DEMAM, ACUTE BRONCHITIS, INFLUENZA B – TAK JANGKA KENA ADMIT HOSPITAL (PART 2)

Untuk rekod, hari ni Mommy dah kerja hari ni selepas discharge dari hospital hari Ahad lalu untuk kes yang Mommy cerita kat entri ini (part 1).

Ok Mommy sambung ya.

KENA ADMIT HOSPITAL

Mommy akhirnya diarahkan oleh doktor di klinik untuk admit ke ward, hari Khamis,  malam Jumaat (28042016) tu juga. Doktor cakap, acute bronchitis. Sakit Mommy akan makin kronik kalau biar. Hmm.. Tau tak apa respon Mommy masa kat Klinik tu?

“tapi Sabtu ni anak saya ada Sports Day”

Faham tak kekecewaan di situ? Jangan tipu la kalau tak frust kan? Ya. Kesihatan itu penting, tapi melihat anak buat pertama kali join Sports Day Little Caliph tu pun penting (Ariq 1st time, Hannah 2nd time).

Sobs.

Namun, Mommy tetap ke Hospital walau kekecewaan menggunung. Dah boleh rasa Mommy terpaksa skip menonton Sports Day.

KPJ AMPANG PUTERI

Buat yang tertanya-tanya, Mommy admit di Hospital KPJ Ampang Puteri. Actually, doktor kat klinik yang Mommy attend tu recommend Dr Wahab. Namun, rezeki Mommy tiada malam tu agaknya. Hospital assign Dr Goh untuk merawat Mommy. Start dengan xray dan makan pcm untuk redakan suhu. Masa tu suhu Mommy 38.5. Selain xray, hidung Mommy jua dikorek-korek sekeliling dinding. Influenza test katanya. Sakit nok!

demam-acute-bronchitis-influenza-b-tak-jangka-kena-admit-hospital-part-2
Standard Procedure : Drip!

Wad penuh uols. Bayangkan, kami sampai kat hospital jam 830 malam. Mommy dah rimas sangat-sangat dah bila asyik terdengar Ariq terjerit-jerit kat luar. Kejap ok, kejap jerit. Ada la tu apa-apa tak puas hati. Hmm. Jam 12 pun belum setel-setel lagi bab bilik. Haish. Akhirnya hampir jam kul 1 pagi baru dapat masuk bilik. Duduk bilik single.

DEMAM, ACUTE BRONCHITIS, INFLUENZA B DAN KAITANNYA

Well, as you know, Mommy masuk wad ni pun disebabkan demam tinggi yang kerap. Dari hari Selasa sehingga lah hari Khamis demam tu. Ada respiratory problem juga. Sebenarnya batuk dan selsema ni macam baru sangat Mommy terjangkit. Hari Isnin tu permulaan selsema. Not sure dari mana. Mungkin dari office. Wallahualam. Sebab kat rumah semua sihat. Mommy sendiri pun takde batuk semua tu.

Hari Jumaat yang mulia itu, bila doktor Goh datang bawa report, memang confirm Mommy kena jangkitan Influenza B. Takde la rasa bagai dunia kian gelap, tu drama sangat. Tenang-tenang aje la Mommy sambil buat research apa itu Influenza B.

Apa itu influenza?

Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

Cara jangkitan

Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup.  Jangkitan juga berlaku melalui
i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta;
ii) tangan yang tercemar

Tempoh pengeraman

1 hingga 3 hari

Erm.. bila baca ni memang rasa tak mustahil pun dalam masa 1 hari tu Mommy terjangkit selsema batuk tu. Terus menyerang.

Tanda dan gejala

Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).

Wuu.. Semua tu Mommy rasa ok. Mommy ingat denggi dah. Sebab ada sakit-sakit otot. Tapi, denggi sebenarnya perlu dirisaukan kalau Mommy tiada sebarang batuk selsema. So, ini bukan denggi.

REVIEW SEPANJANG RAWATAN

Memandangkan Mommy lemah, Mommy perlu didrip sejak Mommy masuk sehinggalah hari Ahad. Fuh. Tak henti-henti uols. Tapi, yang Mommy perasan, TIADA ANTIBIOTIK diberikan. Ubatan yang diberikan cuma ubat batuk, pcm, flu dan cairkan kahak. Berbentuk pil dan liquid (batuk). Ini baru betul treat VIRAL FEVER.

Treatment untuk longgarkan kahak pula yang Mommy kagum. Kalau hospital lain, Mommy yakin dan pasti, nebulizer ialah rawatan pertama yang akan diberikan. Di sini?

Ini dia.. Steaming procedure! Rawatan sepanjang hari Jumaat, 29042016.

demam-acute-bronchitis-influenza-b-tak-jangka-kena-admit-hospital-part-2
Steaming!

Kalau selama ini Mommy sentiasa amalkan untuk anak-anak Mommy, tak sangka kali ini Mommy yang rasa. Yang tak bestnya ialah, kesan mentol yang kuat dan berangin tu buat Mommy biol selepas steaming. Yang bestnya pula, rasa tenang je selepas steaming done.

Dan mungkin kahak Mommy terlalu tebal, akhirnya Mommy disuruh juga neb pada pagi sabtu (30042016). Hmm. Kesannya, Mommy jadi menggeletar dan perlukan rehat selepas treatment tersebut.

REVIEW NEGATIF

Untuk tauladan pihak hospital, Mommy terpaksa juga beri sedikit review selepas apa yang berlaku kepada Mommy.

Kejadian pada hari jumaat, 29042016, masa tu Mommy dipindahkan dari bilik single ke bilik double. Mommy dah start seram sejuk dan keep on asking untuk stop drip walau sekejap. Aircond dah lama Mommy matikan sebab memang sejuk amat! Dah maghrib masa tu, dah 2x request untuk stop drip. Tapi tak dilayan jua. Datang tengok, tapi cuma slowkan drip. Ok. Minta suruh hubungi doktor untuk minta izin pause drip, Mommy tak sure lah dorang ada hubungi atau tidak.

Namun, jam 8 malam, selepas request beberapa kali untuk stopkan drip sekejap, ada juga nurse datang untuk suhu Mommy. 38.2!! Oh demam! Fine, no wonder Mommy gigil. Demam. For sure drip tak boleh distop langsung dah.

Mommy tunggu, dah tau demam, takkan dorang tak buat apa2? Tunggu punya tunggu dah jam 930 malam. Hmmm. Ko ghaser? Mommy nak menyembur tak?

Exactly. Once ada je nurse datang, nak check suhu & tekanan darah & SPO2 segala bagai tu, Mommy terus sound.

“Dari jam 8 uols check i demam sampai sekarang, apa pun tak buat. U nak i report ke??”

Sambil nangis-nangis Mommy sebab geram sangat! Plus, panas dan kepala macam nak pecah! Bahang tu dah naik sampai kepala, kita ni gigil langsung tak boleh nak gerak, boleh pula nurse jam 8 tu boleh lupa eh???!! Dengan sesak dada tak boleh bernafas, semua rasa lah masa tu! Haish! Jam 930 tu suhu Mommy 38.5. Dah naik! Hmm.

Kisah lain, Hari Ahad 01052016, Mommy dah boleh discharge selepas hari Sabtu nampak sihat. Doc bagitau jam 12 tengahari. Mommy menanti penuh sabar lah sebab dah faham sangat insuran bukannya sekejap. Jam dah menunjukkan 620 petang, anak-anak dah siap tidur pun sebab lama sangat menunggu. Akhirnya Daddy ke kaunter juga untuk bertanyakan status discharge.

“oh ya encik.. tadi PM Care dah call. Boleh ke tingkat 1”

Perghh.. berkurun kami tunggu, susah sangat ke nak datang dalam wad untuk info? Mujurlah Daddy pergi tanya. Bila tengok discharge medication summary, printed jam 2.50 petang. Ok mungkin benda alah tu printed awal, tapi susah sangat ke nak datang info patient yang semua dah selesai dan perlu turun ke tingkat bawah? Ni nak Mommy cakap pemalas ke macam mana? Haih.

Mommy harap perkara ini takkan berlaku lagi. Biarlah perkhidmatan itu canggih seperti mana laci canggih yang Mommy dah tolong promote betapa cool nya hospital ini. Hmm.

Tiada masa nak mereka-reka cerita. Ini semua berdasarkan pengalaman Mommy dan mungkin tidak sama dengan orang lain yang pernah stay di sini. Walau apa pun, Mommy bersyukur dah selamat pun discharge. Dan dah sihat. Terima kasih atas layanan dan perkhidmatan yang of course bukan percuma. Hihi. Buat apa nak marah? Hehe.

8 Comment

  1. Mungki ada hikmah di sebalik Musibah ini… Puan perlu banyakkan berehat… Dengan kesempatan ini, puan mungkin boleh meluangkan banyak masa untuk berzikir dan mendengar bacaan Al-Quran…
    Ada banyak hikmah tersembunyi yang kita tidak tahu… tetapi Allah lebih mengetahui… Bersabarlah dalam menerima ujian ini…
    Anuar recently posted…Peluang Perbaiki Bacaan Al-Quran Di Bulan Ramadhan bersama FURQAN WORKS SDN. BHD.My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Inshaa Allah. Terima kasih atas nasihat.

  2. kesiannya shehan..bil bape dik? kalau takat sedut2 tu boleh je beli ubat kat farmasi sedut kat rumah ek..bertabahlah..semoga Allah ganti yg lebih baik ye shehan..

    1. YB Shehan says: Reply

      Sedut tu ada je kt umah. Tp nk check drh xray apa smua tu tetap kena g jmpk doc.

  3. subhanAllah…tak sangka nurse boleh terskip pantau shehan ye…rasa seram baca kisah pengalaman shehan…ya Allah kalau baca tanda2 tu sesiapa saja boleh dapat tau…harap sangat lepas ini kita semua di lindungi Allah
    Julia Johari recently posted…Budak 3 Tahun Lebih Tahu Main dan Merengek Tapi…My Profile

    1. Aah. Mcm biasa je sakit2 dia. Tp tu lah.. yg penting jgn dmm lama.. amin..

  4. steamning memang proses bagus utk remove kahak… kadang letal towel hangat atas dada dan belakang pun berkesan jugak… get well soon

    1. YB Shehan says: Reply

      oo towel hangat x biasa plak.. tq tq

Leave a Reply

CommentLuv badge