REWARD PUASA : RAINBOW DASH, MY LITTLE PONY

Kakak nak Rainbow Dash!

Apakebenda la pulak tu kakak oi?

My Little Pony la Mommy! Macam kawan kakak punya. Warna blue!

Itu je jawapannya kalau Mommy tanya, apa yang kakak nak kalau berjaya puasa penuh di usia 6 tahun kakak ni.

Masa puasa hari pertama, Mommy tak sangka kakak betul kuat. Berterusan puasa kakak. Paling kelakar, masa tv dah ada tanda2 iklan macam dah nak start baca doa berbuka tu (tv3), senyum sampai telinga tu. Haha. Lawak kakak. Dah tak sabar ya.

15 hari berpuasa, kakak masih bertahan. Dan dia ada beritahu yang dia cuma nak berpuasa, dah taknak Pony tu. Pulak.

PERLU KE REWARD PUASA?

Sehinggalah 4 hari sebelum raya, Mommy decide untuk reward something untuk kesungguhan Hannah belajar berpuasa. Dan memandangkan Mommy nak balik Kedah, dan mungkin sibuk dengan keluarga dua2 pihak (Mommy Daddy both kat Kedah), takut tiada masa pula nak mencari hadiah untuk Hannah. Jadi, kami pun memutuskan untuk beli Pony juga, in advance.

Seronok la beliau. Mommy beli di Aeon Wangsa Maju. Harga, RM60.

reward-puasa-rainbow-dash-little-pony

reward-puasa-rainbow-dash-little-pony

reward-puasa-rainbow-dash-little-pony

reward-puasa-rainbow-dash-little-pony

reward-puasa-rainbow-dash-little-pony

reward-puasa-rainbow-dash-little-pony

Betul2 sayang dan hargai sungguh Hannah terhadap Rainbow Dash tu. Sentiasa peluk dan bawa ke mana2. Siap nangis bila terkena kotoran. Oh.. Maafkanlah ke OCD an beliau bab kotor. Hee.

Apabila dah sampai kampung, tengah elok2 full puasa, gagal pula puasa hari ke 27 & 28. Jam 530 petang minta berbuka. Tak tahan tengok makanan dan air. Mommy mengalah jua sebab memikirkan sahur beliau masa balik kampung tu, beliau kurang makan. Namun, hari ke 29 & 30, beliau berpuasa penuh kembali.

So total ponteng Hannah ialah 4 hari sepanjang bulan ramadhan ini. Itu pun dah petang sangat dah. Sayangnya.. Tapi tak mengapa.. Ok la tu ye sayang. Tahniah. Tahun depan mesti full punya!

Untuk isu PERLU KE REWARD bagai ni, Mommy hadiahkan pun sebagai tanda terima kasih & bangga dengan kesungguhan kakak untuk sama2 berpuasa dengan Mommy & Daddy. Tanda kagum Mommy. Sebagai penyunting semangat untuk kakak terus kuat semangat walau dilanda pelbagai dugaan (petang2 hampir berbuka). Apa pun.. well done kakak!

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.