“SAJIAN NOSTALGIA”, BUFFET RAMADHAN DI SERI PACIFIC HOTEL, KL

Wah.. Bulan puasa bakal menjelma tidak lama lagi. Dan pastinya, kita dapat lihat pelbagai promosi yang dibuat oleh hotel-hotel  dan restoran-restoran mengenai Buffet Ramadhan. Mommy sebenarnya sejak ada anak-anak kecil ni, memang susah sangat kalau nak join ke Buffet Ramadhan kat hotel contohnya. Susah. Nanti tengah nak makan dengan aman, macam-macam je perangai. Tapi, sekarang ni, rasanya dah boleh kot. Sebab anak-anak Mommy dah besar. Boleh dibawa ke majlis la kot Inshaa Allah. Dan Mommy ada satu cadangan tempat terbaik di KL untuk anda cuba.

Malam tadi, Mommy bersama team KBBA9 diberi peluang untuk merasai sendiri Buffet Ramadhan, di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan Sajian Nostalgia, ia memang betul-betul menambat hati Mommy dengan setiap hidangan klasik dan tradisional yang dihidangkan. Rasa macam balik kampung!

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (15)

MENU BUFFET RAMADHAN – SAJIAN NOSTALGIA DI SERI PACIFIC HOTEL

Berfokuskan konsep gerai, gerai penjaja  dan gerai makanan dibina oleh pihak Hotel untuk menghidangkan pelbagai juadah berbuka puasa yang lazat dan bercirikan tradisional untuk dinikmati.

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur

Antara “Sajian Nostalgia” yang bakal dihidangkan antaranya ialah:

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (1)
Sup Gearbox super duper delicious!
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (1)
Lauk Pauk Kampung Wajib Makan!
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (1)
Nasi Briyani Gam
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (1)
Burger (Besar Weh! Sedap sangat sangat sangat!)
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (17)
Chef menyediakan Burger. Mommy request half sahaja sebab memang besar!
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (1)
Roasted Marinated Whole Lamb. Terkejut dengan diri sendiri sebab makan Kambing malam tadi. Sangat2 lembut dan sedap!
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (3)
Masak Lemak Siput Buloh
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (3)
Gulai Ikan Patin Tempoyak. Rare juga nak jumpa sajian ini ketika bulan puasa.
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (3)
Sambal Tumis dengan Petai. Ya Allah ni superb sangat2 rasa. Sedap amat. Udang besar dan fresh. Fuh. Silap betul ambil sikit sahaja. Masih rindu kesedapan sambal udang petai ini.
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (3)
Kobis Lemak Putih yang Crunchy! Nyum. Memang kena sangat bila Mommy makan dengan sambal udang tadi.
sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (3)
Asam Pedas Ekor Lembu. Unik kan?

Tergugat ke tidak? Rindu kampung? Tidak mengapa. Datang makan sini dahulu. Pasti tidak menyesal. Meh Mommy sambung lagi.

ULAM-ULAMAN turut disajikan seperti Kacang Botol, Pegaga, Ulam Raja, Daun Kadok dan Paku Rawan. Selain itu, turut disediakan Kerabu Jantung Pisang, Salad, Perut Lembu, Nangka, Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nenas, Sambal Mangga dan Sambal Gesek. Fuh..

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur

PENCUCI MULUT yang menarik seperti Bubur Cha Cha, Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah dan Bubur Jagung turut disediakan sebagai sebahagian dari juadah berbuka puasa di hotel ini. Mommy actually tercari2 pulut mangga. Tak boleh move on lagi nak makan pulut mangga ni. Hihi.

Gerai Ais Kacang dan Popcorn juga turut menarik perhatian Mommy. Banyak bahan pula untuk ais kacang tu.

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (19)

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (20)
POPCORN!! Comel je.

STESEN MINUMAN. Air yang disediakan tidak kurang hebat dari segi kepelbagaiannya. Antara yang disediakan ialah Air Kacang Soya, Air Kelapa, Lai Chee Kang, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Air Kiwi, Air Kurma dan Laici. Mommy minum air kelapa bandung. Sedap.

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur
Kelihatan mak buyung NinaMirza sedang mengambil air. Hihi

PERSEMBAHAN GHAZAL turut disajikan kepada pengunjung sepanjang tempoh waktu berbuka puasa. Rasa layannnn je la masa makan nanti. Hihi.

HARGA BUFFET RAMADHAN

Pacific Ballroom

Harga buffet (5 Jun – 6 Julai 2016)

RM98.00 bersih seorang dewasa

RM49.00 bersih seorang kanak-kanak

PROMOSI

Tempahan Awal sebelum 15 Mei 2016, melayakkan anda mendapat harga RM70 seorang. Cepat2 tempah!!

Zende Restaurant, Aras Lobi

Harga buffet (8 Jun – 4 Julai 2016)

RM128.00 bersih seorang dewasa

RM64.00 bersih seorang kanak-kanak

KEMUDAHAN HOTEL

  • SURAU & TERAWIH – surau disediakan oleh pihak hotel untuk memudahkan anda solat Maghrib & Isyak tanpa perlu meninggalkan hotel. Sebanyak 4 bilik di Tingkat 6 dikosongkan menjadi surau sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jika anda ingin melakukan solat terawih, anda boleh ke masjid PWTC bersebelahan hotel ini.
  • TANDAS
  • WIFI

LOKASI HOTEL

Ianya bersebelahan PWTC dan berhadapan dengan Sunway Putra Mall. Jika berpeluang menginap di hotel ini pun, tiada masalah langsung jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar KL. Pengangkutan awam seperti Stesen Komuter PWTC dan stesen LRT berdekatan pasti membantu.

MAKLUMAT LANJUT

Alamat : Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Website : www.seripacifichotel.com

Facebook : facebook.com/seripacifichotel

Tempahan : 03-40426555 (Tel), Email : sales@seripacific.com / fbresv@seripacific.com

KOMEN MOMMY

Dari segi Menu, kepelbagaian dan kelazatan makanan yang tersendiri tidak mengecewakan Mommy dan pastinya juga tidak akan menghampakan anda nanti. Dari segi Lokasi, Mommy cadangkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti LRT & Komuter, jika anda tidak ingin tersangkut di dalam trafik sepanjang bulan puasa nanti. Dari segi Harga, jika tidak silap Mommy, pihak hotel masih mengekalkan harga yang sama sejak 3 tahun yang lalu. Dari segi keselesaan tempat makan, tempat ini sesuai untuk syarikat atau keluarga mengadakan perjumpaan majlis berbuka puasa. Jom, apa salahnya sekali sekala ‘reward‘ diri untuk makan pelbagai juadah dan sajian nostalgia yang jarang-jarang dijumpai pada bulan selain Ramadhan.

Enjoy!!

sajian-nostalgia-buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur (8)
KBBA9 TEAM!! U ROCK!!

30 Comment

  1. Nampak sedap..boleh try berbuka dekat sini nnt.
    azura recently posted…Ajar Widad menabung dengan SSPN i PlusMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Mmg sedap sgt. Recommended!!

  2. menarik.ni shehan…udan dan lemaknkubis tu menarik perhatian umminani
    masyaallah sedapnya.

    1. YB Shehan says: Reply

      Mmg itu yg ai mkn mlm td. Rasa nk tambah je. Sayur tu crunchy. Udang besar n segar. Sambal bau petai. Nyummmm

  3. Semua menu menarik dan menyelerakan..

    1. YB Shehan says: Reply

      Btul. Recommended kak

  4. Seri Pacific ni memang kerlas .. saya suka, kalau ke sana pwtc pasti nk singgah makan lagi2 utk buffet ramadhan.
    Nazlee Ismail recently posted…HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by PapaglamzMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Wah.. sy br 1st time cuba terus jth cinta ngn food dorg. Mmg x rugi dtg

  5. Kambing golek kat Seri Pacific Hotel ni memang uummphhh….!! Sedap…
    Lembut, empuk, moist gitu. Rugi lak semalam tak makan puas-puas
    Nina Mirza recently posted…Buffet Ramadhan 2016 di Seri Pacific Hotel bertemakan ‘Sajian Nostalgia’ yang menggamit kenanganMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Kan. Asyik knyg je.. x lrt nk jln kn? Hihi

  6. penuh timeline ai dengan buffet ramadhan….huhuhuhu
    hidangan biasa macam mak2 kita masak jer kannn…tapi sebenarnya itulah yg sedappp dan membuka selera anak kampung yang bekerja dibandar…
    tahniah seri pacific…memang sesuai tema …..
    ***huwaaaa nak jugakkkkkk
    saidila recently posted…Hai AnakMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Betul. Rindu kg terus..

  7. Bonda Zahra says: Reply

    Burger dia nmpk lain dr y lain lah.sedapnya!

    1. YB Shehan says: Reply

      Sgt sgt sgttt sedap..

  8. Waduhhh sedapppp nyer
    Shiqeen Sattar recently posted…Hampir mengamuk di Car WashMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Yup. Ada rezeki nk repeat lg..

  9. Besaqnya burger tu! Adoi laaa terliuq dah ni tgk semua pics makanan tu huhu

    1. YB Shehan says: Reply

      Besaq kak. Tu yg mntk half.. huhu

  10. Bila baca entri ni tiba2 rasa lapar lah pulak….. hehehe…
    anuar recently posted…Giveaway Carian Homestay MalaysiaMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Hihi.. teringat mkn smlm pn tmbh lpr jgk.. huhu

  11. Sedapni..jrg makanan kampung ada… lagi2 time blan puasa nanti..

    1. YB Shehan says: Reply

      Masa ramadhan lah sronok tgk mcm2 food kn?

  12. clear habisgambar..tengok gambar pun dah terliu..kene boormark ni..kot-kot nanti nak pergi..
    nadia johari recently posted…FARIZA MEMBESAR DENGAN SIHATMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Wajib2. Recommended

  13. Sup gearbox dgn gulai ikan patin tu mmg rare…jarang tau menu ni jumpa masa bulan ramadan di hotel…terbaiklah
    Julia Johari recently posted…PEMENANG REVIEW TERBAIK Ephyra Skin Nano Blogger Contest sudah keluar!My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Best sup dia. Cool kan?

  14. Gmbar2 serious cantik .. Hebat YB amek 😉

    1. YB Shehan says: Reply

      Ala.. ngan fon je. Smua guna dslr. Malu ai. Hehe

  15. Pergghhh.. banyak giler pilihan nak buka puasa nie.. rambang mata dibuatnya
    Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Ada Apa Dengan Cinta 2 Full MovieMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Aah. Huhu.. mmg rambang mata. Kena mkn pstu rilek2 n sambung balik mkn. Hahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.