CHERATING HOTEL DAN 5 AKTIVITI MENARIK DI SEKITARNYA

Cherating, best giler kot pergi sana! Korang dah pernah sampai ke belum? Ada 5 aktiviti menarik di Cherating yang boleh korang buat di sana, yang mana ramai tak tahu perkara ini. Jom Mommy kongsi..

LIMA AKTIVITI MENARIK DI CHERATING

1) Surfing

Tahukah yang korang boleh Surfing di Cherating? Mesti ramai yang terkejut kan? Haaa jangan tak tau, Cherating ni merupakan one of the best beaches in Malaysia. Disebabkan pantainya yang landai dan mempunyai pattern ombak yang besar dan ketinggian yang mencukupi, maka aktiviti surfing sangat sesuai di sini.

cherating-hotel-dan-5-aktiviti-menarik-di-sekitarnya-blueforestsurf-surfing
Kredit Gambar : Blueforestsurf

Bagi korang yang dah bosan dengan artificial surf beach di Sunway Lagoon atau rasa Bali terlalu jauh, Cherating sepatutnya menjadi destinasi pilihan korang.

2) Scuba Diving

Terus memandu selama sejam ke Pantai Balok, Kuantan. Kat sana, korang boleh menikmati pengalaman scuba diving di Laut China Selatan yang sangat menakjubkan. Tak perlu nak ke Terengganu lagi, drive 3 jam (dari KL) pun dah boleh dive.

cherating-hotel-dan-5-aktiviti-menarik-di-sekitarnya-scuba-diving-pantai-balok2
Kompilasi gambar dari DivingBalok

Apa yang lagi menarik, kat Pantai Balok ni ada kapal karam (shipwreck)! Dengan kedalaman 12-24 meter, korang dah boleh tengok kepelbagaian hidupan marin kat sini seperti giant marble rays, moray eels, schools of barracuda, batfishes dan trevallys. Kalau korang mempunyai penglihatan yang tajam, mungkin boleh nampak nudibranch! Best kan?

Bagi yang belum ada lesen (certified) atau yang baru nak cuba belajar scuba diving, boleh check out beberapa dive operator yang ada kat kawasan ini.

3) Turtle Watching

Disebabkan bukan semua pantai di Malaysia ada penyu, aktiviti di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating ni merupakan satu perkara wajib bagi pengunjung. Kat sini, petugas yang berpengalaman akan memberi penjelasan tentang spesis dan jenis penyu yang biasa dijumpai di sini. Bayaran masuk sebanyak RM55 dikenakan untuk setiap pelawat membolehkan korang bukan je tengok penyu bertelur, malah berpeluang untuk melepaskan anak-anak penyu yang dah bertelur ke pantai.

cherating-hotel-dan-5-aktiviti-menarik-di-sekitarnya-penyu

Sediakan tisu sebab mungkin emosi korang tergugat bila dapat peluang untuk tengok keseluruhan proses dari menetas sehinggalah baby penyu dah sedia nak masuk laut! Fuh!! Bukan senang nak tengok saat-saat macam ni. Pengalaman macam ni memang kita takkan dapat lupa sampai bila-bila. Oh ya, musim penyu mendarat di pantai untuk bertelur adalah dari bulan April hingga bulan Ogos.

4) Berlayar di hutan paya bakau

Bersedialah untuk menikmati kekayaan biodiversiti alam semula jadi di Sungai Cherating. Ewah. Macam iklan kan? Hehe.. Ok, sepanjang perjalanan menelusuri sungai ni, korang akan diberi penerangan tentang hidupan liar yang terdapat di hutan paya bakau di sini seperti pelbagai spesis ular, monyet, ikan dan yang paling best sekali, korang boleh tengok ribuan kelip-kelip yang menyinari beberapa kawasan di hutan ni!

cherating-hotel-dan-5-aktiviti-menarik-di-sekitarnya-ruggedmom
Kredit gambar : Ruggedmom

Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ni berbeza mengikut pengendali yang korang pilih. Aktiviti seperti ni sangat sesuai bagi korang yang bercuti bersama keluarga. Selain dapat mengeratkan hubungan, aktiviti ini juga dilihat dapat mengajar anak-anak kecil, terutamanya mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan peranan hutan paya bakau sebagai buffer zone bagi daratan dan laut disamping menjadi rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna.

5) Melawat ke Pulau Ular

Pulau Ular (Snake Island) yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki speedboat dari tanah besar ini ternyata sangat memukau. Siapa sangka ada tempat seunik ini tidak jauh dari kesibukan kota.

cherating-hotel-dan-5-aktiviti-menarik-di-sekitarnya-virtualmalaysia
Kredit gambar : Virtualmalaysia

Aktiviti yang korang boleh buat kat sini ialah mendaki bukit (10 minit je) dan menikmati pemandangan yang sangat indah dari atas. Selain tu, bagi yang suka main air, korang boleh snorkeling atau jalan-jalan kat tepi pantai yang airnya sangat jernih ni. Kat gigi air pun dah boleh nampak banyak ikan! Bagi yang nak rasa pengalaman yang lebih mencabar, korang boleh cuba ATV, banana boat atau kayak.

Hotel di Cherating?

Banyak kan benda nak buat kat sini? Haa nak tak nak, mesti kena bermalam kan. Jangan bimbang, banyak awesome hotel di Kuantan dan comfortable chalet di Cherating yang korang boleh usha. Salah satunya, Mommy pernah tempah Residence Inn kat sana. Best giler!!

Ni ada satu tips yang Mommy boleh kongsi. Kalau korang nak dapatkan the best rate untuk Cherating hotel, muatturun Traveloka.com apps secara percuma dan korang dah boleh cari penginapan pilihan korang kat situ. Banyak sangat promosi dorang, especially untuk masa-masa tertentu. Haa tunggu apa lagi, cepat rancang percutian korang ke Cherating, ok?

19 Replies to “CHERATING HOTEL DAN 5 AKTIVITI MENARIK DI SEKITARNYA”

  1. Cantikkk! Semua aktiviti di atas saya suka :). Tq for the info 😉

    1. kan. sies. saya pun suka

  2. suka gi penyu tu… anak2 ulang2 pegi pun tak jemu…mak2 lagi suka sbb free je.. hehe

  3. Seronoknya..macam-macam aktiviti disediakan..best!

  4. Boleh laaa pergi utk relax kan.. short getaway gitu

    1. yezza. kaki jalan like u.. mmg ok la pegi

  5. Macam menarik je semua aktiviti nie….rasa cam nak pergi je. Hehehe

  6. Best nya…!! Banyak aktiviti menarik leh buat kat sana rupanya
    Nina Mirza recently posted…Resepi mudah tatkala kebuntuan tak tau nak masak apa.. Ayam Masak Halia Chinese StyleMy Profile

  7. Bila shehan pergi

  8. Menarik..jom buat trip kesana
    umminani recently posted…Tips Rambut Gugur dan Cara PenjagaanMy Profile

  9. Bnyk tempat cantik…. Tergoda….

  10. best jugak klu boleh gi..honeymoon ke…hihihi

  11. Best ni kalau bawa anak anak, banyak aktiviti boleh buat
    Mama Kembar 3 recently posted…Hari Ni Jumaat, Yayyy!My Profile

    1. aah. especially penyu tu. mark ur calendar

  12. dah pernah pi cherating tp takdelah cuba aktiviti² ni.. nanti kalau pi lagi nak cubalah!

    1. yeah. wajib cuba..

  13. Bestnya kak YB. Nanti kalau nak pergi boleh rujuk sini. Hee

  14. Dah lama tak pergi Cherating… memang byk tempat best yg ada dekat Cherating… teringin nak kesana.. tapi masa belum mengizinkan..
    anuar recently posted…Homestay Adam Akif di Jitra KedahMy Profile

  15. menarik semua aktiviti tu
    raihanah recently posted…Cara Kawal GDM Semasa HamilMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge