SEMUA NAK BELI.. DAH TU MACAM MANA?? ADUHAI!

Ya Allah.. Kau tutuplah hati isteriku dari nafsu shopping melampau-lampau ini.

Harapnya itu bukan doa suami Mommy. Kahkah.

Ya Allah. Tertekan betul dengan segala godaan nak shopping. Well.. wanita kan? Mana boleh dipisahkan dengan shopping.

Wishlist Mommy lately semuanya berkisar kecantikan. Nak makeup, nak skincare, nak macam2 la haih.

Alasan? Nak cantik untuk suami. Hakhak. Alasan kukuh tu ok! Mommy nak jaga muka siang-malam, dengan harapan tidak lah menggerutu muka, tidaklah kusam. Kalau keluar, mestilah nak mekap sikit2 kan? Takkan la nak keluar pucat2 kan?

KAAY COSMETICS – DD CUSHION

Item pertama dari wishlist Mommy baru-baru ini. Tercari-cari bedak yang bagus ala2 Laneige tu, tapi Mommy lebih tertarik dengan godaan ahkak Kathy Jem kita tu. Haish. Kalau dah nama media influencer, memang berjaya sangat lah kak Kay ni tau! Dulu tergoda pasal LA Girl Lipmatte pun dari beliau juga! Susah tul.

(psst: kawan2 ai yang selalu tergoda dengan apa yang ai tulis sebelum2 ni, sori la eh. tu my job. nak kasi korang teracun sekali. kihkih)

kaay-cosmetic-super-moisture-cushion

Tadaaa. Akhirnya jadi milik Mommy. Dari sebelum raya, sehinggalah selepas raya. Asyik mengigau je DD Cushion ni tau. Akhirnya impian jadi kenyataan. Tq ahkak.

Jadi hari ini Mommy dah cuba pakai. Best rupanya! Tempek kat muka rasa lembut sangat sponge dia. Pastu tak puas pakai sikit-sikit. Mommy tempek tempek tempek tempek sampai rasa puas. Kalau nak compare pakai foundation, dah kena buat 2 steps ( foundation + bedak). Ini sekali harung je. Kan dah menyenangkan?? Paling menarik lagi ialah ianya Halal, wudhu friendly & lulus KKM.

kaay-cosmetic

kaay-cosmetic-super-moisture-cushion2
Jangan lupa bawa ke Office, keluar jalan2, atau ke mana2 jua. Hihi

Rasa seronok pulak pakai. Serius! Jom tempek tempek tempek! Hihi. Kalau korang nak beli, boleh ke IG @kaay_cosmetics atau pm Kathy Jem kat facebook!

Impian (wishlist) Lain!

Antara item lain yang memang tunggu masa Mommy nak grab ialah skincare! Ada pelbagai jenama yang memang Mommy tengah buat perbandingan. Antaranya ialah skincare set dari Cosmoderm, Bio Pearl yang kak Laila & kak Saidila tengah goda Mommy sangat2 tu (ok.. Mommy yang tergoda sebenarnya), atau pun Bio Essence 24K Gold ini. Nampak tak nafsu tu? Serakah sangat!! ;p

24k-bio-essence

Setiap kali masuk Guardian, memang ini yang Mommy tengok. Dulu-dulu buat tak kisah je. Permulaan Mommy intai brand ini sebab Mommy nak beli Eye Essence tu. Untuk masalah eyebag Mommy. Pencuci semua tu Mommy tak kisahkan sangat sebab Mommy setia lagi dengan Charme Catalyst yang sangat berjasa itu. Memandangkan Catalyst dah umum tiada lagi pengeluaran Charme, ia sangatlah menyayat hati dan menyebabkan Mommy terpaksa beralih arah. Nak SK-II menempah leher dipenggal la kan? So, terpaksa intai yang murah2 sikit.

Sekarang ada sale untuk Bio Essence 24K Gold tu. Aduhaii. Cepat la gaji please!

Oh item lain yang wajib beli sebab hampir habis ialah..

  • Eyeshadow
  • Eyeliner
  • Blusher

Kenapa mesti semua habis dalam masa yang sama??? Banyak duit woo! Nak research pun satu hal. Ambil masa. Nak decide, lagi la stress. Sebab Mommy rigid. Huwaaaaaaaaaaaaa T_T

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.