GAYA DI HARI RAYA 2016

Gaya di Hari Raya tahun ini. Ok lagi ni nak post. Masih di bulan Syawal. Oh raya tahun ini sangat sedih dari segi kewangan. Bonus takde. Sobss. Namun, masih bersyukur apabila dapat belanja juga untuk anak-anak. Parent mengalah pun tak mengapa. Selalu macam tu la kan kalau dah jadi mak mak pak pak ni.

GAYA RAYA FAMILY #HARISHEHANHDAE

Outfit Mommy : Kurung Moden yang Mommy pakai ketika Photoshoot KBBA9. Tak beli extra pun. Itu je ada.

Outfit Daddy : Jubah tahun lepas, beli kat Mekah. Belum pernah pakai. Tahun ini baru rasmi.

gaya-di-hari-raya-2016 46

gaya-di-hari-raya-2016 46

Outfit Hannah Damia : Dari Pokoks.com

Bila dah dapat, terus nak cuba. Ini cuba sebelum hari raya. Sayang betul Mommy tak sempat belikan tudung untuk Hannah.

gaya-di-hari-raya-2016

Mommy beli blouse sekali. Nanti kita add on skirt plak ye.gaya-di-hari-raya-2016

Ok #hannahdamiaposing di hari raya. Rumah tokwan ni cantik kawasan laman dia. So, jom la photoshoot.

gaya-di-hari-raya-2016

Outfit Ariq Emir : Jalan Tar (ada online baju melayu best tak? Susah kot. Jalan Tar pun cun gak!)

gaya-di-hari-raya-2016

Smart kan? Hehehe. Besar dah anak2 Mommy ni..

Mommy & Family

Raya kali ini, sebelah Mommy kekurangan ahli keluarga. Kakak sulung, abang & adik beraya di rumah mentua masing-masing. Yang ada cuma keluarga Mommy dan keluarga kakak no 2. Itu sahaja. Jom la bergambar dulu. Kali ini tak banyak gambar sebab rushing ke rumah atok Mommy pulak.

gaya-di-hari-raya-2016

With Mak Abah

gaya-di-hari-raya-2016

Selesai beraya rumah atok Mommy, kami ke rumah atok Daddy pula. Macam tu la setiap tahun. Hehe. Cuma raya kali ini, dari raya ke 2 kat rumah dy sampai balik KL. Sebab parent Mommy pergi KL dari raya pertama lagi.

Family mentua Mommy

Beraya di rumah mentua. Ada open house hari raya ke 2 tu. Malam raya tu kami sempat berposing dulu.. Mommy dah tak bermaya dah. Letih seharian berjalan. Mata pun dah kuyu. Huhu

gaya-di-hari-raya-2016

Kali ini semua ahli keluarga daddy berkumpul. Yang dari Qatar pun balik beraya kali ni.gaya-di-hari-raya-2016

Gaya HDAE raya kedua

Sibuk apa entah, tapi ini je yang sempat snap raya ke 2. Gambar makanan masa open house tu pun tak sempat snap. Hihi.

gaya-di-hari-raya-2016

gaya-di-hari-raya-2016

Sempat la lari sekejap keluar rumah. Ramai betul tetamu. Almaklum la mama memang pandai masak. So, rugi kalau tak makan. Hehegaya-di-hari-raya-2016

Tempat lepak kalau lepak kt kedai makan Mama.gaya-di-hari-raya-2016

Malamnya ke open house sepupu daddy pula. Fuh. Pack betul aktiviti raya kali ini. Bila dah sepupu dan dua pupu yang rata2 umur lebih kurang berjumpa, selfie wefie memang wajib la. Meriah!!

gaya-di-hari-raya-2016

Dengan wife2 kezen serta MIL mommy.gaya-di-hari-raya-2016

Wajib la kan laki bini ni. Hehe..gaya-di-hari-raya-2016

Anak2 dan 2 pupu mereka..

gaya-di-hari-raya-2016

gaya-di-hari-raya-2016

Cuti raya yang paling lama Mommy rasa tahun ini. Sampai seminggu cuti. Selalunya balik awal ke KL. Dan selepas raya, kami sambung bercuti ke Pulau Perhentian. Tunggu next entri ya.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.