DIY HADIAH HARI GURU 2016

Salam. Mommy diberitahu yang Little Caliph Ukay Perdana akan mengadakan sambutan Hari Guru pada 18 May 2016. Dan tahun lepas, Mommy all out diy sendiri hadiah dan makanan untuk Hannah bawa ke sekolah.

Tahun ini, bukan setakat Hannah Damia je bersekolah di situ. Ariq Emir pun. Tetapi, semangat tahun ni untuk all out kurang. Tak tahu kenapa.

Hujung minggu kalau Mommy nak sediakan apa2 mesti boleh. Tapi sebarang research langsung Mommy tak buat. Jadi memang betul2 tiada rancangan.

Hari Isnin, 16 May, Mommy puasa. Memandangkan Mommy ada masa rehat selama sejam, Mommy pusing2 dahulu sekitar Ampang Point. Sekadar pusing2, langsung tak beli apa2 juga. Adeh.

Di rumah, Hannah dah mula menyebut.

“Mommy.. nanti kakak nak bagi hadiah kat teacher”

Ah sudah. Apa nak buat ni? Kalau bagi makanan sahaja, sah Hannah tak puas hati. Hmm.

DIY HADIAH HARI GURU

Maka, hari Selasa 17 May itu lah segalanya Mommy kena cari. Idea? Takkan nak buat diy botol kacang macam tahun lepas lagi? Akhirnya Mommy decide nak cari botol berbentuk bulb (lampu mentol).

diy-hadiah-hari-guru-2016

Mommy taknak letak sebarang makanan lagi dalam botol ini. Too mainstream. Jadi, nak lari sikit dari kebiasaan, Mommy try usha benda lain untuk isi bahagian dalam botol. Mula2, ternampak manik & sparkling. Too expensive. Dah la nak letak dalam 9 botol. Tak boleh. Lari bajet.

Jadi, Mommy ke DIY pula untuk mencari idea lain. Dan Mommy ternampak ini..

diy-hadiah-hari-guru-2016
PAPER SHREDS

Ya betul. Mommy cuma nak gunakan Paper Shreds untuk isi bahagian dalam bulb tersebut. Selebihnya Mommy perlu buat label dan perlukan tali untuk mengikat label. Itu sahaja.

Jadi bahan2 DIY TEACHER’S DAY GIFT ini cuma:

  1. Bulb Glass/Bottle
  2. Paper Shreds
  3. Rope/Ribbon
  4. Label

Mudah je kan?

Jom tengok gambar-gambar di bawah ya.

1. Masukkan paper shreds ke dalam botol.

diy-hadiah-hari-guru-2016

2. Label untuk diikat di botol. Penutup botol jangan pasang lagi.

diy-hadiah-hari-guru-2016

diy-hadiah-hari-guru-2016

diy-hadiah-hari-guru-2016

diy-hadiah-hari-guru-2016

3. Masukkan 3 warna dalam 1 botol untuk nampak lebih menarik (tq daddy sebab tolong bagi nampak lebih ceria dengan 3 warna. Asalnya Mommy letak 2 warna sahaja). Selesai masukkan paper shreds, boleh ikat label (step no 2).

diy-hadiah-hari-guru-2016

diy-hadiah-hari-guru-2016

4. Bulb yang dah siap diikat label.

diy-hadiah-hari-guru-2016

5. Siap semua. Ada 10 bulb. Tapi, teacher ada 9 sahaja. Jadi yang depan tu simpan. Tak perlu label.

diy-hadiah-hari-guru-2016

6. Mommy cuma masukkan dalam plastik kecil untuk dibawa ke sekolah.

diy-hadiah-hari-guru-2016

POTLUCK HARI GURU

Memandangkan ini yang diharapkan guru (tak wajib tapi dialu-alukan), Mommy minta Daddy carikan kek. Kesian Daddy gigih bawa kek sambil naik motor. Terhoyong hayang kek pun. Hii. Daddy pilih kek ini.

diy-hadiah-hari-guru-2016

Comel je. Kek ini berharga RM47, beli di Aeon Keramat AU2.

KOS PERSIAPAN

Kos barang-barang DIY:

1. Light Bulb – RM2.80 each (10 botol)

2. Rope – RM5.90 (beli 2, guna 1 je)

3. Paper Shreds – RM3.70 (beli 4, guna 2 je)

4. Plastic bag – RM4.10

5. Kek – RM47

Harapan Mommy, anak2 Mommy happy dapat penghargaan daripada teacher. Mungkin hadiah Mommy tak semahal mana, yang penting, ada ingatan dari anak2 murid. Terima kasih teachers yang jaga dan mengajar Ariq dan Hannah. Jasamu dikenang.

diy-hadiah-hari-guru-2016 diy-hadiah-hari-guru-2016

19 Comments

  1. Assalamualaikum, if you don’t mind boleh share kedai cenderahati mana ye utk beli botol mentol tu?
    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge