PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK SECARA PERCUMA DENGAN MVM APPRENTICE 2.0

Khusus untuk semua yang masih mencari peluang pekerjaan ataupun berminat menjadi usahawan, anda memilih ‘sumber maklumat’ yang tepat apabila anda baca entri ini. Kenapa? Jom Mommy nak kongsi satu maklumat menarik mengenai perkara ini.

Sebelum itu Mommy nak tanya. Adakah anda tergolong dalam kategori di bawah?

  1. Berminat menjadi pengasas produk sendiri
  2. Berminat mengeluarkan produk sendiri
  3. Berminat menjadi usahawan
  4. Berminat menjadi pengasas produk secara PERCUMA???

Pergh.. Best kot. Mommy sendiri yang teruja sangat bila dapat maklumat ini tau. Sebab salah satu impian Mommy ialah menjadi seorang usahawan suatu hari nanti. Mungkin dah tidak perlu kerja makan gaji lagi. Manalah tahu kan? Tapi sayang, umur Mommy dah lepas. Tak cukup syarat untuk turut serta. Huhu. Wahai adik-adik sekalian, cepat-cepatlah rebut peluang sebegini ya.

APA ITU MVM APPRENTICE 2.0

Kalau baca tajuk entri Mommy ini, “PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK SECARA PERCUMA DENGAN MVM APPRENTICE 2.0′, anda mesti tertanya apa itu MVM Apprentice. MVM APPRENTICE merupakan program amal keusahawanan Muslim Volunteer Malaysia dengan kerjasama MOHA GROUP untuk memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda. Untuk pengetahuan, Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

Wow! Jadi, yang berminat untuk berniaga itu, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini!

EVENT : “Preview MVM Apprentice 2.0”

Bagi anda yang berusia 21 hingga 28 tahun, anda boleh sertai Preview MVM Apprentice pada 29 Mei 2016 ini. Program ini terbuka untuk semua graduan baru, mereka yang sedang memburu kerja, mereka yang ingin menjadi pengasas produk, mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan atau mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline. Setiap seorang peserta akan dikenakan bayaran RM20. Jika mendaftar secara berkumpulan (3 orang), bayaran dikenakan cuma RM30. Aduhai. Murah sangat jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal anda terima.

MEMULAKAN-BISNES-SENDIRI-mvm-org-my-preview-mvm-apprentice

PERHATIAN : TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA!! JADI CEPAT-CEPAT DAFTAR!! WHATSAPP SEGERA!

SIAPA PANEL MVM APPRENTICE?

panel-mvm-org-my-preview-mvm-apprentice

Panel-panel jemputan bertauliah dijemput untuk menyuntik semangat peserta dengan berkongsi tips penting dan berguna kepada para peserta nanti. Panel-panel tersebut ialah :

  • Encik Ya Muhammad – Seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.
  • Puan Yaya Mohamad – Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda.
  • Puan Shida Mohamad – Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Mudah sahaja. Cuma :

  • WhatsApp : “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini” ke 019 – 3874397 (Atiqah) berserta nama penuh; atau
  • FB Event : Klik “interested” / “going”di event kami di FB Preview MVM Apprentice 29 Mei 2016

MAKLUMAT PROGRAM

  • Terbuka untuk anda yang berusia 21 hingga 28 tahun sahaja, dengan minimum CGPA 2.5
  • Tarikh : 29 Mei 2016
  • Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Tempat : EZAZ Wealth Management & Consultancy
  • Alamat : No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor
  • Penganjur : Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Penaja Program : MOHA GROUP SDN BHD

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk :

HARAPAN MOMMY

Nak berjaya bukan mudah ye adik-adik. Kena usaha dan berkorban masa & tenaga dahulu. Mudah-mudahan impian adik-adik sekalian untuk menjadi usahawan berjaya termakbul. Amin.

Psst.. Cerita keluar topik.. Cita-cita Mommy nak buka Kedai Dobi. Ada orang nak tolong tak? Hehehehe

11 Replies to “PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK SECARA PERCUMA DENGAN MVM APPRENTICE 2.0”

  1. Umur 30 xleh ker huhu
    Shiqeen Sattar recently posted…Masjid Atau Surau Di Kawasan Lembah KlangMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      huhu. maaf ahkak. sedih jua diri ini. huhu

  2. Boleh lah afiq pergi nanti. Thank you kak Shehan atas info.

    1. YB Shehan says: Reply

      terbaik. mana tahu rezeki Afiq

  3. Jom kak join. Mana tau jadi macam Dato Vida. Hehe

    1. YB Shehan says: Reply

      umur dah lanjut. sob sob

  4. boleh la lisa kuarkan produk sendiri nanti ..keh keh keh…
    lisa recently posted…PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMAMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Lisa.. 2016 brp umur? Hukhuk #aijeles

  5. Sesuai utk yg baru nak mula bisness nihh

  6. Bagus program macam ni. Mendidik anak muda untuk berbisnes. Kalau hati kental terus jadi jutawan! Jutawan muda. Hehehehe.

  7. Siapa tak nak jadi jutawan. Minpi semua orang. Program macam ni memang bagus untuk pendedahan awal.

    Tapi kalau tiada komitmen, janganlah dicuba. Membangunkan produk sendiri itu komitmen besar, apabila kita bermula itulah satu-satunya fokus dan matlamat kita.

    Bukan boleh give up tengah jalan dan nak cuba yang lain pulak. Bisnes produk jenama sendiri ialah hisnes yang serius.
    Azwan recently posted…Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge