BAYAR DEPOSIT AIR DAN ELEKTRIK #RUMAHIDAMAN

Progress payment (PP) dah bayar buat kali ke 6 bulan ini (Ogos). Fuh. Tiap2 bulan makin mahal. Penatnya rasa. Inilah yang perlu dibayar kalau beli rumah under developer.

Dah tak lama dah nak masuk rumah impian Mommy ini. Alahai tak sabar!!

Sehingga bulan Julai ini, 70% dah siap pembinaannya. Dan baru-baru ini, Mommy dah dapat surat WAJIB BAYAR dalam tempoh 14 hari mulai 1 Ogos 2016.

Apa tu?

DEPOSIT AIR & ELEKTRIK!!

Garu kepala Mommy bila dapat surat tu. Dah la PP kena bayar setiap bulan selagi belum dapat kunci. Kalau PP tu cuma seratus dua ratus, Mommy takde la nak stress sangat. Ini dah almost RM900 dah sehingga bayaran ke 6 (Ogos) ini. Aduhai.

Untuk rekod, rumah Mommy ni jenis Service Residence. Harga around RM360k. Booking cuma RM1k. Dapat 10% diskaun dari developer (rezeki tak perlu bayar deposit 10%) dan loan cuma dapat 85% sahaja (nama pun kerja private, pastu kalau ada apa2 komitmen lagi, dia akan reduce lagi loan). Sobs. Ok la. Kalau 100% loan, bulanan tinggi woo!!

Setakat ini, bayaran PP seperti di bawah:

  • 1st payment (Mar) – RM517
  • 2nd payment (April) – RM535
  • 3rd payment (May) – RM655
  • 4th payment (Jun) – RM684
  • 5th payment (July) – RM706
  • 6th payment (Aug) – RM893

Dan akan bersambung lagi..

Berapa amaun deposit air & elektrik rumah baru Mommy tu?

bayar-deposit-air-elektrik-rumah-idaman

RM760!! Kena selesai dalam tempoh 14 hari beb!!

Menangis dalam hati. Biasalah beli rumah memang kena ada cash.

Bila rasa menyesal beli rumah, baik menyesal tak beli rumah! Betul jugak!! Tq Ujang kasi semangat sikit kat den. Macam tu la jiran kan? Hehehe. Marilah berhuhuhu.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.