TAHNIAH : ANAK-ANAK BAITUL AMAL, CHOW KIT DIRAIKAN DI BEEBOP CIRCUS!

Mommy pernah menyeru untuk sama-sama mengumpul dana dalam menunaikan impian anak-anak Baitul Amal, Chow Kit untuk berpeluang bergembira di Beebop Circus dan syukur alhamdulillah, Beebop Circus dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia (SALAM) telah berjaya membawa kanak-kanak ini ke Beebop Circus baru-baru ini (30 Julai 2016).

Anak-anak Taska dan Pusat Jagaan Baitul Amal di bawah SALAM

Seperti anak-anak lain, pastinya anak2 kecil ini punya semangat ingin tahu yang sama dan ceria jika menerima sebarang kejutan seperti ini. Namun, dunia mereka berbeza. Mereka datang dari keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan dari golongan miskin bandar. Anak2 kecil yang tidak berdosa ini selayaknya dibantu berterusan!

“We volunteered in Chow Kit throughout 2015, conducting monthly activities for the children – but we couldn’t bring much equipment along,” said Shireen Yeoh, Business Development Manager of BeeBop Circus, “So we raised funds through a charity event, to bring the children here for an excursion!”

Akhirnya, hasil dari kutipan dana baru2 ini, mereka telah berjaya dibawa ke Beebop Circus dan merasai pengalaman seperti anak2 lain. Bayangkan Hannah & Ariq yang selalu dibawa bermain sebegini pun teramat gembira, apatah lagi anak2 ini.

Anak-anak dihiburkan oleh pengajar terlatih di Beebop Circus dengan pelbagai aktiviti di sana, seperti permainan payung terjun, gelembung masa, berbasikal tertutup, seni kraf, mewarna dan projek tanah liat tajaan Claytime. Aksi-aksi kelakar dari Fino, si badut turut membuatkan anak-anak ini tidak kering gusi.

tahniah-anak-anak-baitul-amal-chow-kit-diraikan-di-beebop-circus

tahniah-anak-anak-baitul-amal-chow-kit-diraikan-di-beebop-circus

tahniah-anak-anak-baitul-amal-chow-kit-diraikan-di-beebop-circus

tahniah-anak-anak-baitul-amal-chow-kit-diraikan-di-beebop-circus

“Giving a memorable and enjoyable experience to these marginalized and underprivileged children is the least we can do for them, we hope to organize another one for them soon!”” said Yeoh.

Oh Mommy berharap sangat akan ada lagi aktiviti seperti ini nanti. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh BeeBop Circus ini membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak, memupuk imaginasi mereka dan membina kemahiran insaniah. Ini adalah aspek yang penting dalam perkembangan awal kanak-kanak ini.

Tahniah untuk semua pihak yang terlibat.

tahniah-anak-anak-baitul-amal-chow-kit-diraikan-di-beebop-circus

Well done!

4 thoughts on “TAHNIAH : ANAK-ANAK BAITUL AMAL, CHOW KIT DIRAIKAN DI BEEBOP CIRCUS!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge