HDAE SAMBUT HARI RAYA DI LITTLE CALIPH

Entri Gaya Raya masa di kampung hari tu pun masih tertangguh. Gara-gara terlalu banyak gambar. Nak pilih, nak resize lagi. Semua itu ambil masa. Redha la lambat sikit Mommy cerita. Dah la lepas raya tu, Mommy sambung bercuti ke Pulau Perhentian pula. Subhanallah lawa la pulau tu. Adoi. Ambil masa juga tu nak bercerita. Haha.

Tapi, entri ini Mommy nak tunjuk gambar-gambar sambutan raya HDAE di tadika mereka, Little Caliph.

Seperti biasa, kalau sambutan2 begini, selalunya ibu bapa akan sediakan apa-apa untuk potluck. Well.. bab nak gali idea ni memang blur sangat. Akan tetapi.. apa gunanya ada kawan-kawan yang sporting belaka kan. Tanya aje kat Facebook tu, kat Whatsapp group tu, mesti ada jawapan.

Disebabkan minggu ni Daddy agak sibuk dan balik lambat, jadi tidak sempat untuk keluar cari barang untuk memasak apa2 makanan, jadi memang kami terpaksa cari item yang mudah dan pantas malam sebelum majlis.

POTLUCK IDEA : BUAH??!!

Berdasarkan survey yang Mommy buat di Facebook, ada sahabat yang cadang buah-buahan! Ting! Mudah je ni. Terima kasih buat sahabat-sahabat lain juga yang sangat kreatif idea. Paling win “bawak tupperware kosong, masuk kereta, berenti tepi kedai, beli kuih, masuk kereta, selesai”. Hahaha. Kak Rozita, idea akak tu, hampir2 ditiru tau. Husband saya dah suka dah tu. Cuma saya cakap, taknak gamble. Takut lambat dan takut kuih yang dikehendaki tu habis ke apa. Mana pula nak cari kan?

Gigih malam tu juga cari buah-buahan. Mujurlah Giant B.A sekangkang kera je. Grab 3 jenis buah, pisang, anggur dan epal. Bakul? Guna bakul yang ada kat rumah je. Nasib seswaiii!

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph

Alala.. segaknya anak2 Mommy. Hehe. Kena la puji anak sendiri kan? Hehe. Bangga mereka. Si adik tu, sepanjang pakai, bila kita puji, dia punya sengih.. sampai telinga, ok! Amboi sangat!

Si kakak, bila dengar Mommy puji adik, dia pula tanya, kakak macam mana? Alamak. Kakak bersiap sendiri, jadi Mommy tak sempat la nak tengok dia kan? Terus rasa regret dan cepat2 puji dia. Tapi memang comel pun kakak! Anak Mommy kan? Hehe. Haipppppp. Anak2 kecil memang la comel. Nak sangkal ke? Hihi.

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (2)

Bila dah mood baik je, sudah tentu sepanjang pagi tu happy je pergi sekolah kan? Syukur!

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)

Bila dah sampai sekolah, parent tak dijemput la. Ini sambutan sesama mereka je. Hukhuk. Mommy kan giler nak snap gambar. Mujurlah FB mereka aktif. Terus Mommy download semua gambar yang ada wajah HDAE.

KELAS ARIQ EMIR

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7) hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7) hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)

KELAS HANNAH DAMIA – PRA TAHFIZ (6Y)

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7) hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7) hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7) hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7) hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)

Cuba teka Hannah dapat berapa? (tutup-mulut-icon). Tihiihihi

KELAS-KELAS LAIN

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)
KELAS 4KG1
hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)
KELAS 5KG1
hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)
KELAS 5KG2
hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)
KELAS 6KG2

Anak-anak pun happy je. Kakak pun bukan main happy bercerita bila balik rumah. Selamat Hari Raya semua.

hdae-sambut-hari-raya-di-little-caliph (7)

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.