PAKEJ MURAH TOKYO BERSAMA JAPAN BUDGET TRIP (JBT)

Jom pergi Jepun? Aduhai, teringin sangat la Mommy nak pergi Jepun tau! Serius. Daddy pernah pergi beberapa tahun lepas. Masa tu, memang pertama kali la ditinggalkan. Rezeki dia. Mana tahu tak lama lagi rezeki Mommy pula ke?

Allah knows best!!

Bila sebut percutian jarak jauh ni, memang macam-macam perkara terlintas di kepala Mommy. Paling penting untuk Mommy ialah bajet untuk percutian tersebut.

Semestinya Mommy nak yang berbaloi.

Jadi, Mommy pun buat sedikit pencarian mengenai agensi pelancongan yang menawarkan promo atau pakej murah ke Tokyo, Jepun ini.

Tadaaaaaaaaaaaaa..

japanbudgettrip-pakej-murah-tokyo

Rupa-rupanya kan, owner Japan Budget Trip (JBT) ini ialah salah seorang friend di Facebook Mommy, JBT Rafidi. Hee. Bagus lah macam ni. Sebab friend yang Mommy pilih ialah insan-insan yang terpilih sahaja. #bajetdiva. Hahaha.

Apa itu JBT?

JBT atau Japan Budget Trip menyediakan pakej percutian ke Jepun dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Ada dua pakej utama yang ditawarkan iaitu Open Trip JBT (OTJ) dan juga Private Trip JBT (PTJ).

OPEN TRIP – OTJ membawa maksud percutian melalui pakej-pakej yang dicadangkan dan ditawarkan di dalam website JBT. Ia lebih menekankan konsep bajet. Saya mesti pilih. Hikhik. Orang tak mampu macam Mommy ni, ikut yang dirancang je. Kihkih. Jimat masa. Perkhidmatan awam akan digunakan sepanjang trip ini. Ok la tu. Boleh merasa budaya orang sana. Yang sibuk naik train semua tu kan..

PRIVATE TRIP – PTJ pula membuka peluang kepada peserta untuk berbincang mengenai percutian dirancang sendiri dengan pihak JBT. Dalam pakej PTJ ini, JBT menawarkan dua kategori iaitu Normal Private Trip JBT (NPTJ) yang menggunakan perkhidmatan awam dan VIP Private Trip JBT (VPTJ) pula menggunakan kenderaan yang disewa khas sepanjang trip.

Mommy terus baca semua entri berkaitan Tokyo, Jepun yang dikongsikan JBT di dalam blognya.

Pakej Murah Tokyo / Osaka

Antara percutian menarik yang pernah JBT kongsi ialah JBT Snow & Sakura Trip, JBT Kansai Sakura Trip, dan JBT Hana Haru Trip

Fuh. Tengok gambar pun dah teruja. Cuba bayangkan kalau dalam gambar tu, ada posing2 Mommy. Mesti kalah #hannahdamiaposing tau!

japanbudgettrip-pakej-murah-tokyo
Sakura!! | JBT Snow & Sakura Trip
pakej-murah-tokyo-bersama-japan-budget-tip-jbt
Salji korang!! Bestnya!! | JBT Snow & Sakura Trip
japanbudgettrip-pakej-murah-tokyo-Kyoto-Sakura-
Kyoto-Sakura | JBT Kansai Sakura Trip
japanbudgettrip-pakej-murah-tokyo-Osaka-Castle-Sakura
Osaka Castle-Sakura | JBT Kansai Sakura Trip
japanbudgettrip-pakej-murah-tokyo-Mount-Fuji-and-Shibazakura
Mount-Fuji-and-Shibazakura | JBT Hana Haru Trip

Kelebihan JBT

Mommy dimaklumkan yang Tuan Rafidi ni arif berbahasa Jepun. Jadi ini memudahkan pergerakan peserta ketika aktiviti lawatan diadakan. Berbeza jika kita melancong bersendirian, kita mungkin sukar untuk berkomunikasi dengan warga di sana kerana ada yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Selain itu, masa lebih banyak dapat dijimatkan kerana percutian melalui pakej lebih teratur dan terancang, serta pastinya takkan sesat jika dibandingkan dengan bercuti sendiri (bagi yang belum biasa ke sana).

Selain itu, pakej yang ditawarkan mempunyai harga Early Bird yang wajib direbut tau. Untung banyak!! Kadang2 tu ada diskaun lebih RM200 dari harga biasa.

Testimoni peserta JBT

Mengikut pengamatan Mommy dari fb JBT, rata-rata bekas peserta berpuas hati dengan perkhidmatan JBT.

japanbudgettrip-pakej-murah-tokyo

Hubungi JBT

Yang berminat untuk ke Tokyo / Osaka jepun, Mommy sarankan anda semak tawaran pakej JBT ni tau.

Anda boleh hubungi JBT melalui :

Terjah JBT melalui

Selamat bercuti!!

22 thoughts on “PAKEJ MURAH TOKYO BERSAMA JAPAN BUDGET TRIP (JBT)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge