SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA DARI PEDOFIL

SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA DARI PEDOFIL, Ya Allah!! Pagi yang sangat menakutkan apabila Mommy menonton video ini.

Apa yang Mommy nampak?

Usia Muda
Perkenalan dari internet seperti WeChat & BeeTalk
Perjumpaan tanpa teman lain
Pemangsa kalau tengok dah macam ayah-ayah pun ada

Pemangsa siap ‘grooming’ atau mendidik mangsa untuk dapatkan kepercayaan mereka serta mendidik mangsa bagaimana hendak menjadi pemuas nafsu pedofil. Sick!!!

APA ITU PEDOFIL

Pedofil adalah kecenderungan seseorang dewasa sama ada lelaki atau wanita untuk melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak. Sesiapa sahaja sekeliling kita boleh jadi seorang pedofil. Tiada kriteria tertentu yang boleh kita agak. Namun biasanya mereka ini biasanya nampak seperti penyayang, dipercayai namun bijak menyimpan rahsia.

Terkini, kes Richard Huckle, Pedofil warga Britain yang dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku salah terhadap 71 pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia. Richard Huckle ni bukan sekadar pedofil biasa. Dia bukan sahaja suka kepada kanak2, bahkan mahu aktiviti-aktivitinya itu dirakam, diiktiraf dan dibangga-banggakan oleh golongan pedofil lainnya, melalui laman web tersembunyi digelar “dark web”.

Mangsa Richard Huckle paling muda ialah bayi berusia 6 bulan. Perlakuan Richard Huckle bermula dari tahun 2006 hingga 2014 ketika dia berada di Malaysia. Dia menggunakan kerjayanya sebagai guru tuisyen sambilan bagi mendekati kanak-kanak.

Kes sebegini secara tak langsung membuka mata orang ramai dan mungkin ada yang cuba mencari jalan untuk terlibat dalam kumpulan2 yang didedahkan semasa siasatan terhadap Huckle dibuat.

Ish.. Taknak la cerita pasal dia..

SEBAGAI IBUBAPA, APA YANG PERLU KITA BUAT?

PANTAU & KAWAL

Dengan kemudahan dari pelbagai sudut iaitu internet, pergaulan bebas, tiada kawalan keluarga (parent terlalu sporting), masalah keluarga, semua ini sebenarnya salah satu penyumbang kepada masalah2 yang terjadi. Pedofil selalunya target anak-anak yang mudah ‘diserang’ atau yang tidak diambil tahu (tiada kawalan keluarga), atau pun mereka dari mula sudah berjaya mendapatkan kepercayaan dari keluarga. Lihat sahaja si Huckle, bekerja sebagai guru English, dengan sikap dan gayanya yang dianggap baik, mana mungkin orang berprasangka bukan-bukan. Bahkan target Huckle sendiri ialah anak-anak yang dari golongan keluarga miskin. Lagi mudahlah!

Dari video di atas, remaja tersebut menunjukkan cara komunikasi mereka melalui wechat & beetalk. Kemudahan internet yang makin mudah diperolehi, maka sangat mudah jenayah pedofil ini berleluasa. Muda-muda lagi dah pandai berchatting bagai. Otak belum matang, seronok sangat bila berchatting tu, mereka tidak sedar yang diri mereka sedang ‘masuk dalam jerat’.

Sebagai ibu bapa, pastikan pantauan dibuat mengenai ini. Larang anak-anak anda untuk sembunyikan sebarang katakunci laluan akses telefon mereka, atau sebarang aplikasi. Bagi had masa untuk mereka layari internet atau berchatting ni. Well. No phone after 8 pm. Minta anak-anak serahkan telefon masing-masing sebelum masuk tidur. We rule them! Bukan mereka. Eh jangan la macam askar pula. Minta elok-elok la. Pujuk mereka. Jadi, tiada lah mereka nak terasa dan berahsia sangat.

PELAJARAN

Seawal usia lagi, sebagai ibubapa perlu didik anak mengenai ancaman pedofil. Pensyarah Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal berpendapat kekurangan pengetahuan mengenai gangguan seksual terhadap kanak-kanak menyebabkan kebanyakan kes seumpama itu tidak dilaporkan.

selamatkan-anak-anak-kita-dari-pedofil
credit : WikiHow

Didik anak tentang bahagian yang tidak patut disentuh oleh orang lain dan katakan TIDAK jika ada orang cuba menyentuhnya. Minta anak-anak cepat-cepat laporkan kepada ibubapa kalau ada perkara yang bukan2 terjadi kepadanya.

Jangan selamba tinggal anak-anak dengan orang yang tidak kenal. Even yang kenal pun kita perlu hati-hati. Mentaliti orang-orang kita biasanya “ala..dengan pakcik dia je pun, dengan abang dia je pun”. Jangan mudah percaya walau saudara sendiri. Maaf jika kasar, tapi sudah terlalu banyak kes ‘haruan makan anak’ dan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Nafsu beb. Bukan kita tahu nafsu manusia ni. Pergi mana-mana, bawa je anak. Perkara macam ni menakutkan sangat bila difikirkan siapa pedofil. Kadang-kadang dalam keluarga sendiri. Ngeri tak? Penat-penat jaga takut orang luar, keluarga sendiri ‘ambil alih’. Aduhai. Kalau yang remaja tu, pastikan anda keluar berteman. Janganlah tunjuk berani sangat wahai sayang. Paling teruk, risiko dirogol. Dah banyak sangat kes rogol yang bermula dari kenalan internet ni.

AGAMA

Terapkan nilai agama dalam kehidupan. Ini paling utama kot. “Kalau ingat dosa, kita takkan berani buat perkara tidak senonoh”. Ya. Kuatkan agama. Itu sahaja. Cakap macam senang je, tapi itu je senjata kita. Bekalkan agama untuk anak2, untuk kuatkan hati mereka (anak yang matang). Anak2 tak matang pun bijak sebenarnya. Bila diberi didikan seperti diterangkan di atas (tentang sentuhan, private parts, etc) dan diterapkan dengan didikan agama seperti “abang/pakcik tak boleh tengok *** saya, tak boleh pegang *** saya sebab dosa”, itu sahaja sudah cukup untuk mereka. Tak cukup? Pantau lah. Itu yang utama kalau tahu anak2 itu kecil dan belum matang.

SEBAGAI MANGSA, APA YANG PERLU ANDA BUAT? APA PULA TINDAKAN ORANG SEKELILING?

Andai anda (yang dah boleh berfikir secara matang), jangan diamkan diri. Namun ada sesetengah mangsa, tidak tahu yang mereka telah ‘diserang’ secara seksual. Cara kita sebagai keluarga, habiskan masa bersama selalu dan sentiasa pantau aktiviti mereka. Apabila mangsa mengadu, jangan dibiarkan begitu sahaja. Andai mereka takut dan minta rahsiakan, fahamkan mereka yang ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan. Pastikan anak2 itu tahu, walau apa pun yang terjadi, kita bersama mereka. Sokongan dari ibubapa amat penting. Jika lihat ada yang seperti tidak kena, tanya anak-anak tersebut. Bukan buat derk. Paling penting ialah PERCAYAKAN ANAK. Siasat kemudian.

Scary. Seriously scary. Yang dijaga terkorban, apatah lagi yang terbiar. Allahu.

Doa dan tawakkal sahaja senjata kita. Jangan pernah berhenti berdoa. Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami. Amin.

Kini satu dunia kecoh mengenai Huckle tu. Dia mesti bangga bila semua orang takut orang macam dia. Cis!!

Bacaan:

10 Replies to “SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA DARI PEDOFIL”

  1. Besar tanggungjawab kita, nak besarkan anak sangat mencabar, hanya pada Allah swt kita bersandar dan meminta .
    umminani recently posted…AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADAMy Profile

    1. betul.. sgt2 mencabar. takut pun ya

  2. Ishhh takutnya kalau berhadapan dengan orang macam ni… masalahnya kita tak tahu pun keadaan macam ni boleh berlaku… Marilah kita sama-sama berdoa, Semoga ahli keluarga kita terselamat daripada kejadian macam ni..
    Anuar recently posted…Teknik PERCUMA Pemasaran Facebook. Download sekarang!!My Profile

    1. exactly. kita tak tahu. tp pantau selalu tu la penting.. doa dan tawakkal

  3. risau… nampak caring loving… rupanya sick people… T_T

  4. Astagfirullahalazim.. semoga anak-anak kita dilindungiNya. Amiin

    1. Amin. Scary sgt. Hati2 pos pic anak..

  5. sangat menakutkan…zaman yg penuh cabaran buat ibubapa…

    1. mudah2an anak2 kita terpelihara selalu. amin

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.