KEKAL KELEMBAPAN WAJAH DENGAN BIO ESSENCE 24K BIO-GOLD

Pernah dengar susuk emas? Haha. Sebut susuk pun dah gerun. Tak perlulah susuk bagai untuk cantikkan kulit kan. Ini Mommy nak kongsi pasal emas juga tapi bukan susuk emas.

EMAS!! Mommy pernah cerita pasal wishlist Mommy iaitu nak dapatkan set Bio Essence 24K Bio-Gold ni? Memandangkan Mommy pun dah lama teringin dan Charme skincare Mommy pun dah habis, memang Mommy grab juga la Bio Essence 24K gold ini. Lagipun ianya sesuai untuk kita yang berumur 25 hingga 35 tahun. Dalam usia ini, kolagen memang penting. Jadi Mommy difahamkan yang produk ini mampu meransang kolagen di dalam kulit kita, dan seterusnya akan menyerlah kecantikan wajah. Oh.. bahasa buku sangat la Mommy ni. Hee.

Akhirnya 23 Julai 2016 yang lalu, Mommy pun dibawa encik Daddy ke Guardian Sec 2 Wangsa Maju. Ada 2 guardian di situ. Dua2 Mommy singgah semata-mata nak dapatkan set promosi.

Jadi Mommy beli set ni masa promosi hari tu berharga RM92. Yang bestnya, minggu tu ada promosi lagi 5% less dari harga tu. Haaa. Ini namanya rezeki kan!

Nak tahu harga asal?

  • 24K Skin Awakening Day Cleanser (100g) – RM27.90
  • 24K Bio-Gold Gold Water (150ml) – RM105.90

Hihi..

BIO ESSENCE 24K BIO-GOLD

kekal-kelembapan-wajah-dengan-bio-essence-24k-bio-gold

Jadi dalam set ini ada Bio-essence 24K Bio-Gold Skin Awakening Day Cleanser dan Bio-Essence 24K Bio-Gold Water. Ya Allah terujaaaaaaaaaa sangat ok!

Skin Awakening Day Cleanser

Jadi apa fungsi cleanser ini? Semestinya untuk mencuci segala kekotoran dan sebarang kedegilan kekotoran yang tersumbat di liang roma wajah kita. Katanya ia boleh kembalikan kesegaran wajah yang kusam. Ewah.

Tanpa Gold Water, tak menjadi. Harus ada Gold Water juga.

Bio-Gold Water

Tinggi botolnya. Jadi, isinya pun banyak! Inilah rahsia kelembapan wajah Mommy. Guna 2 kombinasi ini. Katanya ia mampu mengecilkan liang roma wajah dan menghaluskan wajah. Gitewww. Yang pasti, ia memang melembapkan wajah. Tak melekit dan mudah digunakan.

TESTIMONI MOMMY

Baru 2 hari dah kecoh la kan. Haha. Feedback Mommy selepas 2 hari guna (selepas tarikh 23 Julai of course!), dah rasa lain muka. Lembap je rasa tau.

kekal-kelembapan-wajah-dengan-bio-essence-24k-bio-gold (1)

Nampak tak kepingan2 emas itu? Ia meresap ke dalam kulit wajah dengan cepat! Tak melekit. Cuma tuang ke tapak tangan, dan sapukan ke wajah. Mommy cuma tap-tap-tap kan sahaja ke muka. Tak perlu banyak pun. Memang jimat!

Selepas 5 hari menggunakan produk ini. Make up pun smooth je rasa. Lembapnya muka!

kekal-kelembapan-wajah-dengan-bio-essence-24k-bio-gold (4)

Selepas seminggu lebih guna.

kekal-kelembapan-wajah-dengan-bio-essence-24k-bio-gold (2)

SET BELUM LENGKAP!

Dari segi kelembapan wajah, Mommy dah rasa dengan 2 produk di atas. Akan tetapi, untuk menjadikan ia set yang lengkap, Mommy perlu ikut langkah2 yang dicadangkan ini. Ini memang target Mommy lepas ini.

kekal-kelembapan-wajah-dengan-bio-essence-24k-bio-gold-steps-regime3

Bio-essence 24k Dual Eye Essence

Masalah kering bawah mata, kedutan halus, kekusaman bahagian mata, eyebag yang makin gemuk. Memang Mommy nak sangat Eye Essence ini.

Bio-Essence 24k Platinum Dual Cream

Sebagai pelengkap set, wajib ada dual cream ini juga. Untuk kelembapan wajah siang dan malam.

Bila ada semua tu, baru lengkap la set kecantikan kulit Mommy! Hoyeah!!

14 thoughts on “KEKAL KELEMBAPAN WAJAH DENGAN BIO ESSENCE 24K BIO-GOLD”

  1. smp skrg still ok kah? berbaloi eh beli? hehe.. mcm bkenan jugak

  2. mummy gmba sblum pakai set tu xde ke? nak tgok muka mummy sblum ni jnis cmne

  3. hi mommy. Salam.

    boleh kasi feedback lepas guna eye dual treatment tu? dark circle hilang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge