PERASAAN TAKUT ITU BUKANLAH SENGAJA

SEBAK, TAKUT, SEDIH, HAPPY, semua ada sebenarnya ketika ini. Apatah lagi selepas Mommy tonton video yang dikongsikan oleh Sinar FM. Satu video temu bual khas bersama Zarina Zainuddin tentang kisah suka duka membesarkan sepasang anak kembar autisma.

ZARINA ZAINUDDIN / AUTISM
Pelakon Zarina Zainuddin, 45, bersama anak kembar Autism Muhammad Razil Azrai (20) (kanan) dan Muhammad Raizal Azrai, 20 (kiri). Sumber : NSTP

Ada suka.
Ada sedih.
Ada takut.
Semua perasaanlah.

Kenapa bila Mommy tonton ni, Mommy jadi sebak yang teramat. Kenapa sama perasaan Mommy? Especially part ‘taknak beranak lagi’.

Kenapa?

Mommy takut anak baru Mommy kerap sakit, sama seperti kakak & adik HDAE. Hampir setiap bulan, dari lahir, admit ke hospital.

Mommy takut anak baru Mommy ada masalah speech delay, sama seperti kakak & adik HDAE.

Mommy takut anak baru Mommy.. ok.. Maaf Mommy tak boleh nak teruskan.

Mommy cuba enjoy jadi emak yang biasa. Mommy tahu anak-anak Mommy bukan biasa-biasa. Mereka sangat istimewa! Anak-anak inilah yang akan menjaga Mommy nanti.

Speech Delay, Sakit, semua itu dugaan untuk Mommy.

Mungkin Mommy ada dosa dan inilah dugaan buat Mommy?

Mommy sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak Mommy. Hantar ke tadika lebih awal, dengan harapan yang tinggi buat mereka. Ada perubahan.

Mommy hentikan treatment Speech Therapy bersama Hospital, tapi Mommy cuba tolong anak-anak Mommy dengan buat sendiri segala yang perlu di rumah.

Belum cukup.

Anak Mommy dah nak masuk 4 tahun dan 6 tahun masing-masing hujung tahun ini.

Apakah Mommy bersedia?

Sedangkan yang hampir 4 tahun itu belum mampu membuat ayat? Allah.

Tak mampu menulis lagi. Perasaan takut untuk ada anak lagi sentiasa menebal di hati ini. Namun, Mommy percaya anak-anak Mommy hebat! Pasti ada hikmah. Allahuakbar.

Mungkin ibu-ibu di luar sana ada pendapat sendiri jika mereka juga taknak ada baby lagi. Bukan nak menolak rezeki, tetapi keadaan contohnya seperti sakit berbahaya juga boleh menjadi penyebab untuk elak ada baby lagi.

13 Replies to “PERASAAN TAKUT ITU BUKANLAH SENGAJA”

  1. Dua dua ke mcm tu?mmg pakar dh sah kan ke?pernah berubat cara lain?

    1. YB Shehan says: Reply

      dua2 mmg speech delay. tp hannah sejak thn lps ok dah. skrg pn. Ariq je blum lg.

  2. pernah baca pasal dia.. anak2 dia autisme

    1. Yup..

    2. Yup. Strong mommy.

  3. be strong mommy. kc percaya mommy kuat. pasti ada hikmah. moga mommy diberkati dunia akhirat amin.

    Allah loves you mommy 😉
    and i love you too. eh. hehehee

    1. YB Shehan says: Reply

      amin. tq kc. love u too

  4. sabarlah….diorang bukan asbab dari dosa kita malah sebenarnya dioranglah asbab terbukanya jalan untuk kita menuju syurga .

    semoga mommy hdae sentiasa tabah dan sabar ..

    senyum selalu…
    saidila recently posted…Resepi Mudah Masak Daging Lada HitamMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      amin. tq kak..

  5. sebak membaca, lain org lain dugaan. tapi yang pahit awal tu la manis akhirnya. Mommy shehan mmg tabah. terbaca di satu blog, kata nya ajari anak al fatihah sampai boleh hafaz,sejak dr kecil supaya lancar speech dll.

    1. YB Shehan says: Reply

      good tips. mmg amal alfatihah dr baby. betul kot. hannah speech delay smpai 4y.. tp dr kecik dh boleh hafal alfatihah tu. so by 4y terus cakap betul. erm.. nak teruskan amal kt ariq plak.. Tq anyway

  6. Mommy shehan…
    anak kita sebaya…Qi boleh bercakap susun ayat tp menulis tak pandai lagi…belum sekolah lagi…shehan, i feel u…bagus hantar sekolah awal…bagi dia bergaul…insyaAllah anak2 ni Allah bg keistimewaan masing2…kita perlu tunggu dan sabar…jangan kita rasa hiba lihat perkembangan anak beza dgn anak orang, ada sebab zat zat tertentu Allah simpan untuk dia yg kita tak ketahui…shehan…apa2 pun doa ibu tu senjata hakiki…gunakan hari2…insyaAllah anak2 shehan cemerlang dunia akhirat aminn
    Julia Johari recently posted…TC Boy Malaysia Buat Aku Kemaruk Nak Makan Ulang-Ulang!My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      T_T. Speechless. Tq advise.

Leave a Reply

CommentLuv badge