MANIS YANG MEMBUNUH : SWEET KILLS POSTER YANG NGERI!

SWEET KILLS!! Mommy dengan makanan atau minuman manis-manis ni memang kurang. Sangat kurang. Untuk pengetahuan anda, satu jenis coklat sahaja yang Mommy mampu tahan ketika makan. Ferrero Rocher. Itu sahaja. Yang lain, maaf. Kalau kuih muih yang melampau2 manis pun, memang Mommy tolak. Roti pun Mommy memilih. Mommy dah cukup manehhh untuk makan manis-manis ini. Kihkih.

Terbaru, Mommy tertarik dengan poster Sweet Kills, hasil designer Thailand, Nattakong Jaengsem untuk isu Diabetes. Thailand selalu keluarkan iklan2 yang menarik dan gempak. Kadang-kadang mengerikan tetapi betul-betul ‘makan dalam’.

Makanan dan minuman manis diubahsuai menjadi luka yang tidak boleh sembuh pada bahagian kaki, lutut dan siku penghidap kencing manis.

Kempen poster kontroversi yang dibiayai oleh The Diabetes Association of Thailand ini direka untuk memaksa orang ramai mengurangkan pengambilan gula. Diabetes yang tidak terkawal boleh mengurangkan proses penyembuhan luka, kudis dan luka-luka dan boleh membawa kepada jangkitan yang serius.

Jijik dipandang akan tetapi ia merupakan satu peringatan yang amat jelas tentang bahayanya mempunyai terlalu banyak gula dalam diet anda.

manis-yang-membunuh-sweet-kills-poster-yang-ngeri

manis-yang-membunuh-sweet-kills-poster-yang-ngeri

manis-yang-membunuh-sweet-kills-poster-yang-ngeri

manis-yang-membunuh-sweet-kills-poster-yang-ngeri

manis-yang-membunuh-sweet-kills-poster-yang-ngeri

manis-yang-membunuh-sweet-kills-poster-yang-ngeri

Sumber : SoBadSoGood

Ehem.. Nak makan manis-manis lagi tak??

2 Comment

  1. Fuhhhhh poster ni kalau tampal di opis dan kt cafe memang fikir berjuta kali sebelum order benda manis…mujur juju suka minum air masak kt opis je…sebab nak jimat
    Julia Johari recently posted…Jalan-jalan cari makanan original Terengganu di dELONG coffee & suchMy Profile

    1. Kan. Hehehehe.. Sangat berkesan!

Leave a Reply

CommentLuv badge