TIKAR EVAMATIK BERACUN? BIAR BETUL!!

Serius! Terkejut Mommy!

Alkisahnya Mommy terbaca perihal tikar evamatik beracun di blog Pixel Perfect ini. Terus teringat tikar ini kat rumah.

Rumah Mommy memang tiada sebarang karpet sejak Hannah disahkan alah habuk masa kecil-kecil dahulu. Jadi, sebarang punca yang mengaitkan habuk, memang Mommy tolak. Termasuk langsir, sofa2 kain, perabut2 kayu. Dulu siap gigih guna kertas warna tau nak cover window. Sedih betul. Tetapi sekarang dah pakai la langsir. Hannah pun dah tak teruk sangat alahan habuk-habuk ini.

Tikar evamatik itu kalau masa mula-mula dikeluarkan dulu agak mahal. Sekarang dah boleh beli dengan harga RM10 sahaja di pasar malam.

Mommy sendiri dah beli 3 untuk diletakkan di ruang tamu untuk anak2 bermain di kawasan tersebut. Ye la, tikar ini murah, kalis air, comel pula tu.

tikar-evamatik-racun

tikar-evamatik-racun

Dan pagi ini dikejutkan dengan perkara ini pula. Sobs. Serius tak tahu!

Antara bahaya yang diperkatakan ialah:

  • kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum
  • boleh mengakibatkan kanser payu dara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak
  • dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan
  • terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti serta penyakit diabetes kepada kanak-kanak

Erk?

Biasanya kalau kita beli barangan plastik, kita kena pastikan barang plastik itu FREE BPA (bebas BPA). Macam botol susu anak, contohnya. Kan selalu anda boleh nampak FREE-BPA. Kena elak la BPA tu!! Alamak! Kalau betul tikar ini memang menggunakan BPA, semestinya lah Mommy kena buang!

Artikel berkaitan : Baca info berkaitan kod plastik di sini

Hmm.. patut la murah sangat sekarang!

Jadi, Mommy kena bertindak sekarang.

Apa perlu Mommy buat?

Tiada tikar, lantai togel sahaja.

Atau beli karpet.

Ala.. tak suka karpet!! Lekat habuk!!!

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

12 Comments

  1. Penah beli byk dulu tikar ni bg anak buah dan utk Qi…tapi dah lama tak pasang tikar ni dah sebab susah nak sapu sampah…sekarang pakai tikar jenis kayu tu…nak mop pun senang…oh baru tau ia ada racun…erkkk patutla murah
    Julia Johari recently posted…Tips Anak BEBAS DIAPERS!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.