OP SELAMAT 9 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2016 DILANCARKAN BERMULA HARI INI

OP SELAMAT 9 | Setiap kali perayaan, kita boleh lihat terlalu banyak kes yang melibatkan kemalangan jalan raya dan yang paling menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.

Dan OP Selamat Sembilan telah dilancarkan bermula hari ini, 29 Jun 2016 dan berakhir pada 13 Julai depan.

op-selamat-9-sempena-hari-raya-aidilfitri-2016-dilancarkan-bermula-hari-ini

Op Selamat

Op Selamat (Operasi Selamat) (dahulunya Ops Sikap (Operation Attitude) dan Ops Statik) adalah operasi keselamatan trafik yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia untuk memastikan keselamatan di semua jalan di Malaysia semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri , Deepavali , Krismas hari dan Tahun Baru Cina. Operasi ini bermula pada tahun 2001 dan turut melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

SIDANG MEDIA OP SELAMAT 9

Petikan kata-kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani ketika merasmikan OP Selamat Sembilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam semalam:

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus komited memberi kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya termasuk Op Perangkap Had Laju & Op Roda di kawasan yang seringkali berlaku kemalangan jalan-raya agar keselamatan pemandu dapat diberi keutamaan.

OP Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri Sembilan akan mula berkuatkuasa esok (hari ini 29 Jun) dan berakhir pada 13 Julai depan.

Dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, PDRM turut memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan nanti.

“Maklum kepada pihak polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai polis berdekatan, Portal Rasmi PDRM atau Sistem SMS Rakan COP” – Sumber : Facebook PDRM

Jadi, bersempena Op Selamat 9 ini, polis akan menempatkan pusat kawalan ‘subtek‘ terutama di 40 lokasi utama berlaku kemalangan maut di seluruh negara. Subtek merupakan unit kecil polis yang lebih memberi tumpuan di kawasan ‘black spot‘ untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan melancarkan aliran trafik. Lokasi subtek yang terdiri daripada empat zon iaitu Utara, Tengah, Selatan dan Timur itu merangkumi pusat kawalan untuk menyediakan laporan, statistik, carta selain menjadi koordinasi dengan Bilik Gerakan Trafik di Bukit Aman.

PENDAPAT MOMMY

Memikirkan 2 perkara ini iaitu keselamatan di jalan raya ketika pulang ke kampung dan juga keselamatan rumah yang ditinggalkan sepanjang musim raya memang merisaukan Mommy. Namun, Mommy letakkan tawakkal dan doa moga Allah sentiasa pelihara Mommy & keluarga serta rumah kami terjaga dari sebarang perkara yang tidak diingini.

TIPS UNTUK PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG

Antara tips yang perlu kita titikberatkan sebelum dan semasa memulakan perjalanan ke kampung ialah:

  1. Rancang perjalanan kita (check traffic, sangkut jem, naya!)
  2. Pastikan kenderaan kita diperiksa sebelum memulakan perjalanan (Temperature, Tayar, Tayar ganti diisi angin, Minyak, Air, etc. Adalah lebih selamat untuk kita servis kereta terlebih dahulu)
  3. Pakai tali pinggang keselamatan
  4. Baca doa memulakan perjalanan
  5. Pastikan muatan di dalam kereta tidak terlalu berat
  6. Jangan sengaja berhenti di lorong kecemasan
  7. Elakkan memotong kenderaan lain melalui lorong kecemasan (boleh report jika ada yang salah guna lorong kecemasan)
  8. Beri tumpuan sepenuhnya ketika memandu
  9. Pastikan jarak kenderaan adalah selamat dari kenderaan hadapan
  10. Jangan memandu secara bahaya (laju dan mementingkan diri)
  11. Jika letih, berehat sebentar di mana-mana perhentian (RnR) atau tukar pemandu
  12. Jangan main telefon ketika memandu (whatsapp, facebook, ig, twitter, game, etc!)

PETUA SEBELUM TINGGALKAN RUMAH

Satu lagi perkara yang Mommy nak kongsi ialah petua sebelum meninggalkan rumah kita. Selain yang dinasihatkan polis untuk dapatkan Borang Maklumat Balik Kampung seperti di atas, sebagai orang Islam, adalah lebih baik jika kita turut amalkan dengan cara di bawah.

Selepas kunci rumah, letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, dan kemudian baca doa2 di bawah:

  1. Mengucap 2 kalimah syahadah (1x)
  2. Selawat ke atas nabi (3x)
  3. Baca Ayatul Qursi (1x)
  4. Baca Ayat 9, Surah Yasin iaitu  “WA-JA ‘ALNA MIN BAINI AIDIIHIM SADDAN WA MIN KHALFIHIM SADDAN FA AGHSYAINAAHUM FAHUM LA YUBSHIRRUN”. Maksudnya : dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
  5. Lafazkan zikir “Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi ‘l-‘aliyyi ‘l-‘aẓhīm”. Maksudnya : Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya.

Tidak susah kan?

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. InshaaAllah. Selamat pulang beraya. Ingatlah yang tersayang ketika memandu. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.