak kreatif kan,dah lama tak buat aktiviti macam ni dengan widad…nak carik satu la,widad memang suka main playdoh ni.

    1. YB Shehan says:

      yup. bagi dorang yang explore.. mmg tak jangka..

  15. Fiza Rahman says:

    Bestnya. Bukan anak jer yg minat play doh. Hemak dia ni pon suka jugak ☺☺

    1. YB Shehan says:

      hehe. semestinya. tunggu tau.. ada giveaway

  16. rozita says:

    menarik! melihat anak-anak buat sesuatu dengan imaginasi diorang memang mengujakan kan?
    rozita recently posted…Kakak Husna tak berjaya!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!