HANNAH DAMIA & 1ST DAY PUASA

Mommy dah nekad nak ajak Hannah Damia berpuasa 1 ramadhan, bersamaan 060616 ini. Jadi jam 5 pagi dah kejut bangun sahur.

HANNAH DAMIA 1ST DAY PUASA

“Kakak.. Jom makan? Kata nak puasa.”

~~kroih.. kroih.~~

“Ooo.. Kakak tak nak Pony la eh”

“Oo.. Ok Mommy. Kakak bangun”

Huh. Sanggup tu. Well, mungkin buat permulaan untuk ajar APA ITU PUASA DAN BAGAIMANA BERPUASA, kita kena sediakan reward. Baru nak masuk 6 tahun lagi pun.

Bila dah besar gajah minta reward juga, memang kena debik la.

Perasaan teruja Mommy nak ajar puasa yang datangnya sebulan, sekali dalam setahun memang lain feelnya. Bab solat paling utama dah teruja sangat2 dah sejak Hannah mula solat sendiri tahun lepas (4y+). Dan apabila dah maintain amal solat tu, kita arahkan keterujaan ke perkara lain pula.

SAHUR PERTAMA HANNAH DAMIA

Ketika sahur, Mommy cuba explain yang puasa ni wajib. Bukan seronok-seronok. Orang Islam semua kena solat dan puasa. Nanti lepas kakak sahur ni, kakak kena solat subuh.

Makanan pilihan cuma Roti bersadur Spread. Tak mahu nasi. Erm. Risau juga Mommy. Tahan ke.

Eh.. korang tak pelik ke Mommy tak snap gambar masa sahur tu? Mommy pun pelik. Huhu. Fokus makan je masa tu. Hii.

Selepas sahur 2 keping roti spread, kakak minta nak tidur semula. Mengantuk katanya. Solat? Jam 7 pagi selepas bangun semula dan siap mandi. Hehe. Ok la tu. Dari tak buat.

SEMANGAT PUASA

Semangat puasa itu ada sepanjang perjalanan ke sekolah. Mommy kena sentiasa ingatkan kakak puasa. Tak boleh makan masa Zohor dan Asar. Angguk2 kakak tanda setuju dan faham. Well. Demi Pony. Adoi.

HANNAH DAMIA & 1ST PUASA

Adik dah sporting sikit sekarang. Dah sudi ‘pis’ masa Mommy snap. Well.. ada yang tanya. Kenapa port mereka posing sama je? Haha. Mommy memang sengaja snap di situ sejak 2015 lagi tau.

Nampak muka ceria si kakak tu? Well Mommy harap sampai ke petang.

MASA BERLALU

Jam dah menunjukkan 130 petang, Mommy dapat update dari Teacher LC mengenai Hannah. Masih aktif dan banyak cakap. Haha. Walhal dah pesan jangan banyak cakap sangat, nanti letih. Bila ditanya hendak makan atau tidak, jawapannya tidak. Hati Mommy dapat rasakan yang kakak mungkin betul2 tahan lapar sebab tiada seorang pun kawan2 sebayanya makan.

Jam 330 petang, persoalan sama muncul. Apakah Hannah masih bertahan? Jawapan teacher, Hannah memang tak makan atau minum, dan sekarang tengah tidur.

Ok confirm kelaparan bila bangun nanti. Kenal sangat anak Mommy yang kuat makan tu. Hihi.

HANNAH BERBUKA PUASA

Akhirnya, ketika Mommy sampai untuk ambil mereka 2 beradik, kakak dah monyok muka. Bila ditanya, jawapannya satu sahaja. Kakak lapar. Hahaha..

HANNAH DAMIA & 1ST PUASA

Suruh tahan lagi 2 jam, menangis dia. Hihi.

“ALLAHHUMMALAKASOMTU..” jam 530 petang. Mengalah jua akhirnya.

Anyway, tahniah kakak. 1st day puasa berjaya tahan lama macam tu. Nanti Mommy hadiahkan Pony. Tapi, kalau 30 hari puasalah. Ekeke.

Esok puasa lagi ya sayang?

UPDATE

07062016 – 2nd day puasa. Berjaya puasa full day walaupun dugaaan melanda jam 645 petang. Hampir berputus asa lagi jam 7 dan 715 petang. Akhirnya berjaya juga tahan. Hihi. Tahniah kakak. Tapi makan tak berapa banyak. Nasib baik nak makan roti jala.

08062016 – 3rd day puasa. Berjaya penuh lagi. Yeay. Hari ni kurang cranky. Berbuka dengan senyuman dan sangat tak sabar nak makan. Banyak nasi tadi.

17 Comment

  1. Selamat belajar puasa Hannah.. alahai kesiannya tengok muka.. dah monyok dah… takper, esok boleh cuba lagi… anak-anak uncle pun dulu macam tu juga..
    anuar recently posted…Sekitar Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah AlamMy Profile

    1. Tq uncle. Insha Allah. Esok kuat kot.

  2. hebat la tu nak jugak puasa. Arreessa dah cakap awal awal kakak taknak puasa ” mati la kakak kalau tak makan” .. penuh drama dia tu. tahniah hannah.. minta kt mama duit raya extra sikit..hihihi

  3. Tahniah kakak, along baru start puasa hari ini..doakan along berjaya macam kakak yer.. comel la kakak… tahniah utk kakak dari ummi.muahhh
    umminani recently posted…Cik Sarah Anak Perempuan Tunggal – Suka Melaram Dengan Baju Abang-abangMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      yeay. jom tengok hari ni macam mana pulak. hehehe. Tq ummi nani..

  4. sedih plak tengok muka dia letih lesu tuh…apapun tahniah kakak….so hari ni puasa tak?
    Suriaamanda recently posted…IG Suriaamanda Kena Boom oleh blogger El- DarwinaMy Profile

    1. yup. puasa lagi. hehehe.. hari ni makan nasi banyak

  5. alhamdulillah… tahniah kakak!… cuba lagi ye… nanti jangan lupa mintak mommy Pony besar punya!
    rozita recently posted…10 Tips untuk ibu menyusu di bulan RamadhanMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Ye la kak.. dh 2 hr mintak ni..hiii.. 2nd day berjaya puasa penuh..

  6. Kena cuba lagi tu.. tak lama konfem dapat abiskan sehari puasa.. chaiyok2
    Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Cinta 11 Syarat Full EpisodMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Aah. Hari kedua dah berjaya full

  7. alhamdulillah baru belajar berpuasa kan. kena flexible juga ye tak
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Kurangkan Visceral Fat Dengan Mudah dan SelamatMy Profile

    1. senang kejut sahur. setakat ni belum minta lagi taknak puasa. so teruskan je la. hehehehe

  8. Akhirnya berjaya juga dia puasa penuh pada hari kedua.. tp kira power lah sampai jam 5.30 pm bertahan masa hari pertama berpuasa..

    Salam Ramadhan 🙂
    Aretikz recently posted…Oh CarwashMy Profile

    1. tu la. Alhamdulillah.

  9. Alhamdullillah. Semoga jadi anak yg solehah. Amiin

Leave a Reply

CommentLuv badge