Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

5 JAHITAN DI KEPALA, HERO MACAM TU LA!

Kejadian yang tidak diingini terjadi petang semalam. Well, masa terima panggilan tu pun, jam dah menunjukkan pukul 6.18 petang, 1 Ogos 2016.

Bila dah sampai depan tadika, salah seorang teacher di situ menjemput Mommy masuk.

alamak.. teruk sangat ke?, bisik hati Mommy.

“Teruk ke teacher?”

“Aah, puan. Teruk juga. Maaf Puan, kami tak sangka macam ni”

TRAGEDI 1 OGOS

Ariq?

Calm. Tiada tangisan. Tiada raung2. Muka pasrah. Diam seribu bahasa.

Mommy ambil dari dukungan teacher, tengok kawasan kejadian yang penuh dengan darah basah dan kering.

Terus ke kawasan paip air. Mommy basuh2 kepala Ariq masa tu. Busuk darah tu memang mengundang nak muntah. Banyak sangat. Nasib dah stop darah kat kawasan luka tu. Teacher dah letak ice pack di kawasan tersebut.

Tunggu Daddy balik untuk ke klinik. Mujurlah Daddy dapat balik awal hari ni. Ikutkan Mommy nak pergi sendiri je ke klinik tu. Kad panel pula ada kat Daddy. Hmm. Selalunya Mommy yang pegang, tapi hari tu tinggalkan kat Daddy jap.

Mommy jangka, kawasan luka ini boleh baik sendiri ni. Struggle juga fikir nak letak ubat apa. Tapi, cuci tetap kena pergi cuci.

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (1)

Bila doktor dah periksa, ternyata ia bukan luka biasa. Ia perlu dijahit kerana lukanya yang agak dalam. Hmmm..

Dengan tak berbaju pergi ke Klinik tu tau. Ye la. Darah penuh. Hmm.. Pesakit yang ada kat klinik kat situ pun siap datang tanya apa yang jadi. Huhu. Kesian Ariq!

Doktor sarankan untuk jahit. Daddy pun setuju. Mommy pula risau lebih. Hmm.

5 JAHITAN!

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (12)

Tengok la berapa ramai yang kena pegang. Doktor mulakan dengan gunting rambut di kawasan luka. Mommy punya expression masa tengah cuci darah, hmm. Tak sangka Mommy cuak juga. Ingat kental. Hahaha. Tengok drama, darah2, operate segala bagai, macam tiada perasaan. Bila depan mata.. Hahaha.

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (3)

Darah yang membuak2 keluar, mujur Mommy tahan. Walaupun.. Huu.5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (3)

Nampak macam kecil je lukanya. Patut la doktor cakap kena jahit. Hmm. Doktor ni Mommy percaya dari dulu lagi. Hannah bersunat pun dengan doktor yang sama. Doktor Aminah namanya. Suka doc ni.

Tiba giliran nak jahit. Aduh. Macam mata kail je Mommy tengok jarum tu. Even masa beranak pun Mommy tak tengok (giler apa nak tengok, ko nak hulur kepala macam mana? Haha). TETAPI, bila menjahit dan tarik benang tu, memang masih terasa la ngilu tu. Doc cucuk ubat bius dulu di kawasan yang perlu dijahit. Kepala Ariq memang kena pegang kuat2. Tak dok diam langsung!!

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (7)

Sori dik. Kena pegang kepala kuat2.5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (11)

Belum siap lagi ni ok.. Baru 3 jahitan. Hmm. Belum umur 4 tahun dah berjahit kepala. Adik.. Adik..

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (11)

Sambung menjahit lagi lepas tu.

Kemudian doktor jahit sekali gauze di kawasan berjahit tu sekali. Rabu nanti akan buka jahitan tu.

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (10)

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (10)

Ok setel dah. Bergelut dengan tangisan sekuat2 alam dalam bilik rawatan. Comel pula tengok Gauze tergantung macam tu. Haha. Nak kerintingkan rambut ke tu, dik??

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (6)

Lepas tu, Ariq ok je. Even nak cuci rambut dan nak tidur malam pun tiada masalah. Dia tahu dia sakit. Tidur pun meniarap. Masa nak minum susu je dia minta Mommy pangkukan dia. Tak boleh baring. Kesian.

PUNCA TRAGEDI & KAWASAN KEJADIAN

Mommy pun tak tahu mana 1 punca tragedi.

Menurut cerita Hannah : Adik main dengan kakak. Adik pegang kakak. Kakak pegang adik. Lepas tu kakak dah tak larat, kakak lepas adik.

Menurut cerita pengetua : Ariq laju sangat lari. Tak sempat nak pegang.

Jadi 2 konklusi yang Mommy buat.

Cerita Hannah : mungkin adik terhempas apabila kakak dah tak mampu nak rangkul leher adik.

Cerita pengetua : mungkin karpet getah hijau itu punca licin dan terjatuh kena simen tersebut.

Wallahualam.

Ini kawasan kejadian (dibulatkan).

5-jahitan-di-kepala-hero-macam-tu-la (5)

SARANAN MOMMY

Pengetua dan teacher meminta maaf atas kejadian ini. Mommy pun tak salahkan mana2 pihak. Ariq pun tak boleh nak marah. Budak. Bukan faham segala kesan buruk dalam apa jua dorang buat. Cuma Mommy sarankan 2 perkara.

Pertama, ratakan kawasan simen itu. Kedua, karpet itu mungkin dijauhkan dari kawasan tersebut atau remove sahaja. Terpulang untuk tadika bertindak dalam kes ini. Pengetua pun menerima saranan dengan baik.

Moga kes ini tidak terjadi lagi.

Well. Hero! Always a Hero! Sementara nak besaqqqqqqqqqq. Lagu ni la!

Tags: , , , , ,

2 thoughts on “5 JAHITAN DI KEPALA, HERO MACAM TU LA!”

  1. rozita says:

    pengalaman besarkan anak-anak gitu la… tu baru 2..hehehe..
    rozita recently posted…Fenomena GC Tea ~ yang nak sihat harus baca !My Profile

  2. hee~ anak anak nak membesar memang gitu kan.. anak saya pon lebih kurang.. baru baru nih kaki terseliuh sebab bergumpal.. nasib cepat urut, cuma sehari la dia menahan sakit.. em.. semoga budak bijak bernama Ariq membesar dengan sihat hendak nye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!