TRIP PERHENTIAN : PERHENTIAN KECIL (KG NELAYAN, SNORKELLING & WINDMILL)

Selepas sambut raya, belum habis penat raya, Mommy & family mentua meneruskan rancangan yang agak lama juga dirancang, iaitu percutian ke Pulau Perhentian.

Wait! Pulau Perhentian??

Pulau yang dah lama Mommy idam nak pergi. Tetapi, memikirkan kos, selalu hold hold hold.

Ada yang tanya Mommy, berapa kos yang Mommy keluarkan untuk datang sini?

Budget family Mommy (sahaja) : dalam RM500. Pergi 4 family kecil, so total dalam RM2000. Itu tidak termasuk makan dan bot laju ke Long Beach (ini pergi sebab nak enjoy hiking windmill tu) dan emergency lain.

Mommy takut entri ni basi jadi Mommy akan cerita sesimple mungkin walaupun rasa macam banyakkkk sangat nak cerita. #mommycubapendekkan #siscuba.

PENGANGKUTAN

Kami memilih untuk memandu sendiri kereta dari Kedah ke Jeti Kuala Besut. Ada 3 buah kereta iaitu kereta parent (MIL & FIL serta adik ipar yang bongsu), kereta abang ipar & isteri & kereta kami. Oh ya.. Kos minyak dan tol pergi balik tidak termasuk dalam Budget RM500 tadi tau. So, korang boleh agak2 la berapa kos sebenarnya. Huhu.

Kami bertolak waktu malam (09/07/2016) dan sampai ke Terengganu around subuh (10/07/2016). Sempat la solat subuh di masjid berdekatan. Memandangkan bot paling awal untuk bertolak ke Pulau Perhentian Kecil jam 10 pagi, maka kami lepak sahajalah di jeti tersebut. Sempat la shopping topi pantai. Gitu!

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
wajiblah shopping topi pantai tu..
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
dengan sil & biras

PERBELANJAAN : HOMESTAY & MAKAN

Macam Mommy cerita mula-mula tadi, kos trip ini untuk 1 family, kami bajet RM500. Jadi ada 4 family, kos dalam RM2K. Homestay dapat RM500 semalam. Kami ambil 3 hari 2 malam di Ada Homestay, Kg Nelayan. Kos RM2K ini tidak termasuk minyak kereta, tol, topi pantai, cikedis, makan di pulau tersebut dan bot laju ke Perhentian Besar (RM20 sekepala) & cenderahati. Boleh tahan banyak juga la habis kan? Hmm. Syukur lah mak mentua Mommy sediakan makanan dari rumah. Jadi, masak je di sana. Dia frozenkan siap2 makanan dan peralatan untuk masak pun banyak juga yang dibawa. Air je yang kami tak bawa, maka terpaksa beli di pulau tersebut. Sebotol RM3++ kalau tak salah. Huhu. Koewteow makan tepi pantai pun RM14 sepinggan. Aduhai.

Ada Homestay (RM500 semalam)

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
Ada 4 bilik tidur berhawa dingin, 3 tandas
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
Bilik Mommy no 2
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
Makanan masak sendiri. Jimat!! Tq Mama!

AKTIVITI HARI PERTAMA (10/07/2016) : MANDI MANDA & ACAH-ACAH SNORKELLING

Kami menaiki bot laju dari Jeti menuju Pulau Perhentian. Kalau tengok muka masing2, mak aih.. Senyum sampai telinga kot!!

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
bot gila laju! haha
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill
excited!!

Perjalanan ambil masa lebih kurang 30-40 minit dari Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian Kecil (Kg Nelayan to be exact). Seronok sangat la terhempas dum dum atas air tu. Hahah. Sampai je pulau, Mommy biol sekejap. Nasib ada Peppermint Young Living Essential Oil. Cepat2 sapu dan rehat sekejap di homestay.

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (6)
#hannahdamiaposing as usual. Terbaik la adik posing sekali
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (6)
#hannahdamiaposing again. Hahaha
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (6)
HDAE bersama sepupu, Kasyaf

Selepas makan tengahari (Mama masak), kami rancang untuk mandi manda. Budak yang paling excited mestilah.. huh.. semua orang la!! Semua dah jadi budak masa ni!

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (24)
adik tak selesa sebab 1st time pakai vest tu
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (26)
oh well.. as usual la si kakak tu kan? adik pula penuh pertanyaan je kat muka tu

Perjalanan untuk mandi manda juga memerlukan kami menaiki bot. Tak jauh sangat. Tiket untuk mandi manda dan naik bot masa ni ialah RM10 sekepala. Untuk snorkelling RM10 juga. Yang kena bayar petang tu ialah:

8 orang x RM10 bot

4 orang x RM10 snorkelling

3 orang budak RM10 je

Total RM130!

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (24)

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (25)
Ariq asyik menjerit je. Haha
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (25)
Acah-acah tangkap ikan
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (25)
cool !!
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (26)
cantik subhanallah!!
trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (26)
Mommy acah2 snorkelling je. Tak berani selam jauh2 lagi

trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (26)

Ok dah penat! Jom balik!!trip-perhentian-perhentian-kecil-kg-nelayan-snorkeling-windmill (26)

Waktu malam, tiada apa2 aktiviti. Mommy pun tidur awal. Letih yang amat. Ditambah hujan lebat pula.

Bersambung part 2 – snorkelling & windmill!

9 Replies to “TRIP PERHENTIAN : PERHENTIAN KECIL (KG NELAYAN, SNORKELLING & WINDMILL)”

  1. kena air laut memang badan letih yb… anak2 pun lena kan… bila la turn lin nak kesana plak.
    Allene recently posted…Biskut Raya untuk Baby – Tanpa Gula, Garam, Msg dan TelurMy Profile

    1. inshaa Allah. mana tau nanti KBBA buat trip sana. hehe

  2. Seronoknya bercuti dengan keluarga 🙂
    Ikhwan recently posted…Cara Daftar Sebagai Uber DriverMy Profile

    1. seronok sgt. alhmdlh rezeki..

  3. Bestnya dapat pergi Snockling… Airnya pun jernih… 😉
    Anuar recently posted…Pendaftaran MUET dan Tarikh Exam MUET 2016My Profile

    1. ya. best sgt! rs nak repeat lg..

  4. boleh saya dapatkan contact num Ada Homestay tu? sy cari dkt google x jumpe

    1. saya guna agen. perhentian raisya. cer gugel

  5. Pn nk mx no conteks homestay pn menginap….teringin nk p ase cantik

Leave a Reply

CommentLuv badge