WALAU DI TENGAH KOTA, SELERA KAMPUNG TETAP DICARI. THE GRAND CAMPBELL HOTEL JAWAPANNYA

Bulan Puasa dah dekat. Untung sangat rasa diri ini apabila dijemput ke Majlis Rasa Juadah Pra Ramadhan di Dewan Bunga Raya, The Grand Campbell Hotel, KL pada hari Khamis malam (26 May 2016) baru-baru ini.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya

Ini merupakan kali kedua untuk Mommy merasa juadah berbuka puasa ala-ala makanan kampung selepas Sajian Nostalgia di Seri Pacific Hotel KL baru-baru ini.

Gadget : Note5

“SELERA KAMPUNG”,  TEMA IFTAR DI GRAND CAMPBELL HOTEL, KL

Bertemakan “Selera Kampung”, hiasan terhidang kemas dan menarik di bahagian belakang dewan. Siap dengan tempat solat untuk memudahkan para tetamu menjamu selera tanpa perlu keluar dewan.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-rayaiftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (20)

MENU BUFFET RAMADHAN

Menu yang disediakan sangat menarik dan ‘kena’ dengan tekak Mommy. Memang rasa macam makan di kampung. Well, Mommy ni memang ada masalah memilih makanan (picky eater.. hihi). Tapi, malam tadi Mommy boleh katakan yang Mommy ada cuba semua jenis makanan yang disediakan, boleh dikatakan memuaskan hati Mommy. Menurut pihak hotel, Chef Mohamad Nor yang menyediakan juadah ini berpengalaman lebih dari 41 tahun. Fuh. Orang ‘lama’ punya skill mana boleh dinafikan. Ye tak?

PEMBUKA SELERA – APPETIZER

Jom Mommy kongsi gambar pembuka selera yang disediakan pihak hotel. Antara menunya ialah tauhu sumbat, bergedil ayam, kerabu sotong, kerabu betik, acar jelatah, bubur lambuk dan sup ekor.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (14) iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (14)

Mommy suka sangat bergedil, kerabu sotong dan bubur lambuk. Memang sedap!! Kalau anda berpeluang ke sini, jangan lepaskan peluang merasa bubur lambuk tau. Serius sedap.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (4)

Rezeki Mommy la dapat rasa dahulu ni. Memang recommended untuk anda makan. Sedap, tak tipu!!!

HOT DISHES

Antara hot dishes yang disediakan pula ialah Lala Berlada (fresh dan pedas!! Fuh), Mutton Masala, Ayam masak Merah, Daging Salai masak Lemak Cili Padi (aduh pedas masak lemak ni), Ikan masin masak Lemak dengan Nenas, Sambal Udang, Siakap 3 Rasa (wajib makan, sedap!!), Pari Asam Pedas (macam lepak Melaka.. sedapnya), Kailan Ikan Masin dan Kangkong Goreng Belacan untuk dimakan bersama Nasi Putih atau Nasi Briyani.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (4) iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (4)iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (4) iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (4) iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (4)

Ya Allah. Mendidih perut Mommy tengok gambar-gambar ini masa menulis entri ni. Rasa nak makan lagi dan lagi. Memang power betul chef ni.

CARVING SECTION

Kambing Golek. Mana boleh tiada dalam menu kan? Mommy first time cuba makan kambing bakar masa kat Pacific Hotel hari tu. Since then, bila datang majlis pra rasa untuk ramadhan macam ni, mesti tercari-cari menu kambing juga.

Tadaaaaaa. Chef dah potong siap2 kat luar hotel. Masa Mommy sampai, ada nampak kambing golek tu kat luar dewan.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (3) iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (3)Rasanya not bad. Mommy boleh pergi ambil lagi sekali untuk makan. Tamak ke? Ahh. Makanan sedap la wahai sayang-sayang. Rugi tak makan. Ok tak alasan?

Roasted Whole Lamb ini didatangkan dengan 3 jenis sos berbeza iaitu Black Pepper sauce, Rosemary Sauce dan Mushroom Sauce. Mommy pilih Black Pepper.

KAUNTER MINUMAN

Air dan menu2 MAKANAN diatas akan bertukar 2 minggu sekali. Pada malam majlis pra rasa ini, air yang disediakan ialah Sirap Bandung dan Soya. Mulanya Mommy tercari-cari air panas. Menurut pihak hotel, air panas seperti teh tarik akan turut disediakan kelak. Ok good to hear.

PENCUCI MULUT

Pencuci mulut yang disediakan sangat banyak! 3 meja dia letak. Hehe. Cantik dekorasi pula tu. Mommy bagi A dari segi presentation.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (1) iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (1)

Nampak tak? Selain kuih muih, wajik, dodol, tapai ubi, tapai pulut, kuih muih tradisional, bubur kacang hijau dan buah-buahan tempatan, ada jeruk guyssssssss!! Mommy teruja sangat! Haha. Tapi, bila makan, buat muka. Masam. Hahaha.

NOODLE SECTION

Menurut pihak hotel lagi, noodle section ini akan bergilir-gilir tukar menu. Contohnya menu malam ini, kami disajikan Mee Kari, dan menu lain ialah Mee Sup.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (19)

HARGA & PROMOSI

Harga untuk Iftar Selera Kampung ialah RM65 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (21)

Untuk anda yang berminat untuk menempah awal, ada promosi menanti anda. Cuma RM55 untuk dewasa!! Yeay! Murah tu. Untuk makanan super sedap di tengah kota dan dewan besar yang mampu menempatkan 300 tetamu sekaligus, ia adalah tawaran yang baik.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (13)
Lekas hubungi pihak hotel untuk tempahan harga promosi

LOKASI HOTEL

Mommy ikut je jalan Dang Wangi. Semudah itu arahan Encik Daddy masa Mommy tanya tau. Memandangkan Mommy terbiasa orang drive, memang Mommy tak ambil port la bab hafal jalan. Mommy pernah datang ke hotel ini pun tahun lepas. Memang susah untuk ingat jalan. Itu Mommy la. Walhal, bila dah sampai semalam, barulah Mommy sedar. Mudah je rupanya. Betul-betul tepi Balai Polis Dang Wangi. Penat je siap sesat-sesat. Hahaha. Kalau yang datang dengan Public Transport, Mommy sarankan naik tren dan turun di SOGO. Lintas jalan je dah sampai the Grand Campbell Hotel ni. Parking untuk anda yang datang menggunakan kereta, teruskan je ke tingkat 4 di mana Dewan Bunga Raya itu berada. Harga parking ialah RM4 sejam, tetapi jika anda dapatkan cop di lobi hotel sebagai tetamu Iftar sepanjang bulan ramadhan ini, anda hanya perlu membayar RM5 sahaja untuk sekali masuk. Tidak mengikut jam.

KOMEN MOMMY

Tau tak apa yang Mommy rasa sepanjang makan di sini? Santai habis!! Anak-anak berlari2 dan bermain tanpa rasa risau. Muzik alunan lembut dan mendamaikan sepanjang Mommy menjamu selera, dan memang tidak sedar masa yang berlalu. Apa lagi yang nak risau. tempat solat disediakan dalam dewan yang sama! Tak perlu jauh-jauh. Makan sedikit, pergi solat dan sambung makan. Senang hati.

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya

Menarik kan? Cuba tau..

KBBA9

Tq kak Dell sudi jemput Mommy dan KBBA9 team yang lain. Enjoy sangat!

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (10)
Dari kiri : Kak Nina, Mommy, Kak Dell, Ayue, Razi

Sebelum balik tu, tau tak Mommy jumpa siapa? Tadaaaaaaaaaaa..

iftar-selera-kampung-di-the-grand-campbell-hotel-kl-dewan-bunga-raya (9)

Stylo pula tengok pelikat pant dia tu. Tapi slim macam dia ok kot pakai? Muka beliau flawless uols. Kalah mak. Huhu

33 Comment

  1. Kelaparan melampau tengok menu2 tu semua erghhhhhhhhhh
    Julia Johari recently posted…CINTA SATE Sanggup Menapak Jauh Semata Nak Makan Sate Fresh!My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      huhu.. yg menaip pun dah menitik2 air liur. ekeke

  2. Lokasi mmg cun dah… Kalau plan nak shoping sogo boleh trus ke sini… berbuka dgn relax n santai… Harga pun ok…
    Lan Careno recently posted…Hipster! Cafe K4M1 Lounge bertemakan vape hanya sediakan menu dietMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Betul tu. Menarik idea lepas makan g shopping. Hehehe. Sebab mmg dekat sgt.

  3. sedap.. kambing bakar memang sedap.. heheh bnyak tempat iftar yang boleh dipilih

    1. YB Shehan says: Reply

      baru kali ke 2 makan kambing kt hotel. kalau dulu asyik larikan diri je dari makan. hehe

  4. wahh bestnya dekat dengan sogo.. Boleh nanti pegi jalan2 kat sana.. kambing itu tergoda kjp
    Aku penghibur recently posted…Pengaruh Kes Viral : Izeara Extravaganza Memang Tak Panas !!My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      aah. dekat sangat. hehe.. dtg kl info tau. leh bbuka skali. ewah

  5. Lapo la plak..nampak menyelerakan..

    1. YB Shehan says: Reply

      mmg sedap beb..

  6. Bubur lambuk dia memang sedap!
    Nina Mirza recently posted…Resepi Puding Yeo’s Yeogurt bersama Cincau | Mudah dan berkhasiatMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      kan. suka gila. ayue pun sampai bangun la pegi ambil lagi. hehehe

  7. Menu semua sedap-sedap..rasa lapar pulak..

  8. Dekat sgt dgn opis nnt leh cuba
    Shiqeen Sattar recently posted…Projek Wakaf Telekung Siti Aishah RM35 Sahaja!My Profile

  9. uii..sdapnya menu dia..:)

  10. nampak sedap belaka semuanya! terbaikkkkk 😉
    Hanim Hashim recently posted…Raikan Cuti Sekolah Bersama “Finding Dory” di Sunway Pyramid!My Profile

  11. Lauk kampung tetap jadi kegemaran. 🙂
    YULIA FAJRIN recently posted…BERBALOI KE TENGOK FILEM X-MEN: APOCALYPSE?My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      kan. rindu kampung. tapi makanan ni mmg pure sgt macam ‘org lama’ masak

  12. membaca takala perutt tgh lapar..rasa nak ngap jer semua… nyummy

    1. Mmg lapooooo

  13. Selera betul tgk lauk2 kat sini. Lagi2 part kambing.

    1. YB Shehan says: Reply

      Sedap afiq. Rugi x join. Hihi

    2. Kan.. sy yg x minat terus jadi tercari2.. hehe

  14. Mata SA lebih tertumpu ke kambing Bakar…all time fav….

    1. YB Shehan says: Reply

      Huhu.. smua org aim tu kn? Hihi

  15. Banyaknya menu kat sini. Fuh! Kalau datanh bulan puasa, mkn sikit sikit dapat la rasa semua juadah..
    dkna abza recently posted…Nikmat Balik KampungMy Profile

    1. Banyak kan? Mmg hr tu mkn ns sikit je sbb nk rs smua. Hihi

  16. Ini memang Rare…. Masakan Kampung di tengah Kota… Memang ramai orang cari… Terutamanya warga kota yang rindu masakan ibu di kampung….
    Anuar recently posted…Reaksi Wajah Penumpang Bila Driver Uber yang mereka hubungi memandu Kereta Bugatti!My Profile

    1. Kena cuba. Mmg best

  17. best2 semuanya, mesti cuba ni kan
    Raihanah Ahmad recently posted…Apa Yang Menarik Promosi Shaklee Jun 2016My Profile

  18. astaghfirullaahal’azeem…. salah klik entri la pulop time2 cenggini… erkkkkk….. dapnyerrr kemben…

    1. YB Shehan says: Reply

      ngeh2. ku sengaja elak tekan2. hahaha

  19. thanks infonya.. yummy enak nan ya..
    Sekolah Kapal Pesiar recently posted…SEKOLAH KAPAL PESIARMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.